Tuesday 31 August 2010

SEKITAR TABIKA PERPADUAN SEMPENA RAMADHAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2010









PENYAMPAIAN HAMPER RAYA 2010 KEPADA MURID-MURID TABIKA

1 SEPTEMBER 2010 - Penyampaian Jalur Gemilang dan Hamper Raya kepada murid-murid Tabika Perpaduan Taman ini telah dilakukan oleh Encik Mazlan bin Che Kob, Pengerusi Penyelaras Tabika dan Mohd Azmili, Ketua Penyelaras Skim Rodaan Suka Rela. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan.








HAMPER RAYA AIDILFITRI 2010

31 Ogos 2010 - Satu program memberi Hamper Raya telah diadakan pada hari ini dengan kerjasama Rukun Tetangga (RT) dan Tabika Perpaduan sebagai menghargai kerjasama penduduk. Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk memberitahu akan kehadiran KRT dan Tabika Perpaduan dalam masyarakat serta sumbangannya. Semoga dengan pemberian hamper tidak seberapa ini dapat memberikan sedikit suntikan kerjasama yang lebih erat di antara KRT, Tabika Perpaduan dan Penduduk taman ini.

















Saturday 28 August 2010

GAMBAR PERISTIWA SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN TABIKA PERPADUAN DAN RUKUN TETANGGA 2010

28 Ogos 2010- Perkarangan Tabika Perpaduan,Taman Kelisa Emas, Jerantut.
Persiapan telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi oleh para Jiran Wanita. Mereka berkumpul untuk menyediakan juadah untuk berbuka dan respi masakan kampung menjadi pilihan utama. Terima kasih dirakamkan kepada Jiran Wanita atas usaha murni ini. Tanpa mereka, aktiviti ini tidak dapat digerakan dengan jayanya. Bagaimana pun, setiap orang telah memainkan peranannya masing-masing.


i




Penduduk dan penjaga kepada murid-murid Tabika berkumpul dan setiap juadah yang di bawah akan dikumpulkan. Mereka akan mengambil juadah selain daripada juadah yang mereka bawa untuk dinikmati bersama. Boleh dikatakan juadah yang dibekalkan oleh penduduk dan para penjaga murid-murid tabika begitu banyak dan bersyukur kali ini suasananya amat meriah sekali. Dapatlah mereka semua bertukar-tukar juadah dan menikmati bersama. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah berkati









Tahlil dan bacaan doa kesyukuran dimulakan bagi melafaskan kesyukuran atas majlis yang sedang berlangsung ini. Para penduduk dan penjaga kepada murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas, menyertai majlis ini.




















ATURCARA diteruskan dengan mengadakan solat Magrib berjemaah dibawah khemah yang disediakan. Ramai juga yang bersama-salam dalam jemaah ini. Terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis berbuka puasa ini. Semoga diberkati oleh Allah dan majlis serupa ini dapat mengeratkan silaturahim sesama penduduk. Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir dalam majlis ini, kami berharap dilain masa mereka akan bersalam kita pula menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan.





Majlis diakhiri dengan doa selamat dan berharap di masa-masa akan datang ia dapat diadakan lagi dengan penuh rasa keinsafan.

Rakaman penghargaan kepada;
Yang Berhormat Dato' Law Lee, ADUN Damak
Penyumbang-penyumbang
Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas
Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas
Jiran Wanita
Guru-guru Tabika
Ibubapa dan penjaga murid-murid Tabika Perpaduan
Murid-murid Tabika Perpaduan
Individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan majlis ini dengan jayanya. Semoga majlis ini menjadi satu tradisi dalam usaha menyatu padukan penduduk serta sebagai satu ibadah yang menjadi amalan yang tidak boleh dilupakan.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.