Wednesday 14 January 2015



KOTA BHARU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyarankan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara menganjurkan program yang mampu menjana pendapatan isi rumah.
Ketua Pengarah JPNIN, L Gandesan, berkata program yang berasaskan ekonomi itu mampu mengurangkan beban kemiskinan pada peringkat akar umbi.
"Kita galakkan program dan aktiviti yang dapat beri pendapatan terhadap isi rumah dan ia dapat kurangkan beban kemiskinan pada peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2014 di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah JPNIN Kelantan, Safidah Abu Samah.
Gandesan berkata, sehingga kini terdapat lebih 7,000 KRT di seluruh negara. Beliau berkata, kewujudan KRT masih relevan meskipun terdapat pelbagai organisasi yang telah ditubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).
"KRT mula ditubuhkan pada 1975 dan sampai sekarang masih aktif dan relevan sebab struktur organisasi yang cantik dan mereka mentadbir secara tersusun,"katanya.
Gandesan berkata, setiap KRT di seluruh negara juga disaran mewujudkan pasukan Inovatif Jiran Muda kerana ia dapat menerapkan nilai murni dalam kalangan masyarakat.
"Semua Rukun Tetangga kita galakkan buat program berdasarkan kreativiti dan inovasi sebab anak muda kalau diberi peluang mampu buat inovasi atau kreativiti yang lebih baik," katanya.
Sebelum ini, JPNIN memperkenalkan Pasukan Inovatif Jiran Muda di mana ia mampu meningkatkan daya kreatif golongan belia selain mengukuhkan lagi perpaduandi negara ini. - BERNAMA

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.