Wednesday 21 October 2009

KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN PELANCARAN BUMI HIJAU


MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT, pada 16 Oktober 2009 yang lalu Taman ini telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kempen Bumi Hijau yang berlangsung di gelanggan Badminton jam 3 petang. Ramai yang hadir bagi menjayakan majlis yang diaturkan.

Suasana tampak meriah dengan kehadiran YB Dato' Low Lee, DIMP Adun Kawasan Damak bagi merasmikan majlis ini. Sesungguhnya kehadiran beliau ke majlis sebegini dapat menyuntik semangat perpaduan, kerjasama dan dihargai
.

Kemeriahan ini menggambarkan kesatuan dan pemuafakatan penduduk dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Setiap penduduk telah menjalan tanggungjawab mereka dengan baik dan diharapkan ia kekal hingga bila-bila.Mohd Ariffin, Pegawai Pertanian, Pejabat Pertanian Jerantut turut sama menjayakan majlis ini. Ucapan beliau tentang pertanian sememangnya boleh diambil ikhtibar terutamanya mengenai aktiviti Bumi Hijau. Ia boleh dimanfaatkan oleh semua penduduk kerana kadang-kadang pertanian itu tidak perlukan kawasan yang luas tetapi cukuplah di taman dalam pasu atau polybeg. Bagaimanapun usaha ini tidak akan berjaya kalau sikap tidak peduli oleh pendudukan masih tidak berubah. Pertanian itu peniagaan kalau kena cara dan amalannya.

Majlis ini memang mendapat sambutan dan kelancarannya patut dipuji. Tiada apa yang boleh menghalang pendudukan daripada menjayakan majlis ini kerana suasana hari raya pun masih terasa dan majlis ini diadakan secara gotong-royong.

Kepada mereka yang hadir dalam majlis ini secara langsung atau tidak, diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga di lain masa dan tempat, kita ketemui lagi dalam suasana yang hampir serupa ini. Tiada yang indah hendak diucapkan melainkan terima kasih daun keladi, di lain masa jumpa lagi. Semoga amalan seperti ini menjadi tradisi yang boleh dikongsikan oleh semua masyarakat tidak kira fahaman agama, politik dan bangsa. Salam 1 Malaysia buat semua.

Rencana & Foto Oleh : mazlqan@yahoo.com

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.