Jika dibiarkan, longkang ini mengundang bahaya kepada penduduk. Bau busuk dan muak membuatkan beberapa penghuni berdekatan tidak selesa dan bermasalah. Nyamuk dan lalat juga hidup bermaharajalela.
Semak samun dan longkang tersumbat ini bukan sahaja mengundang banjir kilat bahkan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedis. Oleh itu, membuat gotong royong membersihkan kawasan ini adalah menjadi tanggungjawab semua.
Membersih longkang yang tersumbat seperti ini bukan kerja mudah tanpa kerjasama daripada semua penduduk. Samalah kita turun bagi menjayakan kerja amal seperti ini.
Berat sama diangkat. Ringan sama dibantu.. Longkang ini memerlukan perhatian yang serious daripada pihak bertanggungjawab kerana ia memang tersumbat walaupun sudah beberapa kali gotong royong dibuat. Kesukaran ini menggambarkan keadaan sebenar ketidaktanggungjawaban terhadap kebersihan, keselesaan pembayar cukai dan ketidakprihatinan terhadap aduan yang dibuat.
Gotong royong ini bertumpu kepada kerja-kerja membersih longkang yang tersumbat dan menyebabkan limpahan air limbah ke kawasan perumahan berdekatan. Selain daripada itu ia juga dijalankan bagi membersih laluan tikus ke taman Bukit Permai bagi memudahkan kawalan keselamatan.
Jambatan merentasi longkang seluas 3 kaki telah dipecahkan bagi tujuan keselamatan dan kawalan. Ia bukan bertujuan untuk memutuskan perhubungan dengan taman perumahan di atas tetapi dalam usaha membenteras kejadian tidak diingini.Selepas penat bergotong royong menjamu selera pula di Rastaurant Al Hijrah sambil berbual mesra. Banyak perkara boleh dibincangkan bersama.
Setiausaha Taman Kelisa Emas, sedang berkata sesuatu dalam perbincangan ringkas sambil menjama Roti Telur Kari Kambing.
Encik Mazlan, memerhati sesuatu sambil menunggu air dihidang. Gotong royong seperti ini dapat mengeratkan sesama penduduk.
No comments:
Post a Comment