JERANTUT, 9 Ogos 2010. Murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas telah berjaya mengadakan lawatan Sambil Belajar ke IPD Jerantut pada hari ini. Mereka diiringi oleh Guru mereka dan beberapa orang Penjaga sebagai pengiring. Kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan konsep lawatan sambil belajar ini. Banyak informasi yang dapat dikutip hasil daripada lawatan ini. Berikut adalah beberapa paparan lawatan tersebut.
[ Cerita & Foto : mazlqan@yahoo.com ]
Encik Rashid pun turut sama membantu memeriahkan aktiviti ini sambil menghantar murid-murid ke IPD Jerantut.
Penyertaan AJK dalam aktiviti ini memang diharapkan supaya penglibatan mereka dapat dirasai oleh murid-murid.
Anak-anak kecil ini memang tampak sangat gembira apabila mereka mendapat tahu yang mereka akan mengadakan lawatan ke Balai Polis.
Sambutan dan Taklimat di IPD Jerantut dilakukan oleh Sarjan Alias. Beliau seorang yang mesra dan disukai oleh murid-murid Tabika. Layanan yang diberi menggambarkan Pasukan Polis tidaklah garang seperti yang diperkatakan bahkan mereka mesra pelanggan dan setiap pegawai yang ditemui tidak lekang dengan senyuman dan bertegur sapa.
Sarjan Alias membawa murid-murid melawat sekitar balai. Murid-murid begitu teruja kerana mereka tidak pernah melihat secara dekat pasukan ini bertugas di balai. Perasaan takut mereka sedikit demi sedikit terhakis apabila setiap pegawai yang mereka temui itu begitu mesra dan peramah melayan mereka semua.
Minda murid-murid seawal 4 tahun hingga 6 tahun ini mungkin tidak memahami apa yang dituturkan oleh pegawai. Namun dari apa yang mereka tunjukkan, murid-murid ini tampak sangat gembira dalam lawatan ini bahkan ada yang melafaskan bahawa ingin menjadi polis apabila besar nanti.
Kegembiraan murid-murid menunjukkan kejayaan lawatan ini dan mereka sedikit sebanyak belajar dari lawatan singkat ini.
Encik Rashid juga turut tidak ketinggalan mengikuti altiviti lawatan dan mengemukan pelbagai soalan membantu murid-murid yang lain.
_________________________________
TAKLIMAT DI UNIT SYIASATAN JENAYAH
_________________________________
_________________________________
TAKLIMAT DI UNIT SYIASATAN JENAYAH
_________________________________
Murid dan guru diberi peluang memegang gari dan mengenakan uniform polis yang memaparkan perkataan POLIS.
No comments:
Post a Comment