Majlis sambutan harijadi ini diadakan sempena sambutan hari jadi murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas yang meraikan murid-murid harijadi ialah bermula Januari hingga Jun 2010. Terdapat 9 orang murid semuanya yang disenaraikan. Majlis begitu meriah kerana kehadiran ibubapa, murid-murid, pegawai Perpaduan Seperti Encik Taha, Encik Khairul, Cik Ina dan Pengerus Tabika Perpaduan Kelisa Emas, Encik Mazlan. Tema dan pakaian ialah pakaian tradisional, iaitu baju Melayu lengkap.
Ayah tersenyum anak gembiraIbu sibuk masak di dapur
Sedap sungguh menjamu selera
Makan di KFC bukan di dapur
Encik Taha Ucap merasmiBaca bismilah terus berkata
Ayam dan Pepsi bukan makan mi
Raing gembira tidak terkata
Menjeling menjeling si anak manjaHidangan enak lama dah nak rasa
Meriah di KFC gurauan manja
Baca bismilah makanlah berselera
Kek di potong tanda bermulaRiuh rendah sambil menyanyi
Puas menunggu bila nak mula
Lagu hari jadi berdendang menyanyi
Cabutan bertuah mendapat hadiahIbubapa diberi sambutan
Bila hari jadi mendapat hadiah
Agar bererti dalam sambutan
Lilin ditiup acara bermulaPadam api kek di potong
Sudah lama tunggu nak mula
Sila beratur jangan memotong
Berenang manja si ikan gelamaDipancing oleh si anak julia
Hari jadi diraikan bersama
Memeraiahkan anak-anak berhati mulia
Cantik sungguh si mata anakIbu pula menjeling manja
Hari jadi si anak-anak
Amboi ibubapa pula lebih-lebih
Manja dan ayu si gadis KFCBergaya pula jalan belenggang
Selesa bergaya di selera KFC
Ibubapa dan anak turun ke gelanggang
Majlis hari jadi sungguh meriahHidup bersatu berteduh hati
Suasana meriuh lagi meriah
Itu tanda bersatu hati
Majlis Galamour atur bersama
Foto Oleh : Mazlan
Pantun : Mazlan
Foto Oleh : Mazlan
Pantun : Mazlan





