Sunday 31 October 2010

MERIAH, MAJLIS MAKAN MALAM YANG CERIA















SAMBUTAN HARI KELUARGA MERIAH

31 Oktober 2010 - Sambutan Hari Keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas berjalan baik seperti yang dirancangkan. Aktiviti dimulakan seawal 8.30 pagi apabila para ibubapa dan guru mendaftar diri di Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut untuk aktitiviti Sukaneka. Acara ini disediakan oleh Encik Azmili dan dibantu oleh beberapa orang AJK yang lain terutamanya keluarga beliau sendiri sebagai satu komitmen. Turut sama dalam acara ini ialah Encik Rashid, Timbalan Pengerusi JPTP. Acara ini memang meriah dan sambutannya luar dugaan apabila ibubapa yang hadir tidak berganjak dan membantu anak-anak mengendalikan aktiviti yang dijalankan.

Antara acara dalam sukaneka itu ialah seperti mencampak bola ke dalam bakul, memasukan air dalam botol menggunakan span, memasukkan jarum, memecah belon di kaki dan sebagainya. Tampak ceria sekali apabila ibubapa dan guru serta AJK JPTP bersama-sama memeriahkannya.

Majlis hari keluarga ini diteruskan dengan menandatangani Banner muafakat. Setiap penjaga yang hadir akan menurunkan tandatangan sebagai muafakat kepada program yang diaturkan dan mereka semua tampa gembira dan ceria. Semoga majlis yang dijalankan ini menjadi satu ikatan persaudaraan yang lebih kukuh diantara semua yang hadir.

Tidak berakhir disitu sahaja, majlis disambung pula dengan majlis sambutan hari jadi murid-murid Tabika di KFC Jerantut. Mereka begitu teruja apabila melihat anak-anak bergembira di majlis ini dan bersama-sama menyanyikan lagu hari jadi.

Sesungguhnya majlis seperti ini dapat mewujudkan ikatan persabahatan yang lebih baik dikalangan guru, murid dan penjaga. Diharapkan aktiviti begini menjadi aktiviti tahunan yang akan mendapat penyertaan yang lebih ramai lagi.

Berikut adalah foto-foto majlis yang dimaksudkan.

SUKANEKA : LOKASI- PADANG SK BANDAR JERANTUT
















SIMBOLIT MENANDA TANGANI RESOLUSI MUAFAKAT






SAMBUTAN HAJI JADI DI KFC BAGI BULAN JULAI HINGGA DISEMBER 2010










Wednesday 20 October 2010

JADUAL HARI KELUARGA

Berikut ialah jadual aktiviti Hari Keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas Jerantut yang terkini setelah di ambil kira mengenai keadaan semasa. Perubahan ini dibuat berdasarkan kata sepakat daripada semua ahli jawatankuasa. Para ibubapa diminta memberi kerjasama dan sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.

31 Oktober 2010
8.00 Pagi
Sukaneka- (Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut)
11.00 Pagi
Sambutan Hari Lahir Murid-murid Tabika di KFC Jerantut
8.00 Malam
Jamuan Makan Malam di Jerantut Rest House

* Sebarang perubahan akan diberitahu daripada masa ke semasa...

Saturday 16 October 2010

PERUBAHAN TEMPAT SAMBUTAN HARI KELUARGA TABIKA PERPADUAN 2010

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Makan malam sempena sambutan hari Keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas 2010 telah diubah daripada Felda Residence Tekam ke Jerantut Rest House. Perubuhan ini dibuat berdasarkan kos semasa yang tidak dapat hendak dielakkan. Aktiviti lain kekal ditempat asal dan taklimat mengenai perkara ini akan diadakan tidak lama lagi. Harap maklum..

Friday 8 October 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR DAN AKTIVITI HARI KELUARGA TABIKA PERPADUAN TAMAN KELISA EMAS

Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas telah bermusyuarat dan memutuskan untuk mengadakan aktiviti di atas pada 31 Oktober 2010. Program ini ialah program bersama Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas. Antara aktiviti yang dirancangkan ialah sambutan hari jadi bagi murid-murid tabika perpaduan fasa 2 bagi bulan bermula Ogos hingga Disember 2010. Selain daripada itu, aktiviti seperti sukaneka, riadah di kolam renang, jamuan makan malam dan acara santai sambil berkaraoke juga telah diaturkan. Kami jangka kemeriahan ini bertambah dengan kehadiran Tuan Pengarah JPNIN Negeri Pahang pada tarikh dan masa yang kami rancangkan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuai masa dan perubahan. Program pertama kali ini dianjurkan dengan harapan dapat memberi satu tanggapan baru bahawa aktiviti kemasyarakatan harus digerakan bersama-sama bukan dari satu pihak sahaja. Semoga ia menjadi satu platfrom yang berguna dalam merencana aktiviti seterusnya dengan cemerlang.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.