Sunday 10 January 2010

10.01.10 TARIKH KERAMAT, MAJLIS ASYURA



Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan jiran wanita membuat persiapan bahan mentah dan rempah ratus. Komitmen yang dihulurkan semestinya dapat membantu menjayakan program ini. Begitulah iktibar yang Rasulullah S.a.w cuba tetapkan dalam majlis seperti ini. Bukan sahaja dapat menikmati juadah bubur asyurat yang lazat, bahkan mewujudkan semangat kejiranan yang tinggi dan bersatu padu.

Bikin bubur asyura ini kalau tidak kena caranya tidak sedap seperti apa yang disangkakan. Namun kalau cukup resipi dan cara bikinnya, wah.. sedap. Masa yang di ambil juga bukan sedikit. Kira separuh hari jugalah. Kalau tidak ramai yang membantu, alamak tak jadi asyuralah.

Ada yang datang menolong tu memanglah diharapkan. Ringan sikit kerja amal ini. Syukurlah kalau ramai yang ringan tulang. Tidak kiralah pihak lelaki atau perempuan, semuanya turut sama. Meriah tu memanglah meriah. Kalau tidak, masakan jam 5 petang dah boleh edar kepada penghuni yang lain juga.

Jiran wanita memang banyak membantu dalam hal ini. Kerjasama mereka seperti duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. .... Apa yang penting BEKERJASAMA.

Tidak kira panas dan hujan, aktiviti murni seperti ini perlu diteruskan. Kalau buat separuh jalan sahaja, memang ada yang tidak kena nanti. Kesungguhan itu satu penghargaan tertinggi dalam menjayakan apa jua aktiviti masyarakat seperti ini.

Mengikut laporan bendahari KRT, (Memakai baju Kuning) sumbangan untuk majlis Buat Bubu Asyura kali ini memang luar dugaan. Sambutan daripada penduduk terhadap majlis seperti ini memang luar duga. Sumbangan yang dihulurkan memang patut di puji.

Mereka bukan sahaja memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahkan juga dalam bentuk tenaga begini. Semangat gotong royong tidak pernah padam dalam suasana hari ini.

Tidak kira pangkat dan darjat, semua orang turun bersama memberi kerjasama yang tidak pernah berbelah bahagi. Beginilah hidup dalam suasana bermasyarakat. Bagaikan aur dengan tebing, aur tidak hanyut tebing tidak roboh. Saling bergantungan.

Usik mengusik menceriakan penat
Basahnya dahi mengacau asyura
Tak kira tua tak kira penat
Hidupkan bersama Majlis Asyura


Begitulah hidup rukun dan damai. Siapa yang tak kacau asyura, dia tidak akan merasai nikmat asyura sebenarnya. Siapa yang tidak ikhlas, kerja ibadatnya hanya sekadar penat dan lelah sahaja. Siapa yang ikhlas, dia ada tetamu tuhan di syurga nanti. Siapa yang cakap banyak, maka tidak menjadi bubur tetapi siapa yang kerja banyak, semua orang dapat menikmati hasilnya.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.