Sunday 30 December 2012

Selamat tahun Baru 2013

KAMI seluruh warga kerja KRT dan SRS taman perumahan ini mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua penghuni taman perumahan ini. Semoga tahun ini ceria dan indah selalu.

Sunday 23 December 2012

GOTONG ROYONG DAN JAMUAN

Satu aktiviti Gotong Royong membersih kawasan Taman Kelisa Emas akan dijalankan pada 25 Disember 2012, Hari Selasa  bermula 8.00 pagi. Kepada semua penduduk taman ini dijemput. 
Pada hari ini juga diadakan Jamuan makan dan dipohonkan agar semua penduduk hadir bersama memeriahkan majlis.

Tuesday 13 November 2012

Selamat Menyambut Awal Muhamarah 1434H

 
Sempena sambutan Maal Hijrah kali ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memilih tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah yang mengambil pendekatan sederhana amalan Rasulullah SAW seperti termaktub dalam Piagam Madinah yang dipersetujui Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam.  
Selamat menyambut Awal Muharam 1434H  pada Khamis, 15 Disember 2012.

Happy Deepavali

Seluruh Warga Taman Kelisa Emas, Jerantut mengucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI kepada semua penganut Budha. Semoga berkekalan perpaduan ini.

Sunday 4 November 2012

BERSATU DAN PRIHATIN, JIRAN HARUS DILINDUNGI

31 Oktober 2012 - KEJADIAN pecah rumah yang menimpa beberapa buah rumah serentak beberapa hari lalu kepada jiran kita, sangat dikesali. Simpati kepada mereka terlibat dinyatakan dengan perasaan sedih dan kecewa. Ini adalah kerana kejadian tersebut melibatkan bukan sahaja jiran malahan sahabat yang sentiasa memberi pertolongan sekiranya dipinta.
Kita menyangkakan bahawa kejadian-kejadian sebelum ini, iaitu melibatkan jiran-jiran yang lain adalah dapat disengkal dengan mempertingkatkan kawalan keselamatan di waktu-waktu malam dan siang. Namun kejadian tersebut masih juga berlaku seolah-olah satu misteri yang dilakukan oleh perancang yang memang menanti ruang dan peluang. Ia menjadi tanda tanya kepada semua penduduk taman perumahan ini bahawa kenapa perbuatan tersebut masih berlaku wahal tahap keselamatan telah diambil.Ia seolah-olah menuntut kepada satu komitmen yang lebih tinggi kepada semua penduduk atau seolah-olah mencabar kesepaduan penduduk. Kejadian tersebut juga telah menghantui setiap penghuni.  
Namun benarlah ungkapan “ sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Sikap tidak bertanggungjawab kepada masyarakat dan tergamak melakukan perbuatan kianat ini, tidak harus dimaafkan begitu sahaja. Ini adalah kerana perbuatan pecah rumah seperti ini adalah satu pengkianatan yang nyata. Ia bukan sahaja melibatkan kehilangan harta benda si pemangsa, malah meletakkan mangsa dalam keadaan trauma, ketakutan dan akan sentiasa menghantui fikiran mereka sampai bila-bila. Wajarkah perbuatan terkutuk ini dibiarkan sedangkan si pemangsa menjadi takut walaupun dengan bayang-bayang sendiri? Letakkan situasi yang berlaku kepada jiran-jiran kita yang menjadi mangsa itu adalah kita? Sudah tentu anda ada jawapan itu.
Bagi kami kejadian ini sangat memalukan dan tidak bertanggungjawab sama sekali. Sekiranya suspek berada dalam kewarasan yang berbekalkan keimanan yang tinggi, beliau tidak akan melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Sekiranya suspek adalah seorang yang beriman dan bertakwa, setidak-tidaknya beliau berasa takut pada tuhan yang sentiasa memerhati segala perbuatannya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita akan dihukumi oleh tuhan yang tidak sekalipun melepaskan seseorang hampaNya yang bersalah tanpa menghukuminya. Pembalasan tuhan lebih adil. Sekiranya kita tidak berasa takut padaNya, maka tunggulah akan balaNya yang akan melanda kita pada bila-bila masa. Percayalah, janji tuhan itu adalah benar dan siksaanNya amat pedih.

Sebagai seorang warga negara yang beriman, sepatutnya kita melindungi jiran-jiran, bukannya mengambil kesempatan sehingga menyebabkan jiran-jiran tersebut menjadi trauma. Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan diharapkan suatu hari nanti ia mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya. Kalau pun terlepas daripada hukuman di dunia, akhirat nanti mendapat hukuman yang sewajarnya.
Sebagai penghuni taman perumahan ini, kita semua harus ada perasaan bertanggungjawab kepada setiap jiran. Bukanlah kerana ada kesempatan, kita melakukan perbuatan jenayah dan menyoroknya dengan sikap kejiranan yang “ ada udang disebalik batu”. Sikap tidak bertanggungjawab ini perlu diperbaiki atau dengan lebih tepat sekali “bertaubatlah”.
Bagi mengatasi perkara ini daripada terus terjadi, beberapa langkah yang tegas akan dibuat oleh KRT dan SRS seperti,
1.    Memperkemaskan semula tahap keselamatan dengan mengadakan rodaan berjadual yang lebih kerap bersama penduduk yang lain termasuklah pasukan keselamatan seperti polis, RELA dan sebagainya.
2.    Mengadakan ceramah keselamatan dan kesedaran keselamatan
3.    Memastikan stekel kenderaan dipasang bagi kenderaan penghuni taman perumahan termasuklah penyewa atau sesiapa sahaja yang tinggal lebih lama di sini.
4.    Mengemaskini data penghuni dan mohon kerjasama daripada semua penduduk memberi kerjasama kepada data atau maklumat yang diperlukan.
5.    Memasang CCTV di beberapa lokasi strategik.
6.    Mengadakan MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT sebagai satu cara memohon pertolongan daripada Allah agar membantu dan memberkati kehidupan taman perumahan ini.
Memang benar kejadian tersebut tidak berlaku kepada kita. Ia berlaku kepada jiran-jiran kita yang telah menyebabkan mereka menjadi trauma, ketakutan malah mengambil masa yang panjang untuk dilupakan. Kami juga percaya anda boleh menjaga sendiri, harta benda, keselamatan keluarga dan rumah anda dengan memasang CCTV atau penggera keselamatan. Namun kami tetap yakin dan percaya bahawa anda tidak boleh mengatasi kuasa perpaduan, bersepakat, keprihatinan sesama kita dan sebagainya. Justeru, marilah kita sama-sama bersatu hati dengan turut sama mengadakan rodaan keselamatan, prihatin kepada jiran dan mementingkan keselamatan bersama. Bersatu kita teguh, mementingkan diri sendiri, kelak kita yang menerima musibah dan kecelakaan.
Diharapkan dengan langkah-langkah yang diambil, ia dapat mengatasi masalah yang melanda penduduk dan ia juga dapat mengeratkan silaturahim. Kepada penduduk yang bukan beragama Islam, lakukan upacara tersendiri  agar perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku pada penduduk taman perumahan ini. Secara tegasnya dengan nada bersepakat bahawa KITA SEMUA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PERBUATAN KIANAT, KEMUNGKARAN DAN PERBUATAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA JIRAN-JIRAN ATAU SAHABAT-SAHABAT KITA”.
Akhir kata, marilah kita semua bersatu hati dalam menangani perbuatan terkutuk ini daripada terus melanda kepada sesiapa sahaja. Jiran kita harus dilindungi. Kita tidak redha melihat jenayah berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada jiran-jiran kita.

Monday 22 October 2012

Pantun menjadi adat seadanya

Dari jauh nampaknya cantik
Semakin dekat hati terpaut
Berpakaian indah lagi cantik
Semakin tersenyum semakin terpaut

Indah jelita si gadis desa
Bergaya pula dengan kebaya
Impian hati hidup agar selesa
Membalas budi terbilang budaya.

Kicau burung kusangka ribut
Sayu hati berpisah tiada
Nama di julang jasa disebut
Berbakti kita menolak tiada

Anak kecil menangis manja
Ibu mendodoi lena ke pagi
Amalan murini harus dijaga
Menjadi amalan hingga dijemput pergi

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SELAMAT menyambut hari raya Aidil Adha pada 26 Oktober 2012 (SABTU). Jadikan amalan kunjung mengunjung sebagai satu tradisi dalam kehidupan umat Islam dewasa ini. Pastikan rumah yang ditinggalkan untuk pulang ke kampung berada di dalam keadaan selamat.

Saturday 6 October 2012

KRT Taman Kelisa Emas bercadang untuk memasang Kamera Pengawasan Litar Tertutup (CCTV) bagi mengesan dan merekod aktiviti keluar masuk ke taman perumahan ini. Ia akan di pasang dibeberapa lokasi strategik bagi mengelak mengesan dan merekod aktiviti yang menjurus kepada perbuatan jenayah. Semoga dengan cara ini ia dapat membantu mengesan penjenayah atau orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.

Jadual Bertugas SRS

Program rodaan SRS bagi taman ini adalah seperti biasa. Jadual mengenainya telah diedarkan. Sila pastikan ahli yang bertugas bertindak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebarang kesulitan sila berhubung terus kepada pengerusi SRS atau KRT. Harap Maklum.

Monday 1 October 2012

Penyertaan bukti komitmen


Usaha menarik hampir 54 keluarga menyertai acara-acara yang diperkenalkan dalam sukaneka Taman Kelisa Emas pada kali ini membuktikan bahawa komitmen penduduk terhadap acara yang dianjurkan oleh KRT mendapat sambutan yang baik. Penglibatan seperti ini patut dipuji dan dijadikan penanda aras kepada suatu aktiviti yang sentiasa dinanti-nantikan.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan kepada yang masih belum terlibat, diharapkan dimasa-masa akan datang dapat memberi kerjasama yang  baik demi sebuah ikatan dan persaudaraan yang menarik.

Penglibatan komuniti Cina dan India masih berada bawah tahap yang diharapkan. Semoga dimasa-masa akan datang, komuniti ini dapat memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti bersama dalam konsep 1Malaysia yang didambarkan. Kesedaran ini bukan satu lagi tuntutan berdasarkan perkauman, tetapi adalah satu tanggungjawab bersama agar perkara-perkara berkaitan jenayah, kerjasama dan bantuan dapat digembelingkan menjadi satu dasar yang tidak boleh dipertikaikan. Semoga taman ini menjadi terkenal kerana keakraban, bukan kerana pecah belah yang merugikan kita semua.

Semoga dibawah kepimpinan yang baharu ini memberi satu komitmen yang diharapkan demi melihat satu padu yang utuh dan bersemi. Teruskan usaha murni ini agar ia sentiasa menjadi amalan yang tidak mahu tidak akan dilaksanakan dengan ikhlas.


Sunday 30 September 2012

FOTO AKTIVITI HARI KELUARGA 2012

 Pertandingan Balutan Momia menggunakan kertas tisu.

 Pendaftaran pertandingan mewarna oleh Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas.

 Acara Mewarna sedang dijalankan.

 Larian menggunakan batu-bata bagi menguji kecekapan dan kemahiran menyusun pergerakan pantas.

 Mengisi air dalam botol menggunakan span.

Mengisi air dalam botol menggunakan span bagi kategori wanita dan kanak-kanak perempuan.




Saturday 22 September 2012

HARI KELUARGA TAMAN KELISA EMAS 2012

PADA hari ini, 23 September 2012, Sabtu bertempat di Padang Futsal Taman Kelisa Emas akan berlangsung satu sambutan Hari Keluarga 2012 bagi taman perumahan ini. Antara acara yang akan dilangsungkan ialah Ping Pong, Congkak, Batu seremban, Carrom, Sepak raga bulatan, Dart, Hulahop, isi air dalam botol, Lambung kasih, Mumia, mewarna, rebut gula-gula dan sebagainya.

Semoga sambutan hari keluarga kali ini meriah dan ceria. Selamat menyambut hari keluarga Taman Kelisa Emas 2012

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.