Wednesday 31 December 2014

Adakah sama hukum Fitnah dengan penyebaran Maklumat Palsu?

Dewasa ini penyebaran maklumat yang tidak sahih semakin menjadi-jadi bahkan menjadi trend kepada pengguna media sosial. Ia jika ditelitikan membawa banyak keburukan malah mewujudkan  suasana panik atau tidak tenteram daripada kalangan rakyat. Antara kesan yang dapat dirasai ialah
1. Mewujudkan suasana panik, huru hara dan keburukan kepada semua terutamanya kepada keselamatan negara. Jika trend ini tidak disekat, ia boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi dan suasana panik dikalangan rakyat.
2. Andaikata maklumat yang disebar itu sudah tidak dipercayai, sedangkan hal yang sebenar berlaku. Apakah kesan kepada penyebaran dan kebolehpercayaan. Lebih-lebij lagi ia melibatkan keselamatan negara, keselamatan pengguna atau sebagainya.
3. Orang yang menyebarkan maklumat palsu mungkin berasa seronok, tetapi jika ia sudar tersebar dan menjadi datu rangkaian yang panjang, adakah ia mudah dipadam?
4. Melibatkan ancaman kepada negara. Misalnya pihak-pihak yang berkepentingan akan mengambil kesempatan ini lalu menyebarkan sesuatu yang panik. Isu-isu yang sukar dipercayai menjadi kepercayaan kepada golongan tertentu. Kita risau budaya Isreal akan mudah disebarkan dan menjadi jarum yang sangat susah dicabut jika ia melekat.
5. Orang ramai yang tidak mempunyai akses capaian kesahihan, sudah pasti mempercayai semua yang disebarkan, sedangkan ia tidak benar.
6. Boleh meruntuhkan keamanan terutamannya dalam masyarat berbilang kaum seperti Malaysia. Peristiwa perbalahan kaum sudah pasti berulang lagi.

FIKIRLAH, NEGARA INI NEGARA SIAPA? Kita sepatutnya sayangkan negera ini lebih dari apa yang kita terima dari maklumat PALSU. Janganlah sejarah-sejarah lalu berulang lagi sedangkan dunia sekeliling mempunyai masalah sendiri dan tidak ada masa untuk memberi pertolongan. Jika ada pun yang mempunyai kepentingan dan menyebuk aje.. Nah, sayangilah negara ini dan bertanggungjawablah kepada maklumat yang tidak sahih. Jangan jadi salah seorang daripada penyebarnya.

Sunday 28 December 2014

Selamat Tahun 2015

Walaupun penghujung tahun 2014 negeri-negeri Pantai Timur terutama di Kelantan yang teruk terjejas banjir, ia akan dilabuhkan dengan suka dan duka. Sesungguhnya 2014 meninggalkan memori yang sukar dipadamkan. Ia memerlukan masa untuk melupakan semua yang berlaku. Malah ia juga menjadi sejarah yang sangat sukar dibuang jauh. Apapun yang penting ialah keselamatan diri lebih penting. Jika sihat sihat tubuh badan, kemusnahan harta benda dapat diganti walaupun mengambil masa yang agak lama. Namun begitu kita semua dituntut untuk terus berazam agar tahun mendatang, terutamanya 2015 lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari apa yang kita rancangan untuk tahun 2015. Selamat maju jaya dan selamat tahun baharu  2015.
Laluan LPT susur keluar dari kedua arah Kuantan-KL ke Temerloh. Jika tahun sudah-sudah banjir seperti di atas tidak pernah berlaku sungguhpun ia terletak kira-kira 5km dari sungai Pahang.
 Laluan sebegini amat sukar diredahi oleh kenderaan ringan. Ia menjadi sukar dan berbahaya lebih lagi semasa mengharungi air, kenderaan mati tiba-tiba. Gambar Laluan bandar susur keluar ke SK Wan Ibrahim Kuala Lipis, atau laluan kem tentera di Lipis.
 Ini juga dilaluan Kuala Lipis-Gua Musang.
Laluan di Km60 simpang Jengka 8 menghala ke Bandar Pusat Jengka tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Tiada lagi ruang jika air sebegini dalam.
 SK Kuala Krau yang tidak pernah di landa banjir tetapi ampuh hingga arah 2.
 Begitu juga dengan kawasan SK Paya Pulau, Temerloh di laluan Temerloh-Maran, berhampiran Hospital Temerloh.
Exit Temerloh pada 27 Disember 2014.
 Laluan Exit LPT Temerloh ini mulai ditutup kepada semua kenderaan menjelang 2 petang pada hari yang sama. Ia berbahaya kepada semua kenderaan.
 Keadaan bertambah sesak apabila paras air sungai Pahang Exit LPT Temerloh meningkat..
 Semakin tidak terkawal  dan menyukarkan dan akhirnya ia ditutup hingga hari ini, 28 Disember 2014.
Foto kerosakan disebabkan bencana banjir tahun 2014 di Kuala Krai, Kelantan.
 Seperti Tsunami daratan.
Biarlah kehilangan harta benda seperti ini asalkan jangan kehilangan nyawa yang tidak dapat ditukar ganti.
 Sedih dan pilu rumah yang ditinggalkan dalam keadaan baik, tetapi bila surut banjir, entah kemana perginya harta benda yang tersimpan.
 Tiada siapa mahu semua ini berlaku. Semoga ditabahi semua.
Lurah Semantan, Bandar Baharu Temerloh yang disifatkan tempat paling tinggi di bandar Temerloh. Belakang bangunan Maybank ini terletak Terminal Bas Utama, Teksi dan Pasaraya The Store.
 Laluan ini boleh dikatakan selamat sembelum ini dan dibina lebih tinggi daripada permukaan jalan Temerloh-Mentakab, bertentangan SMK Abu Bakar, Temerloh. Namun segalanya seperti tiada apa yang boleh menghalang semua ini berlaku.
Kita semua sedia maklum bahawa bencana alam seperti banjir tahun 2014 ini tidak seorang pun yang minta untuk berlaku. Dalam setiap doa kudus kita, semua ini mohon dijauhi seadanya. Namun ketentuan Ilahi tidak ada siapa yang mampu menoloknya. Pengajaran dari bencana ini hendaklah kita kupas dari sudut apa yang telah kita lakukan selama ini. Semoga Allah mendengar dan memaafkan kita dari kesilapan yang telah kita lakukan sama ada sengaja mahupun tidak.  Selamat tahun baharu diucapkan sekali lagi dan biarlah sejarah 2014 disimpan utuh dalam sanubari. Semoga matlamat tahun 2015 menjadi mudah apabila tahun 2014 dijadikan sempadan, pengukuran dan telada yang bermanfaat.
[ Semua foto di atas adalah sumbangan sahabat Admin at mazlqan@yahoo.com ]

Friday 26 December 2014

Sejarah BANJIR yang baharu 2014

Tulisan: mazlqan@yahoo.com
BANDAR JERANTUT, 26 DISEMBER 2014 -Semestinnya catatan banjir kali ini amat luar biasa. Sana-sini di sekitar kawasan Jerantut dilanda banjir. Tempat yang tidak diduga banjir, kini ditenggelami air malah lebih dalam dari yang disangkakan.  Misalnya taman perumah Seri Idaman yang terletak di laluan Jerantut-Kuala Lipis, telah dinaiki air dan beberapa buah rumah ditenggelami air. Ia sangat tidak diduga oleh sesiapa pun. Ini adalah kerana limpahan air Sungai Pahang yang terletak tidak sampai 1km dari kawasan perumahan itu, memasuki kawasan ini secara mendadak. Bagaimanapun sebelum ini, semua kawasan tidak diduga akan mengalami masalah ini. Ia sebenarnya memberi sedikit impak kerana dalam lipatan sejarah banjir di daerah ini, tidak pernah berlaku banjir sehebat ini. Sungguhpun begitu, semua pihak yang tidak kira dimana berada, mohonlah berhati-hati dan membuat persiapan seadanya.

Admin sangat bersimpati dengan nasib sahabat-sahabat di KRT Paya Teh, kerana ia melibatkan ratusan orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Bagi kami, perkara ini bukan gurau senda dan simpati kami kepada yang terlibat sangatlah tinggi. Kami berharap semua yang terjejas banjir, bersabar dengar ujian Allah ini dan berharap juga musabah ini tidak berlarutan dan berakhir dengan lekas. Sesungguhnya, kita hamba yang lemah tidak mampu menghadapi semua dugaan ini melainkan Allah beri keampunan dan pulih seperti biasa.

Memang benar, kita yang tidak terlibat banjir akan berkata bukan-bukan. Tetapi dalam realitinya, mangsa banjir tidak sabar agar bencana ini cepat berlalu dan kembali memulakan kehidupan seperti biasa. Apabila banjir ini berlalu, kita akan mendengar dan melihat kesedihan kerana harta benda yang rosak, peralatan rumah yang musnah, kawasan pertanian mereka ranap, ternakan entah dimana, sanak saudara yang kehilangan nyawa, kereta yang menjadi nadi untuk bergerak sana-sini rosak dan tidak boleh dibaiki, dan sebagainya. Semua ini berlaku malah pastinya ada air mata yang mengalir tanpa disedari. Sungguh sedih dan pilu jika dikenangkan. Namun jauh dari sudut hati kami di KRT Kelisa Emas, Jerantut, ini berasa sangat terharu dan mendoakan agar semua ini berjaya diatasi dengan sempurna. Trauma pasti akan berlaku dan mengambil masa yang bukan sekejap, malah tercatat di minda hingga akhir hayat.

Bencana ini akan membawa suatu kesan abadi kepada semua orang lebih-lebih lagi mereka yang terjejas banjir. Sememangnya kehilangan harta benda malah nyawa akan membawa kesayuan yang tidak dapat dibendung. Bagaimanapun kami berharap semua ini adalah telada kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa setiap bencana yang menimpa menuntut kepada kita semua agar bersatu padu dan tolong menolong. Semoga sikap ini memberi gambaran kepada dunia bahawa kita boleh menangani trauma ini dengan baik dan kerosakan harta benda itu adalah pengajaran yang terbaik untuk bangkit dari sikap pentingkan diri sendiri kepada penyatuan tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kawasan terjejas banjir kali ini melibatkan semua negeri Pantai Timur, Perak, Johor malah Sabah dan Sarawak melibatkan ratusan ribu penduduk. Semua ini dapat diatasi dengan baik dan kerajaan telah menggerakan jentera banjir dengan bersungguh-sungguh hingga ada yang tidak tidur dan  bekerja 24 jam bagi membantu mangsa banjir. Difahamkan beberapa pemimpin utama seperti Timbilan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, telah turun sendiri meninjau kawasan banjir. Di Jerantut pula, YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang telah turut sama membuat tinjauan dan memberi kata-kata semangat kepada mangsa terjejas banjir di Kuala Tahan. Kawasan ini terputus hubungan malah terkepung tanpa sebarang komunikasi. Ia hanya boleh dihubungi oleh bot dan helikopter bagi menghantar bantuan dan menyelamat mangsa.

  YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang menggunakan kemudahan helikopter untuk membuat tinjauan dan melawat mangsa terjejas banjir di Kuala Tahan.
[Pandangan udara Kuala Tahan, Taman Negera Pahang yang hampir tenggelam dan lumpuh sepenuhnya sejak 20 Disember  2014. Keadaan ini sukar dilupakan sampai bila-bila.]
[ Foto oleh PDRM -- Laluan Bandar Pusat-Jerantut di KM64, Simpang Jengka 8]


Pada mulanya suasana di semua tempat di Jerantut agak panik, ia boleh menimbulkan suasana tidak tentu dan kucau kacir. Pagi tadi dalam jam 11.30 pagi, suasana telah menjadi tidak menentu. Ramai kenderaan telah mengisi minyak dan berbaris panjang. Bekalan makan di kedai-kedai runcit dan pasaraya utama di Jerantut kebanyaknya telah kehabisan bekalan. Bekalan seperti lilin, tong air bersih, bekas-bekas besar untuk menadah air habis di semua kedai. Suasana ini jika tidak dikawal oleh pihak berkuasa, ia boleh menimbulkan suasana panik sehingga ia memberi impak negatif. Bagaimana pun, situasi ini berjaya ditangani oleh pihak berkuasa dengan baik dan tahniah diucapkan. Semuanya berada dalam keadaan terkawal dan aman. Terima kasih diucapkan kepada PDRM dan lain-lain kerana bertukus-lumus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Tanpa pasukan keselamatan ini, sudah tentu negara tidak seaman ini. Mudahan ini semua ini tidak menjadi mimpi ngeri kepada semua generasi masa kini. Mangsa yang terjejas banjir pun telah berjaya dipindahkan ketempat selamat dan menerima bantuan sewajarnya.

Kepada mangsa-mangsa terjejas banjir, usahlah gusar dan menyalahkan sesiapapun kerana pihak berkuasa telah memberi perkhidmatan yang terbaik. Marilah sama-sama bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita semua dan selamat dipindahkan. Hilang harta benda tidak mengapa kerana ia boleh dibina dan dicari semula walaupun mengambil masa. Namun kehilangan nyawa adalah sesuatu yang tidak akan dapat diganti walaupun dengan berjuta wang ringgit. Justeru, sama-samalah kita bersyukur dan berterima kasih pada semua pihak terutamanya kerajaan. Lambat atau cepat itu perkara biasa kerana banjir kali ini tidak ada siapa pun menduga sintuasi menjadi tidak menentu. Kecanggihan peralatan kita tidak dapat mengawal ketentuan Allah melainkan menuntut kita agar bersabar, bersatu padu dan saling bantu membantu.

Dalam perkhabaran terbaharu hari ini, 27 Disember 2014, Perdana Menteri Dato Sri Najib, telah turun padang melawat mangsa banjir. Semoga dengan kehadiran beliau memberi suntikan moral kepada seluruh rakyat bahawa kerajaan tidak meminggirkan sesiapapun dan pemimpin nombor 1 negara lantas turun padang. Kesibukan beliau menguruskan negara, masih mempunyai masa untuk bersama rakyat. Sungguhpun Kelantan adalah negeri pembangkang, tetapi itu bukan soal yang hendak diambil kira. Beliau sebagai pemimpin untuk semua rakyat, telah menjalankan tanggungjawab yang sangat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di Kelantan, Pahang, Terengganu mahupun mana-mana negeri. Demi sebuah gagasan untuk rakyat Malaysia, kehadiran beliau di Kelantan dan negeri-negeri terjejas banjir adalah suatu bukti bahawa kerajaan begitu bersungguh membela rakyat. Sesungguhnya negara ini milik kita, tanah tumpah darah kita.
Hari ini, 28 Disember 2014 pula, Perdana Menteri meluangkan masa ke Jerantut melawat mangsa terjejas banjir di perumahan sekitar Paya Teh dan Sri Idaman, Logi Air Batu Embun dan terus ke pusat pemindahan banjri di ADTEC kg Temin. Semoga dengan lawatan ini menjadi suntikan moral atas kesusahan ini. KRT Kelisa Emas merakamkan ribuan terima kasih di atas sikap prihatin Perdana Menteri ini dan MENYOKONG PENUH usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri.


Tuesday 23 December 2014

Penilaian Tingkatan 3 (PT3)

Biarpun data ini agar mendukacitakan, namun masih mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat kecemerlangan dalam PT3 dan kepada gagal atau tidak bernasib baik, teruskan perjuangan...

Maklum Balas 2015

Klik link dibawah untuk mengisi calon pilihan anda bagi jawatankuasa seterusnya... 
http://goo.gl/forms/5WFNo9RfZp

Analisis Tentang Blog ini...

Data tentang blog ini hingga 23 Disember 2014

Kembalikan keharmonian dan keceriaan lalu...

 Saya memanjangkan komen tuan/puan bagi pihak KRT Kelisa Emas.

Saya sebagai Admin menyokong dan bersetuju dengan pandangan ini. Sesungguhnya sesuatu yang baik perlu mendapat sokongan daripada semua pihak. Sesungguhnya KRT ini memerlukan seorang pimpin yang boleh membawa penyatuan kepada semua. Sudah tiba masanya kita semua bersatu dan hidup dalam suatu keharmonian. Perpaduan ini bukan sahaja tuntutan masyarakat, malah menjadi tuntutan agama, malah semua agama menuntut penganutnya bersatu padu demi keharmonian. Mana ada satu pun agama di dunia ini suka berbuat kekacauan melainkan agama sesat sahaja.

Bertolak dari saranan ini, saya rasa sudah tiba masa kita semua bersatu dan melangkah tahun 2015 dengan membuang sikap yang tidak baik. Saranan ini sesungguhnya perlu dipandang serius dan dikembalikan keharmonian seperti yang diutarakan. Saya mendoakan agar ia kembali ceria, harmoni dan bersatu padu.

Admin 1
Mazlan Che Kob 










Monday 22 December 2014

Pantun Banjir 2014

Mari waspada di musim hujan
Bimbang nanti banjir melanda
Langit mendung tanda nak hujan
Kerna banjir belum reda

 Bawa kereta meredah air
Awas jangan tersadai pula
Jangan leka bermain banjir
Sampai demam melanda pula
Pandu motor meredah banjir
Lampu tak pasang bertopi tidak
Walaupun bencana dilanda banjir
Keselamatan jangan dilupa tidak
Keadaan banjir masih bahaya
Jangan memandu meredah banjir
Biar miskin atau pun kaya
Di musim banjir usah membazir

Monday 15 December 2014

Sejarah atau peristiwa?

Tabika perpaduan juga melibatkan diri apabila program dianjurkan oleh KRT. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat walaupun sudah 3 tahun berlalu.





JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.