Friday 31 December 2010

PENDAFTARAN BARU TABIKA PERPADUAN TAMAN KELISA EMAS







LOKASI: TABIKA PERPADUAN TAMAN KELISA EMAS
TARIKH : 28 DISEMBER 2010
MASA : 9.30 pagi hingga 12.30 Tengahari
FOTO : mazlqan@yahoo.com

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SELURUH Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kelisa Emas mengucapkan selamat tahun baru 2011. Semoga tahun 2011 lebih cemerlang dalam setiap apa sahaja kerja kita. Namun bagi tahun 2010 yang berlalu itu, jadikan ia sebagai pendoman untuk mendepani 2011 yang bakal diharungi satu persatu. Apa yang baik kita simpan sebagai yang indah untuk dikenang, manakala yang buruk sebagai sempadan yang perlu diteladani agar tidak berulang lagi. Selamat tahun baru 2011.

Wednesday 22 December 2010

SUMBANGAN APAKAH YANG BOLEH ANDA SALURKAN

TAMAN Kelisa Emas, Jerantut bersedia menyahut cabaran pertandingan kebersihan taman perumahan anjuran Majlis Daerah Jerantut (MDJ) yang bakal menerima hadiah lumayan berupa wang tunai, sijil dan tropi. Cabaran ini juga menguji tentang kebersihan, kerjasama dan komitmen kepada aktiviti yang dianjurkan oleh MDJ.

Ekoran daripada itu, mohon kerjasama daripada semua penduduk agar mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan rumah masing-masing agar persediaan ke arah pertandingan tidaklah memerlukan kerja keras daripada satu pihak sahaja, iaitu pihak AJK KRT. Dalam usaha ini jugak penduduk bolehlah menghulurkan pelbagai sumbangan seperti bunga-bungaan yang akan di tanam sekitar taman bagi keceriaan, poster-poster, hiasan lain dan sebagainya. Sekiranya penduduk tidak mampu menghulurkan bantuan berbentuk material seperti itu, hulurlah bantuan berbentuk idea atau setidak-tidaknya memberi kerjasama dan sokongan kepada usaha ini. Semoga hasrat untuk menyertai pertandingan kebersihan dan keceriaan taman itu menjadi mudah dengan komitmen daripada penduduk.

Bantuan bolehlah diserahkan kepada AJK KRT pada bila-bila masa di lokasi seperti Pondok SRS atau Tabika Perpaduan. Sekiranya kesukaran untuk mendapat maklumat mengenai perkara ini, anda bolehlah berhubung terus kepada pengerusi KRT merangkap pengerusi Penyertaan Pertandigan, iaitu Encik Mohamad Shukri ..0148111531 pada bila-bila masa. Bantuan dan kerjasama daripada penduduk amatlah dialu-alukan.

Saturday 18 December 2010

PUJIAN BUAT PETUGAS KRT YANG TERLIBAT DENGAN GOTONG ROYONG MEMBERSIH LONGKANG TAMAN PERUMAH

TAMAN KELISA EMAS, 18 Disember 2010. Hujan renyai-renyai bermula jam 8.00 pagi apabila aktiviti gotong royong dimulakan. Ia sebenarnya bukan satu halang yang boleh mematahkan semangat untuk bergotong royong. Aktiviti ini telah lama dirancang dan ia merupakan aktiviti bulanan yang diaturkan untuk menjaga kebersihan dan keceriaan tanam pada setiap masa.

Sasaran kerja gotong royong kali ini ialah membersih longkang yang tersumbat disebabkan sampah sarap, pembuangan batu bata dan tumbuhan liar yang menghalang laluan air. Tujuan selain itu ialah bagi memusnahkan sarang pembiakan nyamuk aedes. Kebelakangan ini wabak aedes semakin menjadi-jadi terutamanya musim hujan seperti musim tengkujuh ini.

Tidak ramai yang turun bergotong royong kali ini kerana dalam meyuarat lalu Jawatankuasa KRT telah memutuskan bahawa hanya AJK KRT sahaja yang turun ke lokasi gotong royong bagi fasa pertama ini. Ia sebenarnya sebagai satu promosi kepada penduduk bahawa kerja seperti ini perlu pendekatan bahawa kepimpinan perlu turun ke padang terlebih dahulu sebagai teladan. Semoga dengan cara ini akan dapat menarik penduduk yang lain dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa orang penduduk yang lain turut turun padang bersama-sama menjayakan aktivit yang dianjurkan ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak.

Taman perumahan ini baru sahaja dibuka, iaitu kira-kira tidak sampai 5 tahun. Keindahan taman perumahan ini terletak pada reka bentuk dan susun atur bangunan yang menarik. Kemudahannya selari dengan taman perumahan lain di Bandar Jerantut kerana ia tidak letak tidak sampai 3 Kilometer daripada Bandar Jerantut.
Pemandangan begiti menjadi ratu rutin dalam meningkatkan keceriaan semasa. Bertitik tolak daripada itulah aktiviti gotong royong kebersihan dan keceriaan sentiasa dilakukan. Biarpun kehadiran peserta gotong royong tidak ramai, tetapi semangat kebersihan dan keceriaan buat semua tetap subur bersemangat.

Fenomena seperti ini telah menjadi rutin bulanan kepada penjagaan kebersihan. Namun kali ini fokus diberikan kepada kebersihan longkang kerana ia adalah punca utama pembiarkan aedes. Penyakit bawaan nyamuk ini boleh membawa maut dan kehadiran penyakit ini ke taman perumahan ini tidak harus dibenarkan. Cara aktiviti ini dapat membasmi sarang pembiakan nyamuk di kawasan ini dan secara tidak langsung dapat mengawal dan mencegah pembiakannya.

Bukan sahaja sampah sarap yang menjadi halangan kepada aliran air di longkang-longkang, malahan tanah atau pasir juga menjadi agen pengaliran air. Ini boleh menyebabkan longkang menjadi tersumbat dan sesetengah tempat itu terdapat tumbuhan liar yang menumpang. Kerja-kerja membersihnya pula menjadi susah dan kalau dibiarkan boleh menyebabkan longkang akan rosak.
Sekiranya tumbuhan liar ini tidak dibuang, kemungkinan besar tempat ini menjadi tempat persembunyian, pembiakan dan sarang bintang berbisa seperti ular, lipan mahupun tikus. Boleh dikatakan binatang-binatang ini berbisa, membawa penyakit dan pengotor. Kemungkinan jangkitan penyakit bawaan tikus akan berlaku di rumah kita sekiranya tempat mereka tidak dimusnahkan.
Kereta sorong terpaksa digunakan untuk memindahkan bahan buangan dan tumbuhan liar tadi bagi mengelakkan daripada berselerak dan terbiar. Ia bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah yang ada bahkan mencacatkan pemandangan sedia ada. Keceriaan bukan sahaja terletak kepada kebersihan bahkan ia menjadi keutamaan kepada keindahan. Sekiranya cacat perkara ini, maka tidak bermaknalah kebersihan.

Sepatutnya tugasan membersih longkang ini terletak kepada pihak bertanggungjawab seperti Alam Flora atau Majlis Daerah Jerantut. Tetapi tidak tahu mengapa mereka tidak menjalankan tugasan mereka dengan sempurna seperti apa yang diwar-warkan. Sedangkan penduduk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang PBT serta membayar cukai tepat pada masanya. Namun atas rasa tanggungjawab kepada kemuniti KRT telah terpanggil untuk membantu agensi ini bagi memudahkan urusan penyeliaan. Sikap ini satu perbuatan yang mulia dan perlu dipuji kerana sentiasa memandang kehadapan untuk bertindak secara positif.

Tidak ada rotan akar pun berguna, itu lah ibarat yang cuba diketangahkan kepada pasukan ini. Mereka tidak ambil kira lagi tentang kejijikan longkang malahan tidak segan silu menggunakan tangan mengangkat bahan buangan dan rumput rampai. Ada yang jari jemarinya terluka kerana terkena hirisan kaca yang terdapat di dalam lumpur atau pasir. Namun mereka tidak perduli akan hal ini sangat. Bagi mereka melakukan tugasan dengan ikhlas dapat mengatasi apa yang sedang mereka hadapi. Kesungguhan terpancar dan selikan gurau senda dan lawak jenaka menghiburkan pasukan pertugas suka rela ini untuk bekerja dengan ikhlas. Bahkan tampak keseronakan bekerja tanpa merasakan keletihan.

Semasa gotong-royong ini dijalankan, hujan renyai-renyai turun membasahi sekitar kawasan yang mana aktiviti pembersihan akan dijalankan. Namun semangat itu tidak dapat melunturkan semangat kejiranan dan amalan gotong-royong dikalangan mereka yang turun pada hari itu. Semoga amalan murni ini menjadi satu contoh telada kepada semua.

Encik Shukri ( berada dalam longkang) ialah Pengerusi KRT dan beliaulah orang yang pertama turun ke lokasi membersih longkang dikawasan logi kumahan. Kepimpinan melalui telada inilah yang cuba beliau praktikan dan semoga ia menjadi ia menjadi satu contoh kepada generasi akan datang. Bukan senang untuk menjadi pemimpin kerana banyak perkara yang perlu diambik kira sebelum bertindak dan kepimpinan dalam KRT ialah kepimpinan berdasarkan kesukarelaan. Sedangkan dalam kepimpinan JKKK atau Rela mereka dibayar elaun sedangkan dalam kepimpinan KRT tidak dibayar apa-apa melainkan berpegang kepada tanggungjawab dan kesukarelaan semata-mata.

Kawasan logi kumahan ini perlu diselia demgan segera apabila menerima aduan kerosakan kerana ia terletak ditengah-tengah kawasan penduduk taman perumahan ini. Sekiranya lambat bertindak, ia boleh menyebabkan pencemaran bau bahkan boleh mengundang masalah lain seperti kerosakan lebih serius, tandas-tandas dikediaman akan tersumbat dan sebagainya. Dari segi keselamatan kanak-kanak pula, ia perlu sentiasa berkunci dan tiada laluan boleh masuk ke kawasan ini. Kanak-kanak yang membolosi ke kawasan ini akan berdepan dengan bahaya yang tidak diingini. Justeru, pihak bertanggungjawab hendaklah sentiasa peka soal keselamatan.

Entah macam mana akan jadi kalau longkang ini tidak dibersihkan. Tidak adakah perasaan bertanggungjawab yang tumbuh dikalangan penduduk yang membuang batu bata, peralatan mainan, sampah sarap dan sebagainya. Kesedaran dan tanggungjawab kepada kemunita perlu dijaga agar semua pihak dapat merasai akan keamanannya.

Setelah penat bergotong-royong, mereka berehat seketika sambil bersembang dan bertanya khabar. Inilah yang tersirat dalam apa yang tersurat dari amalan dan budaya muafakat dan gotong-royong ini. Sesuatu yang jarang dipraktikan kerana masing-masing sibuk dengan tugasan harian hingga abaikan amalan sebegini. Semoga aktiviti seperti gotong-royang seperti ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan dan kekitaan di taman perumahan ini sampai bila-bila.

Encik Mat, Timbalan Pengerusi sedang memerhati apa yang terdapat dalam longkang yang telah di bawa naik. Pelbagai bahan yang tidak sepatutnya berada di dalam longkang tersebut. Antaranya batu-bata, bekuan simin, botol-botol, serpihan atap genting dan sebagainya. Semua ini akan menjadikan longkang menjadi tersumbat dan takungan air yang menjadi sarang pembiakan nyamuk.

Gotong royong dan amalan muafakat seperti ini sememangnya memerlukan komitmen semua pihak terutamanya pihak PBT. Ia tidak seharusnya dipikul oleh KRT atau komuniti setempat sahaja. Ini kerana tugasan ini telah dipertanggungjawab kepada PBT melalui saluran pembayaran cukai. Dalam soal ini bukanlah untuk menyalah atau meletak kesalahan kepada PBT semata-mata namun secara profesionalnya pihak PBT kena turut membantu. Sebab itulah gotong-royong ini diadakan bagi memastikan keselesaan bersama dapat dikecapi. Mana kala pihak PBT kenalah menyokong usaha sebegini. Kalau tiadak usaha sebegini sudah semestinya keadaan sekitar taman-taman perumahan tidak berada dalam keaadan bersih dan selesa.

Kalau tidak ada insan-insan yang sanggup berkorban masa, sanggup turun ke longkang berair dan kotor macam ini serta insan-insan yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti ini, sudah pasti amalan gotong-royong sudah tidak ada lagi. Semuanya hendak dibayar. Sikit-sikit bayar. Sedangkan amalan gotong-royong boleh menyelamatkan kos yang besar disamping mengeratkan silaturahim sesama penduduk. Kalau semua perkara perlukan kos dan pembayaran, sudah pasti semua perkara tidak dapat dijalankan. Ini kerana KRT tidak mempunya peruntukan yang besar. Hanya sekadar peruntukan kecil bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ringan yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Tegasnya, dengan lain perkataan hanya menampung kos makan dan minum sahaja.

Kesempatan berhari minggu dan cuti sekolah sepatutnya ramai yang turun bersama-sama bergotong-royong walaupun dalam beberap minit. Bukanlah satu alasan untuk tidak bersama kerana dalam masa 24 jam itu, takkan lah selalu sibuk. Kalaupun anda tidak dapat bersama-sama kerana komitmen lain, apa salahnya menyumbang dalam bentuk lain seperti menyumbang wang, makanan ringan, bekalan minuman dan sebagainya. Ia setidak-tidak meringankan kos yang sedia ada atau sebagai satu tanda anda ingin membantu tetapi dalam bentuk lain. Semoga ada kesedaran daripada kita semua agar amalan murni seperti ini dapat diteruskan dan menjadi amalan rutin dalam kehidupan bermasyarakat kita.

Bukanlah susah untuk hidup bermasyarakat ini. Ia telah dilakukan oleh generasi sebelum kita bahkan ia satu amalan yang mulia. Kalau kita beranggapan sempit bahawa ia menyusahkan dan telah ada pihak bertanggungjawab akan melakukan kerja-kerja pembersihan ini, maka sudah tiba masanya kita semua berubah dan kembali kepada amalan murni ini dengan baik. Buangkan perasaan yang tidak berfaedah itu dan bersama-samalah kita meneruskan amalan yang baik ini dengan sempurna.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan taman perumahan ini dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang, bungkus sampah elok-elok dan letak ke dalam tong sampah bertutup sebelum pihak Alam Flora memungut pada masanya, tidak mengotori longkang-longkang dibelakang rumah, merumput dan mencantas pokok-pokok bunga di laman rumah, menjaga kebersihan sekitar rumah masing-masing dan usah pentingkan diri sendiri untuk tidak bersama-sama dalam aktiviti kemasyarakatan yang berlaku di taman perumahan ini. Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan demi kepentingan bersama. Semoga kita seluruh taman perumahan ini merasai ketenangan, kedamaian dan selesa untuk memandang. Terima kasih kepada yang terlibat dalam aktiviti ini dan semoga ia menjadi sebahagian daripada amalan kebajikan kita tanpa mengira waktu, kawasan dan tanpa mengira bangsa, fahaman agama,fahaman politik dan keturunan. Apa yang diingini sebagai hidup bermasyarakat ialah hidup bersatu padu, tolong menolong dan sentiasa ambil tahu untuk kebaikan bersama.

Tulisan & Foto oleh
mazlqan@yahoo.com

Friday 17 December 2010

GOTONG ROYONG KECERIAAN

SATU gotong-royong keceriaan Taman Kelisa Emas akan diadakan bagi tujuan meningkatkan keceriaan dan kebersihan taman perumahan. Ia akan diadakan seperti maklumat berikut.

Tarikh : 17 Disember 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kawasan Perumahan
Fokus : Kebersihan Longkang dan kawasan sekitar taman perumahan.
Sasaran : Semua penduduk taman perumahan dijemput hadir.

Wednesday 15 December 2010

APA PENDAPAT ANDA

Apa pendapat anda kalau papan tanda lorong rumah macam tu.. cantik tak? Apa komen anda.. Kos tak mahal dalam RM180 hingga RM220 Seunit.

Tuesday 14 December 2010

TAKLIMAT PERTANDINGAN KECERIAAN TAMAN ANJURAN MAJLIS DAERAH JERANTUT

Pada malam ini, 15 Disember 2010, Jam 8.30 satu taklimat mengenai pertandingan keceriaan taman-taman perumahan anjuran Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan diadakan di Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas. Taklimat berkaitan akan disampaikan oleh pegawai daripada MDJ dan semua AJK KRT serta orang ramai dijemput hadir. Kerjasama semua diharapkan.

PEMASANGAN SLOGAN PENDIDIKAN DAN NOMBOR TELEFON PENTING / KECEMASAN



Friday 10 December 2010

BACAAN YASIN

Menjemput semua AJK KRT Taman Kelisa Emas, Jerantut ke Rumah No.6 pada hari ini 11 Disember 2010, bagi mengikuti Majlis Bacaan Yasin kepada seorang pesakit. Semoga dengan bacaan Yasin itu dapat memulihkan semangat serta sebagai satu ikhtiar. Majlis bermula selepas Asar. Kerjasama daripada semua diharapkan.

JOM TENGOK SENDIRI PENGORBANAN PARA PETUGAS SRS




JERANTUT, Pengorbanan para petugas Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Kelisa Emas, Jerantut sememangnya sesuatu yang harus diberi pujian. Melihat keadaan pondok kawalan yang hanya berdindingkan tirai plastik yang sudah usang dan uzur ini bagaikan sebuah pondok menunggu durian. Beginilah keadaan kedaifan pondok SRS Taman Kelisa Emas yang bukan sahaja sudah usang bahkan mencacatkan pemandangan. Sekiranya hari bertugas itu kebetulan hari hujan, sudah pasti ianya basah dan petugas juga dalam kesejukan. Begitulah lumrah dari sebuah kisah pengorbanan demi mengawal dan menjaga keselamatan penghuni. Tanpa mengambil kira semua itu, aktiviti SRS tetap digerakan mengikut jadual yang telah disusun.

Adalah agak ketinggalan dan malang satu kawasan Rukun Tetangga (RT) yang terletak hanya 3 km daripada Pusat Bandar Jerantut tidak mempunyai kemudahan pusat kawalan SRS yang baik dan selesa. Ia tidak ubah seperti sebuah pondok menunggu durian. Apabila habis musim durian, maka habislah pondok itu. Sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya menangani kes ini agar ia bukan sesuatu yangmencacatkan pemandangan bahkan juga memberi gambaran buruk kepada agensi yang bertanggungjawab.


Persoalan ini bukan satu rekaan semata-mata tetapi ia adalah satu realiti yang sedang berlaku dan dipersembahkan. Kalau soal kebajikan seperti ini tidak diberi keutamaan, bagaimana soal imej dan pejenamaan sesuatu aktiviti SRS dapat diteruskan sampai bila-bila. Di awal penubuhan SRS ini ramai yang turun berkawal kerana mereka membayangkan suatu aktiviti yang selesa dan bermanfaat. Namun setelah hampir 6 bulan ia beroperasi, keahlian semakin berkurangan bahkan yang turun memberi khidmat kepada masyarakat seperti berkawal dan bertugas ialah muka yang sama, iaitu mereka yang iklhas bertugas tanpa mengambil kira soalan ini. Bak kata perumpamaan bilangan yang turun bertugas tidak sama bilangan jari tangan lebih banyak daripada bilangan yang bertugas. Mungkin aspek ini dan daya tarikan tidak seindah yang disangkakan serta saban hari tidak menunjukkan perubahan fizikal tempat bertugas secara positif.


Bukan satu rekaan, apabila bertugas di sebuah pondok yang hanya berbumbungkan beberapa keping atas zink, bukan sahaja kesejukan, tetapi tidak dapat menampung petugas daripada terkena embun jantan yang bisa. Apakah keutamaan yang dinilai bagi memastikan kelancaran aktiviti SRS dapat diteruskan sampai bila-bila? Dalam masa yang sama bilangan sukarelawan ini semakin tidak menentu dan kadangkala tidak ada seorang pun yang turun bertugas pada hari tersebut wahal jadual pada hari itu ialah waktu bertugas.

Jenayah tidak mengenal waktu dan kesempatan yang terbaik bagi para penjenayah ialah peluang yang disajikan. Sedangkan sibuk berkawal para penjenayah dapat membolosi kawalan, inikan pula tiada kawalan seperti yang dijadualkan. Apakah satu jaminan para petugas SRS dapat meneruskan aktiviti sedangkan kebajikan mereka tidak pernah dijengok, diambil tahu atau diberi penghargaan. Persoalan ini juga akan menjawab mengapa saban waktu bilangan petugas SRS semakin berkurangan dan kalau adapun yang bertugas ialah orang yang sama serta mereka yang ikhlas tanpa mengambil kira soal ini semua.

Masalahnya, tidak semua orang yang sanggup bertugas kerana ingin menyumbang kepada masyarakat dan bergiat sebagai kesukarelaan tanpa mengharapankan balasan. Kalau ada pun pada hari ini, mereka kebanyakan mementingkan diri sendiri sahaja. Sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab dalam hal ini berbuat sesuatu supaya apa yang dilaungkan selari dengan tindakan yang sedang berlaku. Bukan persoalan untuk menyalahkan sesiapa, namun ia sekadar memberi peringatan bahawa kerjasama daripada pihak terutamanya pihak bertanggungjawab adalah suntikan semangat yang boleh menggerakan aktiviti SRS secara lebih produktif daripada biasa.



Memang kedengaran suatu ketika dahulu bahawa pondok seperti ini akan digantikan dengan kabin yang lebih selesa dan bermutu tinggi. Namun hingga ke hari ini masih tiada bayangan dan isu tersebut bagaikan bercakap kosong tanpa ada kebenaran. Kalaulah benar kabin itu disediakan, tidaklah ada pondok usang menanti hari jatuh menyembah bumi. Keselesaan petugas adalah satu jaminan bahawa aktiviti SRS dapat diteruskan walaupun mereka yang turun bertugas itu tidaklah seramai senarai dalam jadual yang disusunkan.

Memberi perhatian, keselesaan dan sentiada turun membuat tinjauan daripada pihak bertanggungjawab melihat aktiviti SRS akan membantu petugas menjalankan tugas dengan lebiih ikhlas dan dedikasi. Ia sebenarnya memberi gambaran bahawa ia satu langkah kehadapan menangani kemelut ketidakhadiran bertugas walaupun mereka sedar tugas itu hanya kesukarelaan semata-mata.

Pihak bertanggungjawab juga menerusi pegawai di peringkat daerah boleh melantik ketua-ketua SRS dalam kelompok itu dan bergerak satu taman ke taman perumahan yang lain membuat tinjauan berjadual. Secara tidak langsung ia membantu memberi suntikan semangat bahawa aktiviti mereka mendapat perhatian daripada pihak daerah atau pihak yang menjadi penaung. Inilah punca utama kenapa aktiviti SRS semakin tidak mendapat sambutan. Sedang petugas menjalankan tanggungjawab, tiada apa-apa kunjungan atau tinjauan oleh pegawai penaung dari peringkat agensi bertanggungjawab. Tindakan ini memberi satu tamparan bahawa peringkat agensi terbabit pun tidak endah pada aktiviti ini apa lagi peringkat taman dan kumpulan kecil.

Buat sedikit perubahan kalau mahu SRS popular sebagai pemangkin keselamatan penduduk taman serta popular sebagai aktiviti yang memberi jamin keselamatan kepada semua orang. Ia juga mungkin platform terbaik membantu menghidupkan perpaduan kepada semua kaum bersesuaian dengan apa yang kerajaan ingin utarakan pada hari ini, iaitu konsep 1Malaysia.

Barangkali SRS ini tidak sesuai lagi pada masa-masa akan datang kalau tidak diberi perhatian serius. Janganlah perkara yang mulia seperti ini hilang kerana beberapa perkara yang remeh dan tidak langsung penting. Selamatkan SRS kerana ianya satu-satu aktitviti kemasyarakatan secara sukarela yang boleh membantu pihak berkuasa menangani masalah jenayah. Usah hentikan aktiviti ini selagi boleh diselamatkan.



Berbalik kepada petugas SRS taman ini, mendapati semangat mereka seakan menunggu hari-hari pembubaran dan SRS tidak lagi penting. Semua ini gara-gara semangat kesukarelaan mereka semakin berkurangan kerana masalah-masalah teknikal yang statik. Adalah lebih baik sebelum terlambat aktiviti SRS di taman ini digilap semula dengan pelbagai cara. Mungkin ini masalah yang sama berlaku di mana-mana taman. Semakin hari semakin pudar dan tidak bermaya.

Bagi mereka yang tulus dan ikhlas pula perlu sentiasa diberi pujian dan penghargaan. Ketulusan mereka sebenarnya tidak ada ukuran tetapi setidak-tidaknya perhatian yang diberi akan memberi suntikan keramat bahawa ketulusan mereka dihargai. Tegasnya, keutamaan walaupun sepatah kata lebih baik daripada membunuh semangat dengan pengabaian. Semoga ia menjadi satu titipan buat membaiki kelemahan yang sedia ada dan sebagai tanda keprihatian pihak bertanggungjawab dalam mengumpul semangat kembali, cuma mereka harapkan satu sahaja, iaitu bersama turun padang melihat masalah yang ada.


Tuesday 7 December 2010

MASA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN

Assalamualaikum wr wb dan salam 1Malaysia,

Seban waktu Skim Rodaan Sukarela (SRS) diadakan bagi kepentingan orang ramai yang menghuni taman perumahan ini. Ini termasuklah penghuni yang menyewa atau yang menduduki taman perumahan secara kontak dan sebagainya. Pelbagai kaum menghuninya dengan perasaan tanpa takut kerana ia memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. SRS satu gerakan yang mulia dan patut dipuji.

Namun sejak akhir-akhir ini SRS kurang mendapat sambutan wahal jenayah tidak mengira waktu. Apa yang pasti ialah yang mengerakan SRS ditempat ini ialah orang yang sama dan bilangan yang sama. Kalau awal penubuhan mendapat sambutan kenapa pula diwaktu begini bilangannya semakin berkurangan.

Bagi mereka yang ikhlas bertugas dan menjalankan amanah, tidak kira hujan atau atau ribut, tetap bertugas mengawal keadaan. Dingin malam yang pekat dan keletihan berjaga bukanlah ukuran kalau hendak dibandingkan dengan keikhlasan. Kemana perginya orang-orang yang sihat, tidak sibuk atau mereka-mereka yang kuat untuk turut sama berjaga malam demi kesejahteraan bersama.

Alangkah malangnya kita yang sihat, kedekut tenaga lantas tidur lena dir umah bersama anak isteri sedangkan dalam masa yang sama ada orang bersengkang mata dalam malam yang dingin menjaga keselamatan kita. Tidakkah ada perasaan malu atau segan kepada mereka ini? Menakah sikap bertanggungjawab kita semua kepada keselamatan komuniti. Usahlah berkata tidak ada pun jenayah berlaku dalam rumah tangga anda lantas kita berkata tidak perlu SRS.

Bersama-samalah kita menjaga keselamatan perumahan ini dengan sama-sama turun berkawal dan membuat rodaan dalam aktiviti SRS ini. Usahlah pentingkan diri sendiri kerana ia merugikan. Sekiranya kita berkelapangan sertailah SRS. Bagi mereka yang telah mendaftar diri atau nama telah disenaraikan dalam SRS turunlah bertugas mengikut jadual. Malangnya bagi kita kalau sepanjang jadual bertugas sebulan itu sekalipun tidak turun disebabkan alasan sibuk, letih dan penat. Mungkin sesekali itu tidak mengapa, namun kalau dah kerap kali atau tidak sekali pun patuhi jadual, mungkin kita kena menilai diri sendiri. Mestikah kita mengharapkan orang lain untuk menjaga keselamatan semua sedangkan kita pun berupaya untuk bersama-sama dengan mereka yang bertugas.

Kalau kita tidak mahu menyertai orang lain dalam hal ini, kita seharusnya menilai diri. Apalah pentingnya kita tidak mahu bertugas dan turut sama menjayakan aktiviti SRS. Semoga kita semua insaf dan sedar bahawa tiada apa-apapun yang dapat atas sikap pentingkan diri sendiri. Semoga tahun baru nanti kita semua dapat membuat perubahan dalam diri sendiri.

Sunday 5 December 2010

PROGRAM SANTAI KRT


PADA tanggal 5 Disember 2010, Ahad KRT Taman Kelisa Emas menganjurkan Santai di kolam renang di Felda Residen Tekam, Jerantut (Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak). Tujuan santai ini diadakan ialah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara yang menyertai. Keseronokan tampak sekali bersama-sama anak-anak yang menyertainya. Aktiviti seperti ini sememangnya patut dijadikan aktiviti wajib.









Wednesday 1 December 2010

SANTAI DI KOLAM RENANG PPPTR

DIMAKLUMKAN, sekiranya cuaca baik, cerah dan tidak hujan, satu santai bersama keluarga masing-masing di kolam renang Felda Rasiden Tekam (PPPTR) akan diadakan. Kepada sesiapa yang berminat sila berkumpul di perkarangan Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas pada 5 Disember 2010, jam 4 petang. Bayaran caj kolam ialah RM5 bagi setiap seorang. Sekiranya anda terlambat dalam konvoi tersebut, anda dan keluarga boleh terus ke lokasi dan menyertai kumpulan ini. Bayaran tetap sama, iaitu RM5. Sila berurusan terus kepada Encik Mazlan.

Sila pastikan anda membawa pakaian mandi yang sesuai. Makanan ringan sahaja yang boleh dibawa. Terdapat kemudahan tempat persalinan, ruang solat dan tempat bersantai lain lagi di sana. Kepada sesiapa yang berminat, sila maklumkan segera.

IMBASAN AKTIVITI



JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.