28 Ogos 2010- Perkarangan Tabika Perpaduan,Taman Kelisa Emas, Jerantut.
Persiapan telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi oleh para Jiran Wanita. Mereka berkumpul untuk menyediakan juadah untuk berbuka dan respi masakan kampung menjadi pilihan utama. Terima kasih dirakamkan kepada Jiran Wanita atas usaha murni ini. Tanpa mereka, aktiviti ini tidak dapat digerakan dengan jayanya. Bagaimana pun, setiap orang telah memainkan peranannya masing-masing.
i
Penduduk dan penjaga kepada murid-murid Tabika berkumpul dan setiap juadah yang di bawah akan dikumpulkan. Mereka akan mengambil juadah selain daripada juadah yang mereka bawa untuk dinikmati bersama. Boleh dikatakan juadah yang dibekalkan oleh penduduk dan para penjaga murid-murid tabika begitu banyak dan bersyukur kali ini suasananya amat meriah sekali. Dapatlah mereka semua bertukar-tukar juadah dan menikmati bersama. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah berkati
Tahlil dan bacaan doa kesyukuran dimulakan bagi melafaskan kesyukuran atas majlis yang sedang berlangsung ini. Para penduduk dan penjaga kepada murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas, menyertai majlis ini.
ATURCARA diteruskan dengan mengadakan solat Magrib berjemaah dibawah khemah yang disediakan. Ramai juga yang bersama-salam dalam jemaah ini. Terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis berbuka puasa ini. Semoga diberkati oleh Allah dan majlis serupa ini dapat mengeratkan silaturahim sesama penduduk. Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir dalam majlis ini, kami berharap dilain masa mereka akan bersalam kita pula menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan.
Majlis diakhiri dengan doa selamat dan berharap di masa-masa akan datang ia dapat diadakan lagi dengan penuh rasa keinsafan.
Rakaman penghargaan kepada;
Yang Berhormat Dato' Law Lee, ADUN Damak
Penyumbang-penyumbang
Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas
Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas
Jiran Wanita
Guru-guru Tabika
Ibubapa dan penjaga murid-murid Tabika Perpaduan
Murid-murid Tabika Perpaduan
Individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan majlis ini dengan jayanya. Semoga majlis ini menjadi satu tradisi dalam usaha menyatu padukan penduduk serta sebagai satu ibadah yang menjadi amalan yang tidak boleh dilupakan.
2 comments:
TERUSKAN AKTIVITI SEPERTI INI UNTUK MASA-MASA AKAN DATANG.. TAHNIAH DAN SYABAS !!!
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.. HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS AKAN JASA BAIK TUAN-PUAN.
Post a Comment