Sunday, 30 December 2012

Selamat tahun Baru 2013

KAMI seluruh warga kerja KRT dan SRS taman perumahan ini mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua penghuni taman perumahan ini. Semoga tahun ini ceria dan indah selalu.

21 comments:

krtdamai said...

Salam 1M dari kami di www.krtdamai.com.

periwatidesa said...

Salam,terlebih dahulu saya ingin ucapkan syabas pd admin blog nie,Maafkan saya selama ini saya menyalahkan dan memandang rendah pad barisan AJK 2009-2011 yang diketuai oleh cikgu shukri dan mohon maaf saya pd mantan SU Zaidi.baru saya dapat menilai betapa mulia dan keikhlasan hati mereka2 ini.pergorbanan mereka dpt dilihat banyak aktiviti taman nie berjalan lancar.tak seperti kebelangkan nie terlalu hambar.saya rindu dengan suasana seperti dulu.

Buletin PKG Tembeling said...

biasa laa tu..bila tuah dah mati.. baru nak kenang-kenangan... hehehhehehe

Unknown said...

Salam 1Malaysia..salam 1kelisa emas..semoga berSATU hati :)
Tahniah diucapkan kepada cikgu lan&en zaidi..walaupun tiada jawatan dalam krt kelisa emas namun sumbangan dalam penulisan blog ini dianggap sokongan keikhlasan beliau terhadap krt ini.Bakat yang ada disumbang percuma tanpa apa balasan...Hanya ALLAH dapat membalasnya..tak semestinya menyumbangkan wang ringgit dan menjaja sumbangan tersebut menimbulkan riak..nauzubillah..

Unknown said...

periwatidesa ...dulu pernah juga terbaca En Zaidi kena komen. Hanya Allah dan orang aktif program krt sahaja yang tahu niat murni tanpa mengharapkan apa balasan beliau dalam penyertaan sukarela ini.
Tak usahlah membuat perbandingan setakat jadi pemerhati. Kalau ada cadangan dan komen ikutlah saluran yang betul. Jenis orang yang macam ni mengundang gejala tidak sihat apabila tidak dapat dibendung dan akhirnya menjadi penyakit yang memakan diri sendiri.
Jadilah seorang yang realistik untuk komen yang membina bukannya sikap membandingkan orang dengan cepat membuat tanggapan. Ada baiknya kita membandingkan diri kita sekarang dengan diri kita yang dahulu. Ubah cara kita berfikir ke arah positif...ni dok mengomel jah!!!

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

memang benar apa kata tuan, seadanya kita perlu menyumbang walaupun tanpa menerima balasan wang ringgit. orang kita suka mengkritik dari belakang, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menyumbang apa-apa. Mungkin selepas ini, marilah kita sama-sama memajukan apa yang telah kita bina sejak beberapa tahun nan sudah. kita tidak perlulah mengkritik itu dan ini tak betul tetapi kritiklah diri sendiri bawaha tidak mahu menyubang ke arah kebaikan.. semoga selepas ini, kita bersatu macam dulu dan jadikan semua yang berlaku ini satu teladan yang sangat murni untuk kita realisasikan yang terbaik. Misalnya dalam masa terdekat ini, pasukan bola jaring yang tampak bersungguh sekali dalam latihan, perlu sokongan kita semua untuk menciptakan kejayaan.. tidak mahukah anda menyokong mereka? petang tadi saya tengok seorang hamba allah dengan ikhlas hati menghulur wang untuk latihan.. tidakkah anda terbuka hati untuk menyumbang? jangan tanya apa yang orang lain sumbang, tetapi tanyalah, apa yang anda telah sumbang? ayuh.. lakukan yang terbaik untuk kita semua...

megatganu.. said...

hanya pandai mengkritik sahaja bukan nak berterima kasih kepada kami yang sedaya upaya untuk menceriakan kelisa emas tanpa apa-apa bayaran dan komisen..! ! !

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

kalau minta pun bukan pengkritik mampu bagi pun.. kan kan kan

Anonymous said...

orang yang pandai mengkritik tak pandai buat kerja sebenarnya.. yang dipandai ialah tak buat kerja..kalau dia pandai, tak kan dia hanya kritik shj.

Anonymous said...

memang benar kata periwatidesa... sejak akhir-2 ini mn ada xtvt tmn yg blh dibanggakn. tk brfungsi. s/u pun x reti nk buat kerja.. sy dgr dia pandai ckp tpi mcm prmpun shj. bw ank keliling tmn tpi tk reti nk buat krj langsung. cikgu tabika pula tk join dah dgn tmn.. buat hal msing-2. ajk br xreti nk susun progrm msyrkt. yg tau xtvt mkan-2 ..itupun bbrp kali shj. yg peliknya yg dtg mkn org sama, baik ajak yg sama tu mkn kt kedai mkn ...sgguh malang. dulu sy tgk tabika sgt aktif.. skrg ni tabika pun brk..banner pun tk tukar-2.. hr-2 ajk tdklah sepi..amnah penddk knlah buat..nnti dosa. hrp ajk buat ssuatu..salam

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

hentikan kata mengata.. hentikan gosip..tingkatkan prestasi

Anonymous said...

dosa dan pahala Allah yang tentukan..kita manusia tak usahlah nak pertikai kerja orang lain..jgn asyik nampak buruk orang jerk..kaji diri tu dulu..
at least kes pecah masuk rumah dapat jugak tumpas..ingat ahli rumah kamu tuh!!!

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

Secara profesionalnya.. mari kita bersatu.. kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh.. Seandainya ada pengajuran apa jua aktiviti oleh KRT selepas ini, mari kita sama-sama turut memeriahkan lagi sama ada menyumbang dari segi tenaga, idea mahupun kewangan.. yang tak elok kita perelokkan, yang dah elok, kita molekkan lagi..semoga amalan ini menjadikan kita kuat dan sentiasa kehadapan. Bagi suara-suara sumbang tu marilah menyumbang. Mudahan ada kepuasan kepada semua pihak. Sepatutnya membantu AJK bukan membuat tomohan. Ada baiknya kita sama-sama turun padang untuk menjayakan semua agenda yang telah diaturkan oleh KRT.

Anonymous said...

betul kata admin,syukur dpt admin blog ni yg cool jer..klu sy ni jenis cepat angin satu badan.nampak sgt taman kita ni ada orang kera sumbang besar kepala.tingal beberapa bulan shj lg utk bubar ajk.so,yg rasa diri hebat sgt offer diri jd ajk dengan hormatnya sgt dialu2kan.
pej perpaduan pun tak highlight banner tabika tu buruk dia pula yg busybody.

Anonymous said...

kami tidaklah pelahap sgt nak buat aktiviti makan2 shj...duit kami cukup klu setakat nak makan..ko tu yg jeles..aku rasa ko ni jenis org yg nak jawatan krt tp takder org yg melantik..cermin la diri tu knp org tak suka ko!!!

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

wooo..woo..wooo.. semakin panas... Apapun nasihat kami agar jangan cepat melatah. Setiap kritikan.. teguran dan sebagainya AJK yang dilantik ini sedang menilainya dalam sudut positif. Kata-kata yang dilontarkan dalam ruang ini tidak boleh diambilkira sebagai yang mutlak kerana ia tidak mewakili semua orang. Mungkin si yang melontarkan kritikan itu hanya mewakili pandangan diri sendiri. Justeru, KRT yang sedang dilantik ini, sedang menilai aspek-aspek tertentu bagi memperbaiki kelemahan yang ada. Lagipun ini kerja suka rela.. dan tidak wajarlah ditomoh dengan itu dan ini. Kita bersyukur kerana insan-insan yang tak ada beban batu digalas inilah yang mewarnai aktiviti taman ini. Tegasnya, mari kita menyokong..bukannya buat tomohan. Saya mewakili AJK KRT menasihatkan agar, hentikan kritikan ini dan mulakan dengan tolong menolong kerana Islam pun menggalakkan persaudaraan dan tolong menolong.

haji said...

Jangan indah kabar dari rupa!!!!!nampak tak ceria seperti dahulu!!!! macam dah tak sepakat dah!!!!!!!!mana yg kuat2 dulu!!!!!!

haji said...

Pada pandangan saya pemilehan tahun 2012 higga 2013 adalah paling baik? sepatutnya blog ini dikemaskini oleh SU baru? TAKMALUKE!!!!! P/SU dan SU lama yg mmbuatnya saya menyokong saranan Anonymous sepatutnya SU ni letak jawatan saja memalukan nama baik cikgu tak bolh ditegur MERAJUK macam dia saja yg pandai buat kerja.Orang yg mencadang sama saja tak pndai menilai intan dan kaca

Anonymous said...

sy tertarik dgan komen seorg hamba ALLAH yg btarikh 23mac yg myatakan SU tidak pndai buat keje..SU memainkan peranan yg sangat penting tetapi tiak mjalankan amanah dgn sebaiknye..siapa yg mcadangkan beliau mjadi SU???org itu buta sbenarnya..pengerusi juga tidak memainkan peranannye sbg ketua..sptutnye beliau perlu mmikirkan bgaimana hendak mgatasi maslah ini..ini hanya pandai bakar ayam aje..2X5 5x2 dgn SU...sekian

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

Haji.. yang patah tidak sama dengan yang tumbuh. Pada pandangan saya.. Pemilihan AJK 2012-2013 adalah berdasarkan UNDI, bukan main tunjuk-tunjuk dan angkat tangan. Kiranya inilah cara yang betul. Justeru, adakah Haji ada salah seorang pengundinya atau kalah dalam mengundi? Persoalannya.. UNDI.. puas hati atau tidak ialah UNDI. Saya mencadangkan bagi tahun pemilihan akan datang.. minta semua penduduk taman kelisa emas mengundi.. Setelah tamat tempoh AJK sedia ada ini, tubuh satu jawatankuasa khas untuk menguruskan pemilihan dari kempen hinggalah menyediakan kertas undi dan memprosesnya. Sekiranya tanggungjawab ini masih tidak berkesan, mohon cadangkan satu pendekatan baharu yang lebih baik dan berkesan.

Sebenarnya blog ini diwujudkan bagi mempromosi taman kelisa emas, dan ia bukan diwujudkan oleh AJK yang dilantik baharu atau lama. Saya, selaku admin 1 menyalurkan informasi atas inisiatif sendiri, tanpa tekan, tanpa paksaan mahupun tanpa memihak mana-mana individu dalam AJK. Ia tulus untuk mempromosi taman ini keseantero dunia. Justeru, tidak manislah menyalahkan SU atau PSU yang baharu atau lama. Diharap dengan penerangan ini, saudara/saudari yang membaca isu ini, memahami dan tidak memanjangkan isu ini.

Mohon penjelasan apa yang dimaksudkan dengan MERAJUK dan tidak boleh ditegur? Adalah lebih manis jika menjelaskan isu ini agar ia tidak disalah tafsir. Kata orang, orang baik apa salahnya diketengahkan untuk dikongsi bersama.

Apapun AJK yang baharu 2012-2013 perlu mengambil ikhtibar daripada semua ini. Bagi pihak pengerusi, saya mencadangkan usahlah menyalahkan mana-mana pihak, walaupun kita bukan AJK, tetapi kita adalah penduduk taman kelisa emas, jerantut. Maksud yang hendak saya sampaikan ialah, apa salahnya kita turun padang sebagai penduduk yang mewakili AJK?

Anonymous said...

btllah kata haji.. ronda petg-ptg kt taman, mcm dok dinegri asng..billah en.pengerusi nk brbuat sesuatu..tgk kain rentng br kt tabika, trubatlah sikit hati nn lara.. btl kaa ada cctv?

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.