Thursday 25 November 2010

PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TABIKA PERPADUAN TAMAN KELISA EMAS BAGI TAHUN 2011

Kepada penduduk Taman Kelisa Emas dan peduduk taman-taman perumahan berdekatan Taman Kelisa Emas, tuan-tuan dan puan-puan boleh mendaftar anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun ke Tabika ini. Tarikh tutup pendaftaran ialah seminggu sebelum sesi pertama persekolah bagi tahun 2011. Kepada yang berminat sila mengambil borang pendaftaran yang disediakan di Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas pada bila-bila masa. Sila berhubung terus dengan Guru Tabika Puan Hazrinawati Harun dan Puan Sulinda Sulaiman atau terus ke pejabat Perpaduan Daerah Jerantut. Pemilihan akan dibuat dan nama-nama yang disaringkan akan dimaklumkan melalui surat sebelum hari persekolah 2011 bermula. Kerjasama daripada semua pihak yang berminat amat dialu-alukan. Pendaftaran selepas tarikh tamat tidak dapat membantu kemasukan sekiranya sasaran yang sedia ada telah memenuhi had yang sedia ada. Bagaimana pun tuan-tuan dan puan-puan digalakkan berhubung terus dengan dengan pihak Tabika bagi mendapatkan informasi terkini.

Monday 22 November 2010

KAWALAN KESELAMATAN SRS

Menjelang Hujung Tahun 2010 ini pelbagai perkara tidak diingin kerap berlaku. Bagi memastikan perkara tidak diingini tersebut menular ke kawasan Rukun Tetangga Taman ini, tindakan menggandakan kawalan keselamatan telah dibuat. Ini semua bagi memastikan tahap keselamatan berada dalam keadaan yang sewajarnya. Kepada semua penduduk diminta memberi kerjasamasa seperti;

1. Sekiranya ingin meninggalkan rumah lebih daripada sehari, sila maklumkan kepada jiran terdekat atau maklumkan kepada KRT & SRS.

2. Pastikan keselamatan rumah disemak dengan betul seperti penggunaan strikel, pemanas air, dapur gas dan sebagainya.

3. Sekiranya ada kecurigaan bagi orang luar yang tidak dikenali, sila maklumkan kepada mana-mana rakan atau jiran yang boleh berhubung terus kepada SRS atau pihak berkuasa.

4. Pastikan anak-anak bermain di luar rumah dengan pengawasan orang dewasa.

Semoga dengan langkah ini, kita dapat mengurangkan jenayah. Paling tidak pun penjenayah berfikir beratus kali untuk melakukan jenayah di kawasan kediaman kita. Semoga semuanya berada dalam keadaan aman dan tenteram.

Wednesday 10 November 2010

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ANAK-ANAK PENDUDUK YANG BERJAYA MENCAPAI KEPUTUSAN BAIK DALAM UPSR 2010

KAMI merakamkan ucapan Tahniah kepada semua penduduk Taman Kelisa Emas, Jerantut di atas kejayaan anak masing-masing dalam Keputusan UPSR 2010 yang diumumkan pada hari ini, 11.11.10. Semoga ia menjadi platform untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang di masa-masa akan datang. Kepada yang tidak berjaya, usaha lagi dan anggaplah kegagalan kali ini untuk bangkit mencipta kejayaan di masa akan datang. Kepada yang berjaya terus meningkatkan prestasi kerana sekali berjaya tidak bererti berjaya jika tidak ada usaha untuk mempertahankan kejayaan. Semoga semua ceria..

Monday 8 November 2010

TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN

SYUKUR kepada Allah SWT kerana telah membuka jalan bagi mengatasi kemelut lebihan belanjawan semasa sambutan hari keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas yang lalu. Masalah yang berlaku di majlis tersebut bukan salah sesiapa. Saya sebagai pengerusi dan penganjur majlis tersebut mengambil iktibar daripada peristiwa itu bahawa setiap maklumat yang perlu diberi hendaklah secara terperinci dan memberi penerangan dengan mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

Bagi saya ia sebenar menggambarkan sikap positif para ibu bapa meraikan anak-anak. Mungkin dilain masa pengajuran seperti ini perlu beberapa langkah dan merancang lebih awal. Soal kehadiran tanpa diundang itu kami tidak kisah sangat. Apa yang membuatkan saya terharu ialah apabila melihat ramai yang datang. Mungkin perkara ini perlu dilihat dalam sudut positif bahawa soal anak-anak ibubapa tidak kisah berbelanja.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang prihatin dan kepada mereka yang menjelaskan bayaran kemudian selepas majlis berakhir, kami sebagai pengajur berasa ini satu sikap positif yang perlu dipuji. Semoga Allah permudahkan kerja amal anda yang lain.

Mazlan Bin Che Kob
Pengerusi JPTP
Taman Kelisa Emas

Thursday 4 November 2010

Selamat Menyambut Hari Deepavali


Seluruh Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada penduduk yang berketurunan India pada hari ini, 5 November 2010, Jumaat. Semoga perayaan ini menjadi satu ikatan kekeluargaan sesama penduduk.

Monday 1 November 2010

PENGHARGAAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum Wr Wb dan salam 1Malaysia,

Saya mengambil kesempatan ini ingin merakamkan ribuan terima kasih buat semua ibubapa dan penjaga yang terlibat dalam menjayakan hari keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas yang berlangsung pada 31 Oktober 2010, hari Ahad yang lalu. Aktiviti yang dirancang bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga 10.30 malam itu tampak satu komitmen yang luar biasa daripada semua pihak. Sikap bertukus lumus itu juga melambangkan satu pemuafakatan yang bersungguh bagi menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancangkan. Kesannya, semua aktiviti berjalan dengan baik bermula dengan sukaneka, Sambutan Hari Jadi di KFC Jerantut dan Jamuan Makan Malam di Rest House Jerantut.

Walaupun terdapat sedikit gangguan, namun ia masih dapat diteruskan dengan sempurna hasil tindakan pantas AJK JPTP yang lain termasuklah para ibubapa yang memahami. Misalnya semasa di KFC kami tidak menduga sambutan begitu menggalakan hingga kehadiran peserta yang tidak duga dan tempahan tambahan perlu dibuat secara tergesa-gesa. Bagaimanapun atas tindakan semua AJK dan beberapa orang penjaga murid perkara itu dapat diatasi dengan baik. Saya merasa ia satu komitmen yang tidak dapat ditemui dengan mudah. Mereka tidak senang melihat AJK bertukus lumus dengan hanya berpeluk diri. Namun atas kerjasama itu, mereka turut bersama seperti mengagihkan makanan dan air minuman kepada semua murid dan penjga yang lain. Ia satu aliran pemuafakatan yang perlu dilihat bahawa ibubapa begitu prihatin dan bekerjasama. Saya bersyukur atas tindakan ini kerana ia dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan pantas. Terima kasih sekali lagi kepada semua. Semoga pertolongan ikhlas anda dapat Allah bantu dan memberi kesejahteraan buat semua.

Saya mewakili AJK JPTP Taman Kelisa Emas sekali lagi memohon maaf di atas masalah teknikal semasa di meja makan di Jerantut Rest House. Ia bukan sesuatu yang dirancangkan. Ia sebenarnya satu perkara luar dugaan kerana kami di pihak pengajur tidak menduga disaat akhir terdapat penyertaan luar biasa. Sedangkan tempahan telah dibuat beberapa hari sebelum itu. Keadaan ini mencetuskan sedikit situasi kelam kabut. Bagaimanapun atas tindakan pantas dan bijak daripada semua pihak dan AJK, saya rasa ia telah menyelamatkan keadaan. Kepada ibubapa dan keluarga mereka yang lambat menerima makanan, saya sekali lagi memohon maaf atas masalah teknikal tersebut. Namun saya kira usahlah bermasam muka dan merasa ketidakadilan daripada beberapa masalah itu. Sekiranya ia tidak dapat dibendung lagi, saya mewakili AJK JPTP segera memohon maaf dan menjadikan ia sebagai sempadan yang tidak akan diulangi lagi buat masa-masa akan datang. Semoga ia menjadi teladan berguna. Insya-Allah dimasa-masa akan datang kami akan lebih berhati-hati menguruskan pengajuran seperti ini.

Sekiranya persoalan itu yang menjadi ukuran dan kesudahan dan penamatnya hanya satu kata-kata cemuhan, saya kita ia seoalah-olah memberi satu hukuman yang tidak boleh dimaafkan lagi. Bagaimanapun, sekiranya diberi peluang untuk meneruskan perkara ini, kami AJK JPTP tahun 2010 akan berusaha menangani perkara itu dan memberi perhatian serious supaya dapat diperbaiki dengan sempurna. Apapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang baik dalam menjayakan Sambutan Hari Keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas tahun 2010. Semoga jasa-jasa baik anda semua dirahmati oleh Allah.

Kepada yang tidak menyertai diharapkan dimasa-masa akan datang dapat melapangkan masa untuk bersama menjayakan aktiviti yang dirancangkan. Semoga tahun-tahun akan datang mendapat penyertaan seratus peratus daripada anda semua. Usahlah mudah mengalah sebagaimana kami tidak melatah dengan setiap apa yang kami depani. Justeru, semoga ia menjadi platform untuk kejayaan seterusnya.

Sekian, terima kasih

MAZLAN BIN CHE KOB
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan
Taman Kelisa Emas, Jerantut

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.