Kami KRT Kelisa Emas, Jerantut, Pahang, mengucapkan selamat menyambut Maulid Nabi Muhammad S.A.W dan ucapan semoga kita semua berada pada landasan yang benar mengikut Sunah dan ajaran nabi. Masih belum terlambat kepada yang sesat untuk kembali ke ajaran yang sebenar. Sesungguhnya ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W, iaitu Islam sahaja yang benar dan diperakui oleh Allah. Justeru, KRT Kelisa Emas menolak fahaman syiah dan tidak membenarkan ajaran itu diamalkan dalam komuniti ini. Semoga kita semua mendapat syafaat nabi di dunia dan akhirat.
Friday, 2 January 2015
Harga Minyak turun, apa pula alasan para peniaga kali ini...
Kerajaan telah memberi jaminan dan telah membuktikan bahawa minyak pada hari ini telah diturunkan. Rabu lepas, kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit RON95 dan RON97
diturunkan sebanyak 35 sen seliter, masing-masing kepada RM1.91 seliter
dan RM2.11 seliter, berkuat kuasa 1 Jan 2015.
Naib Presiden Gerakan, Datuk A Kohilan Pillay dalam satu kenyataan hari
ini berkata sudah tiba masanya untuk semua peniaga dan ahli perniagaan
memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan menurunkan harga barangan
seiring dengan penurunan harga bahan api.
"Apabila harga minyak naik, kebanyakan perniagaan cepat untuk menaikkan harga tetapi apabila harga bahan api diturunkan, harga barangan tidak dikurangkan dengan sewajarnya.
"Apabila harga minyak naik, kebanyakan perniagaan cepat untuk menaikkan harga tetapi apabila harga bahan api diturunkan, harga barangan tidak dikurangkan dengan sewajarnya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/harga-petrol-turun-peniaga-digesa-turunkan-harga-1.346946
Alasan boleh dicipta walaupun nampak mulia, tetapi kebenaran akan tetap nampak walaupun diputar belitkan. Semoga dengan penurunan bahan api ini, peniaga dapat menurunkan harga barangan. Jika betul-betul jujur dan berdiri teguh bersama kerajaan untuk membantu rakyak, buktikan kejujuran itu melalui penurunan harga barang terutamanya barangan keperluan harian.Tiada lagi alasan untuk menaikan harga barang selepas ini sedangkan alasan sebelum ini sangat menyusahkan pengguna. Usah lagi mencipta alasan melainkan turut bersama kerajaan membantu rakyat menjalini kehidupan selesa dengan menurunkan harga barang sewajarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
JEJAK ANDA
PAPARAN SEMASA
MENGENAI KAMI
- Taman Kelisa Emas Jerantut
- 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
- JALAN JERANTUT FERI
TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut
Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.