Wednesday 30 June 2010

Kehadiran YB Dato' Law Lee, Aduan Damak memeriahkan majlis

Pada 27 Jun 2010 yang lalu, Taman Kelisa Emas, Jerantut bawah rangkaian KRT telah menyusun satu majlis bersama Yang Berhormat Dato Law Lee, ADUN Damak bagi majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Surat Pelantikan Rukun Tetangga 2009-2010. Majlis berlangsung diperkarangan Gelanggang Badminton Taman Kelisa Emas.
Kehadiran YB Dato Law Lee, Adun Damak ke majlis ini telah disambut mesra oleh Encik Mohamad bin Mat Taha, Timbalan Pengerusi KRT tepat jam 12.30 tengahari.
Sebelum ke majlis, YB Dato Law Lee sempat meninjau-ninjau keadaan Kelas TABIKA Perpaduan taman ini yang terletak hanya beberapa meter dari tapak perjumpaan. Beliau begitu tertarik dengan masalah kelas yang sempit dan hanya menyewa sebuah rumah bersais kecil tetapi bayaran bulanan yang hampir RM600 sebulan. Kalau sewaan biasa bagi sebuah keluarga mungkin tidak sampai RM300 sebulan.
Majlis ini berlangsung dalam suasan harmoni dan ramai ibubapa, penjaga, penghuni taman ini dan juga hampir kesemua barisan AJK KRT turut bersama. Kemeriahan dapat dirasai apabila sebelum majlis berlangsung terdapat pertandingan melukis dan mewarna bagi murid-murid Tabika Perpaduan, penduduk dan remaja taman ini. Sambutan sangat membanggakan.
Sekiranya program ini tidak dilaksanakan, mungkin suasana sebegini tidak dapat dirasai. Riuh rendah anak-anak kecil menyertai pertandingan menyerikan aturcara majlis yang disusun.
Cikgu Basaruddin telah menjadi juru acara majlis dan beliau dapat menghidupkan suasana dengan pengacaraan yang teratur, lancar dan berkesan. Tahniah diatas kerjasama dan pengacaraan yang baik.
Dalam ucapan alu-aluan, Encik Mohd Shukri, Pengerusi KRT mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB Dato' Law Lee ke majlis anjuran taman ini. Ia merupakan kali kedua kehadiaran beliau di taman ini dalam majlis sebegini. Selain daripada itu, Encik Shukri juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato kerana telah menyumbangkan dua buah khemah bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di taman ini. Rasa bersyukur juga dilafaskan atas pemberian yang sangat bermakna ini.
YB Dato Law Lee pula dalam ucapannya sempena perasmian ini telah mengegaskan bahawa hidup bersatu padu tidak kira apa bangsa dan kaum akan menjaminkan kesejahteraan bersama. Orang ramai perlu saling hormat menghormati supaya cita-cita 1Malaysia dapat diamalkan dengan betul dan baik. Beliau juga menyentuh soal ketidakselesaan Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas yang sempit dan tidak selesa. Beliau berjanji akan cuba mengatasi perkara ini dengan membawa isu tabika ini ke mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan Peringkat Negeri kerana beliau sebenarnya salah seorang daripada ahli mesyuarat penting itu. Kami sangat mengalu-alukan usaha beliau agar Tabika Perpaduan taman ini mendapat bangunan sendiri bagi menjanakan aktiviti yang dirancang...

Yb Dato Law Lee telah menyampaikan sijil perlantikan Rukun tetangga kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik bagi sesi 2010. Perlantikan ini menandakan satu komitmen sepadu daripada semua pihak tidak mengira bangsa dan agama.
Penglibatan kuam cina dalam aktiviti dan gerakan rukun tetangga sememangnya tidak dinafikan walaupun hanya beberapa keluarga sahaja kaum ini mediami taman ini. Sebagai satu tanda perpaduan penglibatan mereka sangat menggalakan. Ini dapat dilihat setiap kali ada majlis seperti ini mereka akan turut terlibat sama menjayakannya.
Begitu juga dengan kaum india. Wakil mereka sentiasa memberi kerjasama walaupun agak sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Inilah bukti bahawa 1Malaysia sedang menular dalam masyarakat hari ini.
Pada majlis ini juga keputusan pertandingan futsal diumumkan dan hadiah juga disampaikan oleh YB Dato' Law Lee. Tempat Pertama dimenangi oleh Pasukan Bentayan FC yang diketuai oleh Encik Razman, Kedua pula pasukan Janggut Jingga FC.. Manakala Pasukan Sontorian FC menduduki tempat ke tiga. Bagi tempat ke empat Pasukan Atok Perkasa FC dan tempat ke lima Lang Buana FC. Tahniah di atas pencapaian ini. Sebenarnya bukan tempat yang dicari tetapi lebih berfokus kepada tentang hubungan dan kerjasama yang dicari.
Majlis ini juga telah dimeriahkan oleh pertandingan melukis dan mewarna peringkat taman ini. Sambutannya amat menggalakan dan sememangnya tampak kemeriahan yang disertai oleh anak-anak penduduk dan kanak-kanak dari Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas. Kategori yang dipertandingkan ialah kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun, 7 hingga 9 tahun, 10 hingga 12 tahun, 13 hingga17 tahun dan kategori Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas. Bagi Kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun mendapat 4 pernyertaan dan selebihnya hampir 60 orang peserta yang menyertainya. Keputusanya adalah seperti berikut. Bagi kategori 4 hingga 6 tahun di menangi oleh Wan Aqri Qusyairi Wan Jeuhari ( no rumah 94) Auni Fatimah Zaaba ( no rumah 13) dan ketiga Ansa ( no rumah 23)
Bagi kategori 7 hingga 9 tahun pula ditempat pertama dimenangi oleh Nurul Qurratul Najihah ( no rumah 7) tempat kedua Tabagawaran (no rumah 132) dan ketiga Muhammad Danish Faris ( no rumah 76)

Katagori 10 hingga 12 tahun pula dimenangi oleh Tg. Nurin Nadhira Tg Ra'of (no rumah 32), kedua Nur Aliya Ilyana Azimili (no rumah 47) dan Nurul Izzah Rohimi (no rumah 18). Manakala bagi kategori 13 hingga 17 tahun pula dimenangi oleh Muqri Aman Mohd Asri ( no rumah 111) Nadhirah Mhd Asri ( no rumah 111) dan tempat ketiga Nurul Nabila Azimili ( no rumah 47)

Majlis diakhiri dengan penyampaian tanda hati daripada Taman Kelisa Emas Oleh Encik Shukri, Pengerusi Rukun Tetangga kepada YB Dato Law Lee atas kesudian menyampaian hadiah dan atas kelapangan beliau menghadiri masjlis ini.
Foto dan Berita : mazlqan@yahoo.com

Tuesday 29 June 2010

Sambutan Hari Jadi Murid-Murid Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas Januari hingga Jun 2010


Majlis sambutan harijadi ini diadakan sempena sambutan hari jadi murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas yang meraikan murid-murid harijadi ialah bermula Januari hingga Jun 2010. Terdapat 9 orang murid semuanya yang disenaraikan. Majlis begitu meriah kerana kehadiran ibubapa, murid-murid, pegawai Perpaduan Seperti Encik Taha, Encik Khairul, Cik Ina dan Pengerus Tabika Perpaduan Kelisa Emas, Encik Mazlan. Tema dan pakaian ialah pakaian tradisional, iaitu baju Melayu lengkap.Ayah tersenyum anak gembira
Ibu sibuk masak di dapur
Sedap sungguh menjamu selera
Makan di KFC bukan di dapur
Encik Taha Ucap merasmi
Baca bismilah terus berkata
Ayam dan Pepsi bukan makan mi
Raing gembira tidak terkata
Menjeling menjeling si anak manja
Hidangan enak lama dah nak rasa
Meriah di KFC gurauan manja
Baca bismilah makanlah berselera
Kek di potong tanda bermula
Riuh rendah sambil menyanyi
Puas menunggu bila nak mula
Lagu hari jadi berdendang menyanyi
Cabutan bertuah mendapat hadiah
Ibubapa diberi sambutan
Bila hari jadi mendapat hadiah
Agar bererti dalam sambutan

Lilin ditiup acara bermula
Padam api kek di potong
Sudah lama tunggu nak mula
Sila beratur jangan memotong
Berenang manja si ikan gelama
Dipancing oleh si anak julia
Hari jadi diraikan bersama
Memeraiahkan anak-anak berhati mulia
Cantik sungguh si mata anak
Ibu pula menjeling manja
Hari jadi si anak-anak
Amboi ibubapa pula lebih-lebih
Manja dan ayu si gadis KFC
Bergaya pula jalan belenggang
Selesa bergaya di selera KFC
Ibubapa dan anak turun ke gelanggang
Majlis hari jadi sungguh meriah
Hidup bersatu berteduh hati
Suasana meriuh lagi meriah
Itu tanda bersatu hati

Cantik sungguh senyum cik Ina
Datang nun jauh merai bersama
Terima kasih sampaian cik Ina
Majlis Galamour atur bersama

Foto Oleh : Mazlan
Pantun : Mazlan

Kemeriahan Pertandingan Melukis Anjuran KRT Kelisa Emas

Seawal jam 9 pagi 27 Jun 2010 anak-anak yang berumur 4 hingga 17 tahun datang mendaftar sebagai peserta pertandingan melukis dan mewarna. Sambutan memang menggalakan. Terdapat seramai hampir 60 orang peserta yang mengikuti pertandingan ini.
Kanak-kanak yang hadir begitu teruja hinggakan ada yang tidak cukup kerta lukisan sanggup tunggu walaupun hampir 30 minit lewat. Semangat seperti inilah yang diharapkan daripada semua penduduk. Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa atau penjaga yang membenarkan anak-anak menyertai pertandingan ini.
Penyertaan terbanyak ialah daripada murid-murid TABIKA Perpaduan Taman Kelisa Emas yang dibantu oleh guru-guru Tabika.


Keseronakan anak-anak menyertai acara ini ialah apabila mereka tampak tekun sekali mewarna dan melukis walaupun di bawah khemah yang serba kekurangan. Kata orang semangat dan keseronokan dapat melupai sekitaran yang letih dan penat. Syabas diucapkan kepada semua.
Penyertaan yang menggalakan daripada penduduk taman ini juga amat menggalakkan. Keputusan pertandingan juga menggambarkan keharmonian dan perpaduan semua kaum. Ikutilah keputusan disiri ucapan YB Dato Law Lee, Aduan Damak....

Foto & Cerita by : mazlqan@yahoo.com

Saturday 19 June 2010

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA AJURAN KRT TAMAN KELISA EMAS

PERTANDINGAN ini terbuka kepada semua penduduk taman ini yang berumur 4 hingga 17 tahun. Pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan. Peserta akan diberi hadiah dan sijil penyertaan. Borang penyertaan akan diedarkan... tarikh 27 Jun 2010, hari Ahad, jam 9.00. Siapa yang berminat sila mendaftar sekarang..

Wednesday 16 June 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN AJK KRT 2010

Tarikh : 27 Jun 2010
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Badminton, Taman Kelisa Emas, Jerantut
Perasmian : YB Datuk Law Lee, ADUN Damak

Cadangan : Pertandingan Melukis Murid-murid Tabika Perpaduan dan anak-anak taman kelisa Emas 2010.

Perubahan jadual dan aktiviti bergantung kepada keperluan semasa...

MESYUARAT KHAS KRT 2010






Mesyuarat membincangkan untuk mengadakan majlis bersama YB Datuk Law Lee, ADUN Damak. Mesyuarat diadakan pada hari ini 16 Jun 2010, 9.00 malam, di TABIKA PERPADUAN Taman Kelisa Emas, Jerantut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Shukri, Pengerusi KRT.

Saturday 12 June 2010

13 JUN 2010.. GOTONG ROYONG TAMAN KELISA EMAS MEMBERSIH LONGKANG...

Jika dibiarkan, longkang ini mengundang bahaya kepada penduduk. Bau busuk dan muak membuatkan beberapa penghuni berdekatan tidak selesa dan bermasalah. Nyamuk dan lalat juga hidup bermaharajalela.
Semak samun dan longkang tersumbat ini bukan sahaja mengundang banjir kilat bahkan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedis. Oleh itu, membuat gotong royong membersihkan kawasan ini adalah menjadi tanggungjawab semua.


Membersih longkang yang tersumbat seperti ini bukan kerja mudah tanpa kerjasama daripada semua penduduk. Samalah kita turun bagi menjayakan kerja amal seperti ini.

Berat sama diangkat. Ringan sama dibantu.. Longkang ini memerlukan perhatian yang serious daripada pihak bertanggungjawab kerana ia memang tersumbat walaupun sudah beberapa kali gotong royong dibuat. Kesukaran ini menggambarkan keadaan sebenar ketidaktanggungjawaban terhadap kebersihan, keselesaan pembayar cukai dan ketidakprihatinan terhadap aduan yang dibuat.
Gotong royong ini bertumpu kepada kerja-kerja membersih longkang yang tersumbat dan menyebabkan limpahan air limbah ke kawasan perumahan berdekatan. Selain daripada itu ia juga dijalankan bagi membersih laluan tikus ke taman Bukit Permai bagi memudahkan kawalan keselamatan.
Jambatan merentasi longkang seluas 3 kaki telah dipecahkan bagi tujuan keselamatan dan kawalan. Ia bukan bertujuan untuk memutuskan perhubungan dengan taman perumahan di atas tetapi dalam usaha membenteras kejadian tidak diingini.



Selepas penat bergotong royong menjamu selera pula di Rastaurant Al Hijrah sambil berbual mesra. Banyak perkara boleh dibincangkan bersama.
Tidak ramai yang tahu bahawa di restaurant ini Rojaknya memang sedap dan menyelerakan.
Setiausaha Taman Kelisa Emas, sedang berkata sesuatu dalam perbincangan ringkas sambil menjama Roti Telur Kari Kambing.
Encik Mazlan, memerhati sesuatu sambil menunggu air dihidang. Gotong royong seperti ini dapat mengeratkan sesama penduduk.
Pengerusi tampak keletihan kerana banyak perkara yang hendak difikirkan dan dibuat untuk keharmonian taman ini.
Roti Canai, Teh Tarik dan Kari Kambing juadah menyelerakan. Semoga aktiviti begini menjadi amalan dalam keharmonian pendudukan taman ini.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.