Monday 22 March 2010

USAH BUANG SAMPAH MERATA-RATA

MASALAH sampah sebenarnya bukan lagi masalah baru, bahkan masalah ini sering disebut, dibualbiacara dan sebagainya. Mengatasi masalah pembuangan sampah bukan perkara mudah. Ia sepatutnya bermula dengan individu itu sendiri. Sedangkan dalam Islam jelas menyatakan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman. Siapa yang tidak menjaga kebersihan, bererti ia tidak mengamalkan keimanan yang di tuntut oleh Islam.

Pembuangan sampah dipinggir jalan seperti ini adalah perbuatan kurang wajar dan menggambarkan individu itu mementingkan diri sendiri. Apasalahnya sampah-sampah yang dibuang tadi dikumpul dan diletakan dalam tong sampah di hadapan rumah. Sebenarnya setiap 2 hari berselang, pihak Alam Flora Jerantut yang dipertanggungjawab dalam urusan ini telah menjalankan tugas mereka. Justeru, tiadalah masalah bagaimana sampah itu boleh dibuang di tempat ini. Wajarkah individu ini bersifat pengotor seperti ini sedangkan kemudahan memungut sampah dikediaman Taman Kelisa Emas disediakan bahkan mengikut jadual?

Kesimpulannya, tiada masalah mengenai perkara ini sekiranya individu itu berasa sedar akan perbuatannya itu ialah perbuatan pengotor, pentingkan diri sendiri dan sensitif terhadap kebersihan adalah lemah. Bertolak daripada itu diseru agar sesiapa sahaja mulai saat ini tidak membuang sampah sesuka hati tanpa mengambil kira tentang kebersihan tempat ini dan alam sekitarnya.

Saturday 20 March 2010

KESELAMATAN DIPERTINGKATKAN

Pada 19 Macr yang lalu usaha bagi memperlahankan kenderaan keluar dan masuk di taman perumahan ini, kerja-kerja memasang bonggol di kawasan atau lorong tertentu telah dibuat. Usaha ini dibuat supaya dapat mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku. Antaranya kemalangan dan gangguan kepada penghuni apabila beberapa kenderaan dipandu laju di kawasan perumahan.
Dengan adanya bonggol keselamatan ini, kenderaan keluar dan masuk ke taman perumahan ini dapat mengurangkan had kelajuan dan seterusnya dapat mengelakan kemalangan.
Keselamatan lalu lintas di taman perumahan sepatutnya dititik berat terutamanya kepada anak-anak. Kawasan perumahan merupakan kawasan tempat di mana kanak-kanak bermain kerana taman perumahan ini tidak mempunyai taman permainan kanak-kanak yang sesuai. Justeru, keadaan seperti ini perlu dan menyediakan bonggol keselamatan seperti ini adalah kewajaran yang tidak boleh tidak perlu disediakan.
Usaha murni seperti ini patut mendapat pujian dan sokongan padu daripada semua pihak. Tanpa usaha sebegini keselamatan anak-anak dan usaha mengelak kemalangan walaupun kemalangan kecil di taman perumahan ini dapat dielakkan. Syabas.

Friday 12 March 2010

TEGAS DALAM MEMBENTERAS JENAYAH

Baru-baru ini beberapa kejadian jenayah dan masalah sosial cuba membolos dan menguji akan ketegasan pasukan Skim Suka Rela kami yang selama ini tegas dalam mencegah jenayah setempat. Langkah pantas dibuat dengan mengadakan sekatan dan pemeriksaan di laluan utama ke taman ini. Kesannya, masalah yang timbul dapat dicegah daripada menularnya.
Lengkap dengan pakaian khas semasa bertugas, pasukan yang digerakan bertindak pantas dengan membuat sekatan dan pemeriksaan kepada kenderaan yang keluar masuk. Hasilnya masalah yang melanda dapat diatasi dengan bijak.
Walaupun tegas, namun kami masih mesra dan telus. Tiada masalah yang ditimbulkan serta pengguna yang keluar masuk juga memberi kerja sama yang padu bagi mengatasi masalah yang cuba menular.
Semua kenderaan keluar dan masuk ke taman ini diperiksa dan sekiranya wujud masalah, pihak SRS bertugas membuat tindakan lanjut dengan menghubungi pihak polis bagi mengatasi masalah selanjutnya.
Kami bersyukur, pasukan SRS taman ini bertindak pantas dan memberi kerjasama seperti apa yang diharapkan. Tiada kompromi terhadap jenayah yang cuba mengganggu gugat ketenteraman taman ini.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.