Wednesday 10 February 2016

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP TAMAN KELISA EMAS 2016

TARIKH : ( DITENTUKAN KEMUDIAN SETELAH PENYERTAAN DISEMAK)
MASA : 745 PAGI
TEMPAT : DEWAN TAHAN ( MASJID LAMA, PERUMAHAN KAMPUNG MELAYU)

KLLIK TULISAN INI UNTUK
 DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN


Sunday 24 January 2016

KEM BADMINTON 2016 - MEROVOLUSI KEBIASAAN PENAMPILAN MASYARAKAT

24 Januari 2016, Ahad - BERLANGSUNG di Dewan Tahan, Taman Perumahan Mat Kilau, Jerantut, aktiviti ini melibatkan jiran muda. Penyertaan seramai hampir 17 jiran  muda terdiri daripada kanak-kanak 10 hingga 15 tahun, telah menjadikan kem ini menarik dan meriah. Kem ini diadakan bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari. Ia juga telah dibimbing oleh 3 orang jurulatih dari kalangan penduduk TKEJ sendiri yang berpengelaman dalam bidang ini. Mereka terdiri daripada Encik Khairi, Azaha dan Azmli.

Rata-rata peserta yang hadir, apabila ditanya mereka menyatakan keriangan dan berkata ingin menyertai lagi untuk masa-masa akan datang sekiranya kem seperti ini diadakan lagi. Semoga latihan seperti ini dapat memberi semangat kepada generasi masa kini mengenai sukan badminton ini. Encik Ahmad Noorkamal, Pegawai Perpaduan Daerah Jerantut dalam ucapan penutupannya menyatakan bahawa, anak-anak boleh menjadi seperti jaguh badminton dunia seperti Lee Chong Wei atau Lin Dan sekiranya terus berlatih dengan bersungguh-sungguh dari masa ke semasa.











Aktiviti ini bukan sahaja menarik, malah ia juga dapat memupuk perpaduan dan semangat setiakawa dikalangan kita semua. " Sejarah membuktikan bahawa jika kita tidak bersatu, kita akan berada dalam keadaan kucar kacir yang tidak terurus. Ekonomi menjadi teruk, keamanan menjadi tidak terjamin dan keadaan penduduk sudah tentu tidak tenteram. Justeru, marilah kita bersatu dan berganding bahu dalam apa juga perkara agar kita dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan seperti hari ini." tegas encik Mazlan- Pengerusi KRT yang baharu.

Semoga dengan aktiviti seperti kem badminton ini, kita dapat bersatu hati, bulatkan tekad dan sentiasa memandang kehadapan demi generasi masa kini. Jadikan aktiviti seperti ini satu peluang terbaik untuk kita sentiasa memenuhi semangat perpaduan.

Thursday 21 January 2016

Mesyuarat KRT Bil.1/2016.. Merevolusi Pencapaian ke tahap Optima 2016 dan 2017

Mesyuarat KRT bil.1/2016 bertempat di TABIKA PERPADUAN Taman Kelisa Emas - Jam 9.00 malam, 16 Januari 2016. Antara pencapaian ialah, telah mengambil keputusan memberi penghargaan kepada anak-anak yang berjaya dalam UPSR, PT3, SPM dan STPM. Membuat lawatan atau menziarahi pesakit atau keuzuran penghuni taman,mengadakan KEM BADMINTON dan sebagai. Semoga 2016 ceria selalu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Saudara Mazlan Che Kob, Pengerusi KRT 2016-2017..

KEM BADMINTON TAMAN KELISA EMAS 2016


JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.