Wednesday 3 February 2010

SANGGUPKAH ANDA BIARKAN


Lihat dan rasailah sendiri keheningan pagi yang menyeramkan tak kala panghuni lain sedang nyenyak tidur bersama keluarga. Apakah tidak anda berfikir akan keselamatan anda sedang diawasi oleh insan yang sanggup turun padang walaupun dalam suasana ini. Bagaimana pula dengan anda semua, selamatkah kediaman kita kalau hanya mengharapkan orang lain untuk memberi pelindungan sedangkan kita tidak pernah menjengok untuk bertugas? Apakah masalah kesihatan menghalang anda daripada untuk bertugas atau kerana tidak mahu mencampuri perkara ini dengan alasan rumah anda selamat dan tidak pernah dimasuki penceroh atau pencuri.

Sebenarnya bukan itu masalah utamanya. Apa yang penting kita hendaklah sentiasa hidup bermasyarakat dan bertanggungjawab memberi kerjasama dalam soal kemasyarakatan seperti ini. Haruskah kita biarkan orang lain menjaga keselamatan kawasan kediaman kita, sedangkan semua ini kita boleh turut sama membantu?

Tengoklah sendiri suasana hari ini. Siapa sanggup turun padang membuat tinjauan? Apa salahnya sesekali anda juga turut bersama memberi kerjasama atau meluangkan masa untuk berbual mesra menemankan mereka yang bertugas? Rasanya dalam 30 minit atau sejam memadai untuk menyatakan sokongan anda dalam semua ini.

Mereka yang bertugas dalam rukun tetangga ini tidak ada lebih atau kurangnya daripada anda. Mereka sukarela dalam soal ini bahkan bersengkang mata semata-mata untuk memberi pelindungan daripada ancaman jenayah tanpa apa-apa habuan meterial. Perlukah mereka ini dikatakan bertugas kerana untuk suka-suka atau kerana apa? Ternyata hampir setahun bertugas, tiada apa yang mereka dapat melainkan mengantuk, letih dan kesejukan. Namun atas tanggungjawab itulah mereka sentiasa memberi kerjasama supaya walaupun orang lain tidak hadir, mereka tetap memberi tugasan tanpa berbelah bagi. Ini bukan kerja saja-saja untuk bersukaria.

Dalam kegelapan malam yang tidak tentu selamat atau tidak, pasukan SRS tetap menjalankan tugasan mereka. Tanpa mereka rasanya suasana tidak akan seaman yang dihirup sejak penubuhannya serta dari aktiviti digerakkan. Fikirlah, mestikah kita pentingkan diri sendiri sedangkan kederat kita sangat kuat untuk memberi sumbangan. Masalah boleh dicipta kerana keihlasan itu sangat lemah membentingi kita untuk menjauhi diri dari menyertai pasukan seperti ini. Sesibuk manapun kita dalam menguruskan soal kerja kita, tidakkah kita mahu memberi sedikit sama untuk bersama mereka dalam soal ini. Fikirlah, anda yang membuat keputusan.




JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.