Saturday 12 June 2010

13 JUN 2010.. GOTONG ROYONG TAMAN KELISA EMAS MEMBERSIH LONGKANG...

Jika dibiarkan, longkang ini mengundang bahaya kepada penduduk. Bau busuk dan muak membuatkan beberapa penghuni berdekatan tidak selesa dan bermasalah. Nyamuk dan lalat juga hidup bermaharajalela.
Semak samun dan longkang tersumbat ini bukan sahaja mengundang banjir kilat bahkan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedis. Oleh itu, membuat gotong royong membersihkan kawasan ini adalah menjadi tanggungjawab semua.


Membersih longkang yang tersumbat seperti ini bukan kerja mudah tanpa kerjasama daripada semua penduduk. Samalah kita turun bagi menjayakan kerja amal seperti ini.

Berat sama diangkat. Ringan sama dibantu.. Longkang ini memerlukan perhatian yang serious daripada pihak bertanggungjawab kerana ia memang tersumbat walaupun sudah beberapa kali gotong royong dibuat. Kesukaran ini menggambarkan keadaan sebenar ketidaktanggungjawaban terhadap kebersihan, keselesaan pembayar cukai dan ketidakprihatinan terhadap aduan yang dibuat.
Gotong royong ini bertumpu kepada kerja-kerja membersih longkang yang tersumbat dan menyebabkan limpahan air limbah ke kawasan perumahan berdekatan. Selain daripada itu ia juga dijalankan bagi membersih laluan tikus ke taman Bukit Permai bagi memudahkan kawalan keselamatan.
Jambatan merentasi longkang seluas 3 kaki telah dipecahkan bagi tujuan keselamatan dan kawalan. Ia bukan bertujuan untuk memutuskan perhubungan dengan taman perumahan di atas tetapi dalam usaha membenteras kejadian tidak diingini.



Selepas penat bergotong royong menjamu selera pula di Rastaurant Al Hijrah sambil berbual mesra. Banyak perkara boleh dibincangkan bersama.
Tidak ramai yang tahu bahawa di restaurant ini Rojaknya memang sedap dan menyelerakan.
Setiausaha Taman Kelisa Emas, sedang berkata sesuatu dalam perbincangan ringkas sambil menjama Roti Telur Kari Kambing.
Encik Mazlan, memerhati sesuatu sambil menunggu air dihidang. Gotong royong seperti ini dapat mengeratkan sesama penduduk.
Pengerusi tampak keletihan kerana banyak perkara yang hendak difikirkan dan dibuat untuk keharmonian taman ini.
Roti Canai, Teh Tarik dan Kari Kambing juadah menyelerakan. Semoga aktiviti begini menjadi amalan dalam keharmonian pendudukan taman ini.

AJK KRT DALAM KEGIATAN AMAL

12 Jun 2010... jam 9 malam. bertempat di rumah bernombor 68, Taman Kelisa Emas, Rumah Encik Hamzi, bagi maljis perkahwinan anak mereka pada 10 Julai 2010 nanti. Ramai jiran dan AJK KRT hadir dalam majlis ini. Encik Shukri telah mempengerusi maljis ini dengan jayanya. Tahniah dan syabas.. Semoga majlis yang bakal diraikan nanti berjalan dengan lancar.










JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.