Thursday 29 October 2009

MAKLUM BALAS PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT MASJID TENGKU ABDULLAH, JERANTUT

Re: Fwd: 10/23/09 10:29 PM Aduan mengenai Lampu Isyarat di Persimpangan Masjid Tengku Mahkota, Jerantut
...
Mon, November 2, 2009 2:20:31 PM
From:
Norhamiah bt Abd Hamid
...
View Contact
To:aduan@jkr.gov.my
Cc:jerantut@jkr.gov.my; rohayati@jkr.gov.my; rosman@jkr.gov.my; zulkiflem@jkr.gov.my; nhidayaha@jkr.gov.my; samsudinb@jkr.gov.my; zaidims@jkr.gov.my; mazlqan@yahoo.com

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Hasil siasatan pejabat ini mendapati ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Jerantut pegawai yang boleh dihubungi ialah En. Mohammad Sobri, nombor telefon 09-2662205.
3. Untuk makluman tuan JKR Daerah Jerantut telah pun memanjangkan aduan ini kepada jabatan tersebut.

Sekian terima kasih.


-------------------
Unit Komunikasi dan ICT,
Bahagian Pengurusan Korporat,
JKR Pahang

/---------------------------------------------------------------------------\

Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received
in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.

This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd)
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control

\--------------------------------------------------------------------------/


.......................

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT MAKLUM BALAS
DARIPADA PIHAK PUSAT ADUAN JKR.

( Dipertontonkan supaya mendapat tindak
balas daripada pembaca blog ini

supaya menyokong
kepentingan bersama terutamanya
kepentingan kemudahan,

keselesaan dan keselamatan bersama.
Permintaan ini harus sokong
dengan fakta, bukan emosi.

Bagi maklum balas anda
demi kepentingan semua pihak.)


............................................................................................ xxxxx.................................................................................................
Fwd: 10/23/09 10:29 PM Aduan mengenai Lampu Isyarat di Persimpangan Masjid Tengku Mahkota, Jerantut
...
Mon, October 26, 2009 7:08:38 AM
From:
Aduan JKR
...
Add to Contacts
To:Jurutera Daerah Jerantut ; Rohayati Abdul Kadir ; "Rosman Yahya, Dato'" ; Zulkifle Mohammad ; zaharijkr@pahang.gov.my; norhamiah@phg.jkr.gov.my; najwaamirah@yahoo.com
Cc:Nurul Hidayah Azahar ; Samsudin Bakar ; Ahmad Zaidi Mat Said ; mazlqan@yahoo.com

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan aduan menerusi Portal JKR daripada Tuan/Puan Mazlan Che Kob, Emel: mazlqan@yahoo.com , No. Tel: 013993xxxx untuk siasatan dan tindakan segera pihak tuan/puan.

Sekiranya aduan ini di luar bidang kuasa JKR, sukacita sekiranya pihak Tuan/Puan dapat memajukan aduan /permohonan ini kepada pihak yang berkaitan dan memaklumkan kepada pejabat ini mengenai rujukan / tarikh tindakan tersebut.

Dipohon supaya maklumbalas diberikan dalam tempoh 3 hari berkerja terus kepada pengadu dan disalinkan kepada aduan@jkr.gov.my untuk rekod kami atas tajuk yang sama.

Kerjasama dari pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Bahagian Komunikasi Korporat,
Caw. Pengurusan Korporat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok B (Lama),
Kompleks Kerja Raya,
Jln. Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 7660 / 7664




>>> Sistem Aduan JKR <aduan@jkr.gov.my> 10/23/09 10:32 PM >>>
* Ini adalah Emel Balasan Automatik

Tuan/Puan

Emel Cadangan Tuan/Puan telah diterima oleh Aduan JKR.

Sekian Terima Kasih.

Urusetia Aduan JKR,
Unit Komunikasi Korporat,
Cawangan Pengurusan Korporat,
Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Tel: 03-2696 7651/7647/7664/7660

___________________________________________________________


Tuan/Puan Mazlan Che Kob

Berikut adalah Cadangan Tuan/Puan untuk JKR MALAYSIA:

Nama : Mazlan Che Kob
Jenis Aduan : Cadangan
Kategori Aduan : Lampu Traffic Rosak/Lampu Jalan/Perlu Kajian Sistem
Negeri : Pahang
Daerah : Jerantut
Lokasi : PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT MASJID TENGKU MAHKOTA PAHANG

Cadangan
Saya mendapati lampu isyarat di persimpangan masjid baru atau masjid Tengku Mahkota Jerantut sering padam terutama apabila hujan lebat. Laluan ini sangat sibuk terutamanya pada waktu pagi dan tengahri kerana laluan pengguna menghantar anak ke sekolah. Ia menjadi sangat berbahaya kerana kesibukan para penjaga mengejar masa untuk menghantar anak ke sekolah dan bekejar pula untuk ke tempat kerja. Sekiranya masalah ini tidak diambil untuk mengatasi masalah yang sama berulang dan berulang, saya kira ia boleh mencetuskan masalah kehilangan nyawa, kerosakan, pertengkaran dan sebagainya. Dalam suasana negara yang telah lebih daripada 50 tahun merdeka ini, sikap tidak hedah JKR membetulkan masalah berulang adalah kurang profesional. Bayangkan kalau keadaan ini dan sering berlaku kemalangan, berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pengguna dan warga negara yang merdeka. Diharap ia mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan. Seperkara lagi, laluan ini menjadi agak pelik kerana terdapat 2 buah taman perumahan disebelah kanan tetapi tidak ada lalauan ke situ. Taman itu ialah Taman Kelisa Emas dan Taman Perdana yang menghitung penghuni lebih daripada 3oo orang keluarga. Ia menjadi sangat berbahaya kepada penguhuni untuk susur keluar dan membuat pusingan U di lampu traffic di persimpangan ini. Saya berharap pihak pengurusan dapat mempertimbangkan untuk menyediakan persimpangan sedia ada dari 3 persimpangan menjadi 4 persimpangan bagi memudahkan pengguna ke taman perumahan ini. Ia menjadi harapan yang tinggi kalau ia diberi perhatian daripada pihak tuan. Kami menjemput pegawai daripada pihak tuan untuk membuat tinjauan sendiri kesukaran ini. Kami tidak mengharapkan sebuah lebuh raya yang lebar dan selesa, tetapi permintaan kecil kami ialah membuat laluan daripada persimpangan 3 ke persimpangan 4 traffic. Ia bukan sahaja memudahkan dan melancarkan lalu lintas, bahkan ia dapat menyelamatkan pengguna menjadi mangsa. Susahkah untuk melayan permintaan mudah kami ini sedangkan ia bukanlah permintaan peribadi tetapi melibatkan satu permintaan untuk lebih daripada 300 pengguna yang lain. Di harap ia mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian Terima Kasih.
mazlqan@yahoo.com
013993xxxx


This e-mail and any attachments may contain confidential and
privileged information. If you are not the intended recipient,
please notify the sender immediately by return e-mail, delete this
e-mail and destroy any copies. Any dissemination or use of this
information by a person other than the intended recipient is
unauthorized and may be illegal.



TERIMA KASIH ATAS MAKLUM BALAS INI. DIHARAPA IA DAPAT MEWAKILI PENDUDUK TAMAN KELISA EMAS DENGAN SLOGAN YANG SAMA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMANKAN.

Rakyat Malaysia tidak komited rancang kewangan


PERNAHKAH anda bertanya kepada diri sendiri bagaimana kehidupan yang bakal dilalui di hari tua? Sebaik bersara, adakah diri mampu untuk menyara hidup.
Mungkin juga ramai yang menyimpan wang sebagai bekalan hari tua, namun adakah ia mencukupi bagi menampung hidup seterusnya apatah lagi untuk mengekalkan kehidupan serupa?
Persoalan itu jarang bermain di fikiran masyarakat terutama wanita. Sebabnya, ada yang menjangkakan anak-anak akan menjaga mereka apabila tua kelak. Namun, ramai pula beranggapan mereka boleh menjalani kehidupan selesa dengan bergantung harap semata-mata kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing.
Masalahnya, menurut Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, Timothy Johnson, wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat.
Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup. Jadi, sekiranya tiada perancangan kewangan kala muda maka akan timbul masalah di kemudian hari.
Persoalan ini berjaya dicungkil hasil soal selidik yang dilakukan Citibank Berhad ke atas 400 responden yang separuh daripadanya wanita.
Jelas Johnson, wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas.
Sebabnya, mereka lebih terdedah dengan isu tersebut daripada Internet, ibu bapa, rakan-rakan dan juga di sekolah.
Masalahnya, mereka ini kurang memberi komitmen terhadap melaksanakan perancangan kewangan tersebut, namun kumpulan ini lebih bahagia dengan kehidupan mereka.
Sedangkan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih menunjukkan komitmen dalam merancang kewangan, contohnya 52 peratus daripada mereka sudah membeli rumah dan 62 peratus lagi mempunyai insurans hayat. Tetapi, hanya 21 peratus sahaja merancang untuk persaraan mereka.
‘‘Apa yang tambah menakutkan, sebanyak 41 peratus daripada wanita dalam kelompok 40 tahun ke atas itu turut mengakui bahawa jika mereka dibuang kerja, wang simpanan yang ada cuma mampu menampung kehidupan mereka setakat tiga bulan sahaja.
‘‘Itu yang membimbangkan. Apatah lagi pada zaman sekarang ini. Jika dibuang kerja, sukar untuk mendapat kerja lain dalam waktu yang singkat, sedangkan wang simpanan hanya dapat bertahan tiga bulan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Justeru kata Johnson, wanita sepatutnya membuat senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan mereka terancang.
Kesalahan yang selalu dilakukan wanita adalah meletakkan perancangan kewangan kepada suami atau pasangan. Atau pun mereka menyimpan untuk semua orang (suami, anak-anak dan keluarga) kecuali diri mereka sendiri.
Sikap itu mungkin disebabkan anggapan bahawa anak-anak akan membantu atau menjaga ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun apa yang menghairankan, majoriti wanita yang ditemui tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaga mereka apabila tua kelak.
Soal selidik mendapati 70 peratus wanita dalam kumpulan 40 tahun ke atas tidak mengharapkan anak-anak menjaga mereka, namun kelompok usia 18 hingga 29 tahun masih menyatakan ia penting. Bagi golongan muda, mereka perlu menghulurkan bantuan walaupun ibu bapa tidak memerlukannya.
‘‘Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia, membantu ibu bapa adalah satu keperluan. Masalahnya, kita khuatir sikap itu mungkin tidak wujud lagi pada 20 tahun akan datang,” ujar Johnson.
Sebaiknya, mulakan menabung bermula sekarang. Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurang 10 peratus daripada wang gaji. Pentingnya, wanita perlu menanam sifat ‘bayar’ diri sendiri dahulu sebelum memandang ke arah lain.
Jelas Johnson lagi, ‘membayar’ diri sendiri bukan bermaksud memanjakan diri dengan membeli-belah atau barangan berjenama, tetapi menyimpan untuk hari tua.
‘‘Dalam merancang, mereka perlu mempunyai bajet. Jangan menunggu sehingga hujung bulan untuk membuat bajet diri, sebaliknya ia boleh dilakukan ketika ini. Apa yang perlu ditekankan adalah perbelanjaan mesti kurang daripada gaji yang diperoleh setiap bulan,” katanya.

Langkah pertama adalah senaraikan perbelanjaan anda setiap hari. Ia bagi memudahkan untuk diri membuat bajet bulanan kerana anda akan mengetahui ke mana wang disalurkan.

Bercakap pula mengenai simpanan hari tua katanya, wanita perlu memikirkan tentang gaya hidup mereka selepas bersara. Sama ada mereka ingin mengekalkan gaya hidup yang sama atau tidak. Bagaimanapun, menyimpan hanya 10 peratus daripada gaji bulanan anda sebenarnya tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan serupa.
‘‘Apa yang masyarakat tidak sedar adalah nilai wang berubah mengikut tahun. Sebab itu, wanita perlu merancang untuk hari tua mereka.” jelas Johnson.
Andai berasa sukar merancang kewangan yang dilihat rumit, wanita boleh mendapatkan khidmat perancang kewangan untuk membantu.

bahan : Zaidi/SU

Sumber UM 25/07/2008

Wednesday 28 October 2009

PAPAN LORONG PETUNJUK TAMAN KELISA EMAS

Berikut adalah contoh papan tanda lorong Taman Kelisa Emas. Pihak pemaju tidak menyediakan papan tanda lorong-lorong yang memudahkan kerja penghantaran surat dan bil oleh pihak posman, JBA, TNB dan pelbagai agensi yang lain. Bagaimanapun ia sekadar grafik sahaja.
Grafik di atas ialah papan tanda di laluan utama. Ukuran sebenar ialah dengan tembok batu konkrit dengan ketinggian 6 kaki dan lebar 10 kaki. Plat dari jenis tahan cuaca serta tulis berkilat sesuai dengan paparan di waktu malam.Tinggi huruf TAMAN KELISA EMAS ialah 7 inci dan SELAMAT DATANG SERTA POSKOD ialah 4 inci.

Plat dipotong separuh bulatan menggambarkan arah taman dan anak bulan bagi penduduk di sini majoritinya adalah pengguni Islam. Seterusnya papan tanda ini mencerminkan keceriaan dan biru sebagai perpaduan.
Berikut adalah papan tanda lorong-lorong. Ketinggian 3 kaki dan lebar 2 kaki. Menggunakan plat yang sama dengan huruf 8 inci dan KELISA EMAS 4 inci. Tembok dibina dengan menggunakan batu batu dan ditutupi dengan jubin bersais 2 kaki setiap satu.

HAK CIPTA
MAZLAN CHE KOB

Wednesday 21 October 2009

KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN PELANCARAN BUMI HIJAU


MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT, pada 16 Oktober 2009 yang lalu Taman ini telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kempen Bumi Hijau yang berlangsung di gelanggan Badminton jam 3 petang. Ramai yang hadir bagi menjayakan majlis yang diaturkan.

Suasana tampak meriah dengan kehadiran YB Dato' Low Lee, DIMP Adun Kawasan Damak bagi merasmikan majlis ini. Sesungguhnya kehadiran beliau ke majlis sebegini dapat menyuntik semangat perpaduan, kerjasama dan dihargai
.

Kemeriahan ini menggambarkan kesatuan dan pemuafakatan penduduk dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Setiap penduduk telah menjalan tanggungjawab mereka dengan baik dan diharapkan ia kekal hingga bila-bila.Mohd Ariffin, Pegawai Pertanian, Pejabat Pertanian Jerantut turut sama menjayakan majlis ini. Ucapan beliau tentang pertanian sememangnya boleh diambil ikhtibar terutamanya mengenai aktiviti Bumi Hijau. Ia boleh dimanfaatkan oleh semua penduduk kerana kadang-kadang pertanian itu tidak perlukan kawasan yang luas tetapi cukuplah di taman dalam pasu atau polybeg. Bagaimanapun usaha ini tidak akan berjaya kalau sikap tidak peduli oleh pendudukan masih tidak berubah. Pertanian itu peniagaan kalau kena cara dan amalannya.

Majlis ini memang mendapat sambutan dan kelancarannya patut dipuji. Tiada apa yang boleh menghalang pendudukan daripada menjayakan majlis ini kerana suasana hari raya pun masih terasa dan majlis ini diadakan secara gotong-royong.

Kepada mereka yang hadir dalam majlis ini secara langsung atau tidak, diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga di lain masa dan tempat, kita ketemui lagi dalam suasana yang hampir serupa ini. Tiada yang indah hendak diucapkan melainkan terima kasih daun keladi, di lain masa jumpa lagi. Semoga amalan seperti ini menjadi tradisi yang boleh dikongsikan oleh semua masyarakat tidak kira fahaman agama, politik dan bangsa. Salam 1 Malaysia buat semua.

Rencana & Foto Oleh : mazlqan@yahoo.com

Sunday 18 October 2009

SEPERTI AUR DENGAN TEBING, TEBING TIDAK AKAN ROBOH DENGAN BANTUAN AUR

SEBETULNYA "Perang Blog" tidak terjadi, ia cuma memperjelaskan sesuatu dalam suasana kekeluargaan. Kalau ada yang tersalah anggap itu, sebenarnya perkara kecil yang tidak harus diperbesakan. Bagi saya tidak salah kalau kita bertegur sapa dalam suasana kekeluargaan. Seperti yang saya utarakan bahawa kita jangan PANDAI MENGKRITIK SAHAJA, tetapi BERILAH SUMBANGAN supaya orang lain juga boleh berkongsi.

Tidak salah rasanya bersama-sama memeriahkan blog ini dalam suasana meriah dan aman. Sebetulnya saya sebagai webmaster tidak akan membenarkan hal-hal menggangu gugat keharmonian yang telah diwujudkan dalam blog ini mahupun di taman ini. Kalau ada bahasa-bahasa dan kritikan yang tidak sedap didengari saya tidak akan PAPARKAN dalam blog ini bagi menjaga keharmonian yang telah kita bina.

Soal kebajikan dalam pergerakan ini memang saya tidak dapat nak nafikan. Misalnya apa yang dilakukan oleh Encik Zaidi tu. Kerja dan sumbangan beliau tidak mudah untuk dilakukan kalau tiada kesungguhan, keikhlasan dan kesukarelaan. Bagi saya apa yang dilakukan oleh Encik Zaidi satu ibadah yang mulia dan sebagai penghuni taman ini kita semua harus memberi sokongan yang padu. Kerja sukarela ini kalau tidak dilakukan dengan betul sudah pasti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Syabas diucapankan kepada Encik Zaidi.

Kalau tidak kita yang menyokong mereka yang bekerja secara sukarela ini siapa lagi? Sebagai tanda sokongan kita, marilah kita bersama-sama menjayakan setiap aktiviti yang mereka rancang. Saya tengok baru-baru ini di majlis sambutan hari raya dan Pelancaran Bumi Hijau ramai yang hadir dan memberi sokongan. Kepada yang tidak hadir tu bukan mereka tidak sokong, barangkali mereka ada kerja yang tidak dapat hendak dielakan. Saya sebagai webmaster blog ini juga sempat datang walaupun sekejap untuk ambil gambar aktivit yang sedang berlangsung. Itulah bukti dan tanda sokongan yang dapat saya hulurkan. Saya nampak ramai juga yang hadir bagi memeriahkan majlis itu. Syabas saya ucapkan kepada yang hadir. Kalau tidak kita siapa lagi nak memeriahkan majlis itu.

Kepada pasukan kompang, wah, boleh tahan juga. Harap agar perkara ini menjadi satu budaya yang utuh bagi memeriahkan lagi majlis di taman ini. Terima kasih diucapkan kepada Encik Zahimin yang berjaya melatih pasukan kompang. Kan meriah ada paluan kompang. Tampak bergaya sikit majlis yang diadakan. Teruskan.

Penduduk berbilang kaum juga hadir bersama dalam majlis itu. Inilah yang dikatakan pakatan 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib. Kemeriah ini harus diperluskan kepada Cina dan India yang menghuni taman ini. Ajak lah mereka sertai bersama majlis ini. Siapa lagi kalau tidak mereka yang hendak menjayakan 1 Malaysia. YB Dato' Low Lee, Aduan Damak yang hadir dalam majlis itu juga menyatakan 1 Malaysia yang ditunjukkan oleh penghuni taman ini sangat membanggakan. Semoga bertambah keberkatan antara kaum yang terdapat di sini.

Komen yang dilontarkan oleh SUjiran wanita ada betulnya. Saya kira kita patut cakap begini.. MARI kita sama-sama menjayakan aktiviti taman ini secara bersatu padu, bukan hanya mengharapkan satu individu aje yang bertukus lumus dalam setiap aktiviti. Walaupun kita bukan daripada AJK yang dilantik, tetapi tidak salah kita lontarkan idea bernas untuk menjayakan aktiviti demi kepentingan taman ini. Anda tentu tahukan salurannya? Mudah sahaja, emailkan sahaja idea anda itu kepada krtkelisaemas@gmail.com.

Semoga keutuhan perpaduan yang telah terjalin ini berkekalan selamanya. Ibarat Aur dengan tebing, saling bergantungan. Mudah-mudahan apa yang kita lakukan secara sukarela ini dibalas oleh tuhan dengan kebaikan yang tidak terhingga. Amalan bergotong royong dan bantu membantu ini biarlah menjadi satu tradisi yang akan menjadi warisan kepada genarasi kita sepanjang zaman. Jadikan taman ini taman yang subur dengan amalan sebegini. Selamat maju jaya.


SUMBAGAN & KESUNGGUHAN

Salam semua pembaca blog dan penduduk Taman Kelisa Emas,
Tahniah saya ucapkan kepada barisan AJK dan penduduk di sini dengan jayanya dapat mengadakan Perasmian Bumi Hijau dan Jamuan Hari Raya.
Di sini saya suka dengan pendapat anda yang telah memberi komen. Buat Periwirawati Desa, maaflah saya cuma ingin membetulkan salah faham anda kepada En Zaidi.
Buat pengetahuan semua En Zaidi memberi khidmat sebagai Setiausaha yang baik dengan menyediakan minit, memyediakan kad-kad jemputan, melibatkan diri walaupun beliau banyak komitmen lain sebagai Pegawai Awam, bapa, suami namun tetap menghadiri majlis taman ini dengan tersenyum.
Walhal zaman sekarang bukan senang untuk mencari orang yang memberi khidmat percuma terutama dalam masyarakat.
Saya berharap janganlah ada "perang blog" pula.Anggaplah periwirawati desa sebagai penyuntik semangat kepada En Zaidi untuk lebih bersemangat dalam membuktikan khidmat ikhlas anda dalam taman ini.
Semoga keikhlasan yang disalurkan kepada masyarakat dapat memberi pengajaran kepada genaerasi akan datang dan diberkati limpah rahmat dari Allah Taala.Amin.

MENDEWASAKAN ANAK

DIDIKLAH anak-anak kita supaya,

1. Menjadi orang yang tahu menghormati orang lain
2. Anak-anak kita menjadi orang berguna
3. Jangan terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak kerana kebebesan membawa padah
4. Biarkan anak kita kenal jiran mereka dan hormati mereka
5. Kalau mereka adu dambar pada jiran yang tegur mereka, siasatlah dengan baik agar bukan mereka punca keretakan kita hidup berjiran.
6. Usah jadikan anak-anak kita perosak masyarakat
7. Didiklah anak kita supaya jangan ambil hak orang.
8. Jangan biarkan anak kita bermain di rumah orang dan buat rumah orang tu macam rumah sendiri.
9. Ajarlah anak kita bila dah dekat magrib suruh mereka balik dan masuk rumah.
10 Usah benarkan anak kita bertandang di rumah jiran lebih daripada pukul 10 malam.
11. Jangan benarkan anak kita kurang ajar dengan jiran kita sungguhpun mereka bersalah.
12. Suruh mereka akui kesalahan mereka dan minta maaf.
13. Suruh mereka sembahyang dan patuhi ajaran islam
14. Kalau tak reti nak diam dan bersolat kat masjid, usah bawa mereka ke masjid.
15. Jangan biarkan mereka buat bising kat masjid.
16. Kalau tak nak sujud pada Allah di masjid baik biarkan anak anda solat di rumah.
17. Ajar mereka beri salam bila berjumpa jiran dan bertegur sapa dengan jiran
18. Awasi kenalan anak anda. Siasat latar belakang kawan-kawan anak anda supaya mereka tidak tersalah memilih kawan. Biar kita menyebuk dari sekarang daripada kita sibuk nak jamin mereka kena tahan kat lokap.
19. Jangan biarkan anak kita buat bising hingga mengganggu jiran seperti bermain mercun, berkaraoke, bermain alat muzik dan gelak ketawa yang melampau.
20. Perihatin dengan anak kita supaya mereka tidak melanggar sopan santun berjiran.

Sumbangan : MAZLAN

Saturday 17 October 2009

PENGHARGAAN & SANJUNGAN

BERIKUT ADALAH UCAPAN PENGHARGAAN DAN SANJUNGAN DARIPADA SAHABAT BLOG. ALANGKAH BAIKNYA KALAU DAPAT KAMI TAHU SIAPA SAHABAT INI UNTUK DIAJAK BERSAMA DALAM BARISAN BLOG KAMI...


" salam pada warga taman kelisa emas agar anda semua kekalkan semangat perpaduan dan kerjasama demi kehormonian penduduk taman ini.dan sekalung tahniah pada sukarelawan SRS,pergorbanan anda untuk berbakti pada taman ini amat disanjungi.Tahniah juga pada barisan AJK KRT yang banyak menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk menjayakan aktiviti semoga anda diberkati Allah."

Wednesday 14 October 2009

JAMUAN RAYA DAN PELANCARAN BUMI HIJAU

AHLI JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN

SELURUH PENDUDUK TAMAN KELISA EMAS KE

Majlis Jamuan Hari Raya Dan Pelancaran Bumi Hijau pada 16 OKTOBER 2009, Jumaat. Majlis dijangka bermula jam 2.30 Petang bertempat di Gelanggan Badminton, Taman Kelisa Emas.

Friday 9 October 2009

USAH BUANG SAMPAH MERATA-RATA

PENDIDIKAN buang sampah di sekolah nampaknya tidak membawa ke tua. Hanya habis kat situ aje. Usahlah buang sampah merata-rata tempat tanpa memperdulikan orang lain. Usahlah pentingkan diri sendiri kerana suka-suka sahaja nak buang sampah. Kalaupun malas sangat, bakarlah. Lihat sahaja cara buang sampah di laluan masuk ke taman Kelisa ini. Ia bukan sahaja sampah tetapi juga sakit mata memandang kerana kerana buang sampah merata-rata.

Alam Flora Jerantut tidak pernah tidak mengambil sampah yang diletakan di luar rumah. Bahkan mereka menjalankan kerja-kerja memungut sampah tu mengikut jadual yang telah dimaklumkan. Kalau tak salah bermula hari SELASA, KHAMIS dan SABTU. [bersambung]

Monday 5 October 2009

JANGAN MUDAH MENGHUKUM

Kita tidak boleh menghukum seseorang itu dengan mudah. Kalau pun dia buat salah untuk kali ini namun kita harus ambil kira tentang kebaikan yang pernah dia buat selama ini. Orang yang menghukum tanpa mengambil kira kesalahannya adalah orang yang kejam. Mereka seperti ini kalau diberi kuasa, nescaya akan merosakan keharmonian sedia ada. Kalaupun orang itu bersalah, tidak adakah peluang bagi dia memperbaiki diri? Tidak adakah penilaian terhadapa kesalahan dia. Lagipun mungkin kesalahan dia tu bukan kesalahan jenayah besar. Kenapa nak terus hukum? Lagipun pesalah itu tidak pernah melakukan kesalahan. Apakah ini sebuah negara merdeka?

Kalau kita lihat di negara kita ini pelbagai agensi kerajaan boleh jatuhkan denda. Semua ini macam semua agensi nak tunjuk kuasa. Contohnya Majlis kerajaan tempat pun kenakan dendan, polis, polis trafik, kesihatan, pihak sekolahpun boleh kenakan denda, JPJ, TNB bahkan yang tidak logikpun kenakan denda. Emmm... tak tahulah apa nak kena.

Teringat saya al-kisah menjadi pengawas sekolah dulu. Pantang pelajar buat salah, terus tulis nama dan kelas mereka. Pas tu bagi guru displin. Maknanya terus menghukum. Maksudnya dah gila kuasa sebab dilantik sebagai pengawas. Nak tegakkan undang-undang konon. Tak terpikir pula masa itu nak bagi nasihat ker.. tanya dulu apa masalah hingga jadi macam tu. Maklumlah dapat kuasa mengambil nama. Yang sakit hati ialah apabila sampai kat meja Guru Disiplin pula dia cakap, saya akan ambil tindakan. Pada hal bila saya tinjau kemudian, tak ada apa-apa tindakan pun. Moralnya, jangan mudah menghukum orang lain kerana kita diberi kuasa.

Ini kisah yang berlaku pada minggu lepas kat rumah saya. Pada pagi beberapa hari yang lalu isteri saya menelefon memberi tahu bahawa sepasukan Pegawai Kesihatan telah datang ke rumah saya dan membuat pemeriksaan denggi dan mendapati satu pasu bunga saya terdapat jentik-jentik. Saya menghormati tugas mereka untuk membuat pemeriksaan.

Tetapi apa yang saya nak utarakan ialah sungguhpun itu adalah kesalahan, tetapi tidak kah pegawai tersebut bertanya pernahkah saya didenda? Ini kesalahan keberapa? Mereka tak ada rekodkah? Ada tak kes seumpamaan itu dalam masa terdekat ini?

Saya bukan nak menyalahkan mereka. Itu dah kerja mereka. Sama lah dengan saya semasa menjadi pengawas sekolah itu. Dah gila kuasa, so buatlah kerja tanpa kemanusiaan. Kesimpulannya, mereka harus mempunyai data untuk mengeluarkan saman bukan terus menghukum dengan kesalahan yang boleh dimaafkan kalau mengikut data semasa. Itukah pegawai kita? Orang kita?

Saya berharap di lain masa kepada semua penghuni, tanpa notis tanpa kebenaran jangan biarkan pegawai kesihatan memasuki kawasan rumah anda kalau nak terus hukum. Sebagai warganegara yang berlandaskan undang-undang kita ada hak untuk tidak mereka membuat pemeriksaan ke atas kediaman kita kalau itu lah cara mereka bekerja. Kalau mereka berkeras juga nak buat kerja-kerja mereka suruh mereka bahawa waran untuk membuat kerja-kerja itu.

Asalnya perkara ini baik, tetapi kerana sudah tidak ada nilai kemanusiaan mereka bertindak tanpa mengambil kira semua itu. Kalau lah dimerata tempat dalam kawasan rumah kita itu tempat pembiakan nyamuk patutlah kita didenda. Tapi kadang itu sahaja nak cari masalah kita. Kata orang kalau nak cari masalah manusia anda tidak akan dapat satu sahaja kesalahan, bahkan anda akan dapat lebih daripada itu.

Oleh itu, berilah pertimbangan. Saya akui masalah itu masalah negera dan bawaan penyakit itu boleh membawa maut. Tetapi jangan terus menghukum seseorang pesalah itu tanpa melihat terlebih dahulu akan kesalah itu. Entahlah, kalau tanya dengan mereka dan berdebat dengan mereka tidak akan menangnya kita. Sebab itulah kita ini sombong, angkuh dan tidak bermoral.

Kesimpulannya, ingatlah kalau kita diberi kuasa untuk menghukum, hukumlah seadilnya kerana keadilan itu akan disebut sepanjang masa dan keangkuhan dan kesombongan boleh membinasakan diri.

Oleh itu, hukumlah seseorang itu berdasarkan akal, bukan amarah dan kembalilah kepada kesempurnaan sebagai warganegara yang bebas.

Friday 2 October 2009

KECOHKAN BLOG TAMAN KELISA EMAS

Salam.. kalau anda ada idea pasal KECOHKAN blog ini saya alu-alukan. KECOHKAN habis-habis. Tapi janganlah kecohkan pasal yang negetif. Maksud saya yang baik-baik. Apa kata minggu depan kita adakan peraduan melukis untuk kanak-kanak taman ini. Saya sanggup sponser akan hadiahnya. Tak yah panggil orang besar-besar nak sampai hadiah. Pengerusi KRT Encik Shukri pun boleh sampaikan. Lepas tu kita ambil gambar ramai-ramai dan kita letak dalam blog ini. Alaaa.. suka-suka aje. Moh kita KECOHKAN...

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.