Saturday 9 November 2013

HAPPY DEEPAVALI DAY


Selamat menyambut Deepavali kepada penganut budha.. Semoga ceria dan gembira selalu..

Saturday 21 September 2013

TERIMA KASIH MAJLIS DAERAH JERANTUT






Kami sedar bahawa bukan sedikit kos yang digunakan untuk tujuan ini. Ia memerlukan RM110,500.00 yang hanya digunakan untuk membaiki dan menaiktaraf Jalan Kelisa Emas 2 sahaja. Kami warga penduduk taman perumahan ini berbangga dan mengucapkan kesyukuran di atas keprihatinan ini. Terima kasih.

SUMBER
http://www.mdjerantut.gov.my/documents/20737/828798df-a031-4420-9d24-42981055a40a

Friday 23 August 2013

PERSIAPAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN KEMERDEKAAN KE-56

KELISA EMAS, 24 Ogos- Tampak jelas sekali keriangan dalam persiapan sambutan hari raya Adilfitri anjuran KRT ini dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak termasuk Jiran Winita, AJK KRT yang lain dan semua penduduk. Suasana persiapan tak ubah seperti kenduri kahwin. Bagaimanapun keriangan ini diharapkan tidak tamat di sini sahaja malah akan menjadi tradisi yang tidak dapat dipisahkan.


 Menyiapkan daging untuk memasak rendang. Ia memerlukan kerjasama bukan sahaja daripada AJK malahan daripada semua penduduk. Inilah yang dinamakan sebagai kerjasama membawa berkata.
 Lemang yang akan dimasak, memerlukan ketelitian. Andai kata dilakukan secara tidak bersungguh-sungguh, ia akan menjadi mentah atau bentuknya lain.
 Jiran Wanita tekun menyediakan  bahan untuk memasak rendang dan lain-lain. Alangkah indahnya jika suasana ini diraikan bukan sahaja Melayu tetapi Cina dan India yang turut sama menjadi sebahagian warga taman perumahan ini.
Memasak bawang goreng memerlukan ketelitian. Baunya sungguh sedap apa lagi kalau dicampur dalam masakan. Gotong royong sebegini memberi gambaran, bersatu teguh dan bercerai roboh.
Bersambung....

Wednesday 21 August 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN KEMERDEKAAN KE 56

Menjemput semua warga Taman Kelisa Emas, Jerantut ke majlis ini yang akan berlangsung seperti berikut;

                  Tarikh : 24 Ogos 2013
                  Hari : Sabtu
                  Masa :  7.30 malam hingga 11.00 malam
                 Tempat : Taman Permainan
Catatan:
Bermula jam 8.00 pagi, aktiviti membakar lemang akan diadakan diperkarangan pondok SRS akan diadakan. Kepada penduduk yang ingin menyumbangkan sesuatu, boleh berbuat demikaan pada bila-bila masa. Semua penduduk dijemput.

Sunday 4 August 2013

BENCANA BUKAN HALANGAN UNTUK MERAYAKAN AIDILFITRI

Kami warga KRT Kelisa Emas melahirkan rasa simpati kepada semua penghuni terutamanya kepada penghuni rumah teres dua tingkat yang dilanda ribut. Ia menyebabkan beberapa atap genting terutamanya di bahagian hadapan rumah tetanggal. Kami berharap ia tidaklah mengganggu persiapan untuk menyambut Aidilfitri nanti dan anggaplah semua itu dugaan daripada Allah. Bagaimanapun kami berasa bersyukur kerana bencana itu tidaklah besar mana, sekadar kerosakan kecil sahaja dan tiada kehilangan nyawa. Bagi kami, warga kerja KRT berharap semua penghuni yang terlibat dalam bencana ini dapat meneruskan aktiviti harian dan menyambut Syawal dengan keriangan. Semoga ia dapat diraikan bersama.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Kami seluruh warga Taman Kelisa Emas, Jerantut, Pahang, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013 kepada semua muslim dan muslimat. Semoga raya tahun ini penuh keriangan dan kunjung mengunjung menjadi amalan kita semua.

Thursday 25 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT TAMAN KELISA EMAS

Tarikh    :  27 Julai 2013
Hari       :  Sabtu
Tempat  :  Jalan Utama, berhampiran taman permainan kanak-kanak
Menu    :  Nasi, Kari Kambing, Ayam masak merah, air dan lain-lain

Catatan

Semua penduduk dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini dan kepada yang berhasrat untuk menyumbang bolehlah berbuat demikian. Sila bawa bersama lauk pauk atau kuih muih untuk berbuka. Semoga dengan ini ia dapat menyumbang dan memeriahkan majlin yang diadakan. Usah pertikaikan orang lain, tetapi bertanyalah apakah yang boleh anda sumbangkan untuk kebaikan bersama dalam nada yang ikhlas.

Wednesday 24 July 2013

SELAMAT MENYAMBUT NUZULUL QUR'AN, WARNAI RUANG-RUANG BERSANTAI BERSAMA KELUARGA.

Ambillah cuti sempena Nurulul Qur'an ini untuk melalukan aktiviti yang berfaedah. Semoga kesempatan ini memberi makna yang berguna kepada keluarga, masyarat,
negara mahupun agama.


 Hasrat yang baik harus dimulakan dengan kejujuran dan setiap yang baik itu haruslah menjadi amalan. Semoga kita semua akan diberkati oleh Allah.

Ada duri dalam selimut, durinya lebih tajam dari pisau cukur..

Susah nak buktikan apa yang kita rasakan dan apa yang kita tahu kerana setiap dapatan yang dilontarkan kepada kita, tidak ada kesahihah. Hidup dalam masyarakat, ada sahaja cerita-cerita yang diwarnai dengan apa sahaja termasuklah fitnah dan tokok tambah.

Antara sedar atau tidak, kita adalah mangsa. Tidakkah mereka tahu bahawa semua itu adalah satu agenda karut yang akhirnya mewujudkan pecah belah. Sesungguhnya perbuatan ini sangat keji dan Islam sendiri memandang semua ini sebagai yang serius serta diberi amaran keras. Namun yang peliknya, melakukan semua itu adalah orang yang tahu akan agama, bertudung, menutup aurat, berkopiah dan diangga alim.

Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu” (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)


Beberapa hadith Rasulullah s.a.w. mengenai fitnah :

1. “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

2. “Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak berslah akan kesalahannya” (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

3. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :”Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat” (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)

4. Abu Darda berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda “Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk memalukannua di dunia, nescaya berhak Allah menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka”.

5. dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :”Sesungguhnya tatkala Allah menjadikan syurga, lalu berfirman kepada syurga itu :”Berbicaralah”. Maka syurga itu berkata :”Berbahagialah siapa yang masuk kepadaku”. Lalu Allah berfirman :”Demi KemuliaanKu dan KeagunganKu! Tidak akan menempati pada engkau 8 golongan manusia :-

a) orang yang selalu minum khamar
b) yang selalu berzina
c) yang qattaat (tukang fitnah)
d) yang mengetuai peperangan
e) pengawal penguasa
f) orang yang bertingkahlaku seperti wanita
g) orang yang berkata :”Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu”. (Ihya Ulumuddin, Jilid 3)

6. Diriwayatkan Ka’bul Ahbar, bahawa kemarau telah menimpa kaum Bani Israil. Lalu Nabi Musa berdoa meminta hujan berulang-ulang. Tetapi tidak juga diturunkan hujan kepada mereka. Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Musa :”Sesungguhnya Aku tidak menerima doa engkau dan doa orang-orang yang bersama engkau, di mana di kalangan engkau itu ada nammaam (pembawa fitnah), yang berkekalan buat fitnah”. Maka Nabi Musa berdoa :”Wahai Tuhanku, siapakah orang itu? Tunjukkanlah, siapakah orang itu? Tunjukkanlah kepadaku pembuat fitnah itu, sehingga aku dapat mengeluarkannya dari kalangan kami”. Tuhan berfirman :”Hai Musa! Aku melarang kamu dari namimah (Pembuat fitnah)”. maka bertaubatlah mereka semua. Lalu diturunkan hujan kepada mereka.

7. Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang laki-laki datang kepadanya menerangkan sesuatu tentang orang lain. Maka Umar berkata kepadanya: “kalau engkau mahu, maka kami akan memperhatikan tentang keadaanmu. Kalau engkau dusta, maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini. “Kalau datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, periksalah dengan saksama”. Dan kalau engkau benar maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini”, “Suka mencela, berjalan membuat hasung dan fitnah”. Kalau engkau kehendaki, nescaya kami memaafkan engkau. Lalu laki-laki itu berkata : “Maaf wahai Amirul Mukminin. Dan aku tidak akan mengulangi lagi untuk selama-lamanya.”

8. Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan.

Kesimpulannya, di dalam masyarakat kecil taman perumahan ini telah ada yang mengamalkan fitnah dan seronok menaburnya. Tidakkah mereka takut akan Allah dan amarannya?  Sebenarnya tukang fitnah ini tidaklah takut pada amaran Allah. Mereka akan berkata dengan lidah mereka yang jahat itu bahawa, mereka bukan membuat fitnah, cuma sekadar bersembang kosong.

Cuba perhatikan sendiri kes ini, ramai yang berkumpul di waktu petang. Dalam kelompok itu, sudah pasti ada tukang-tukang fitnah yang rancak menjual isu dan berita. Sebab itulah Allah larang amalan ini, kerana ia boleh membawa kepada pepecahan yang dahsyat. Semoga si tukang fitnah ini insaf dan sedar serta bertaubat. Semoga Allah  memberi hidayah kepada mereka.

Wednesday 10 July 2013

SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA..

Semoga Ramadhan kali ini penuh dengan berkat. Amalkan nilai-nilai sejati dalam setiap amalan dan ibadah di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Saturday 11 May 2013

KEPRIHATINAN BUKTI MDJ PEKA KEPADA MASALAH PENDUDUK



12 Mei 2013- Berdasarkan aduan ini, pihak Majlis Daerah Jerantut (MDJ) telah mengambil tindakan segera seperti maklum balas pada FB yang dikemukan. Terima kasih di atas keprihatinan ini dan semoga ia memberi impak berguna kepada bukan sahaja pengadu tetapi juga kepada seluruh pengguna. Keprihatinan ini adalah satu khidmat masyarakat yang membawa kebaikan bersama.

Friday 10 May 2013

Gotong Royong Membina Gelanggan Takraw dan Riadah




Ketiadaan suatu kawasan lapang yang sesuai untuk beriadah membuatkan AJK KRT menggunaan ruang yang sedia ada. Adalah lebih baik dan bermanfaat walaupun lokasinya antara logi kumahan Indah Water dan Rumah Elektrik dimajukan sabagai sebuah tapak permainan daripada dibiarkan terbiar dan ditumbuhi lalang. Kesungguhan ini mendapat sambutan bukan sahaja AJK KRT, malah Jiran Muda turut sama mengadakan gotong royong ini. Semoga dengan ini, ia dapat mewujudan bukan sahaja satu lokasi permainan malah dapat mengeratkan lagi silaturahim sesasama penduduk.

Ia tidak harus dilihat sebagai satu usaha sepi atau mengambil hati penduduk semata-mata, malah dari sudut lain ialah ia dapat mewujudan suasana damai dan tenteram melalui pebagai aktiviti yang boleh dijanakan di sini. Misalnya boleh digunakan oleh Tadika atau penduduk yang lain dalam menjanakan satu lokasi permainan untuk pelbagai generasi yang ada di perumahan ini

Semoga usaha murni ini mendapat sambutan daripada semua pihak. Manalah yang suka mengkritik juga akan mendapat manfaat bersama. Diharapkan ia akan berterusan dan amalan gotong royong ini tidak terhenti disini sahaja, malah akan berterusan sampai bila-bila.

Sunday 5 May 2013

KEPUTUSAN PRU13 VERSI 5.5

Diucapkan tahniah kepada calon-calon yang memenangi PRU13 di Daerah Jerantut 2013.
Semoga Malaysia Kekal Aman dan Makmur.




Sumber terkini
http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/paparan_Laporan.php

Saturday 20 April 2013

PERJUMPAAN PETUGAS SRS DAN PENYAMPAIAN T-SHIRT SRS 2013


20 April - MAJLIS ringkas ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan ahli KRT dan SRS serta penduduk. Aktiviti ini adalah rutin bagi memperkenalkan tugas dan peranan yang telah dan akan dimainkan oleh pasukan petugas KRT dan SRS. Semoga dengan aktiviti sebegini ianya dapat memperkenalkan KRT dan SRS kepada penduduk.

Menurut Encik Hisham, Pengerusi KRT, aktiviti ringkas seperti ini adalah suatu pendekatan yang boleh digunakan bagi mendekatkan silaturahim antara ahli dan penduduk. Kawalan keselamatan adalah suatu tindakan serius yang perlu dihidupkan agar dapat menangani masalah jenayah yang sedang berlaku disekeliling kita. Semoga dengan cara ini, penduduk dapat merasai kehadiran dan kemunculan pasukan petugas SRS.

Jenayah berlaku tanpa diduga malah ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan tempat. Ia juga akan berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama dan fahaman. Justeru, kawalan keselamatan seperti ini harus dipertingkatkan. Tidak semestinya ada majlis ringkas seperti ini baru ramai nak turun bertugas."Sebenarnya acara seperti ini cumalah sesekali, itupun kalau ada individu atau AJK yang menyumbang. Ia tidak perlu kos yang besar, sekadar untuk memeriahkan majlis ringkas ini. Kali ini majlis BBQ hanyalah sebagai jamuan biasa bagi mengumpul dan menghargai pasukan petugas SRS. Alangkah malangnya kepada yang suka mengkritik bahawa SRS atau KRT hanya suka mengadakan jamuan makan-makan sahaja. Sebenarnya orang yang mengkritik itu tidak melihat secara positif bahawa yang mereka nampak cumalah makan-makan, tetapi tidak nampak tugas yang pernah dan sedang dilakukan. Ia sangat mengecewakan kalau tomahan ini hanya dilontarkan sekadar kerana tiada alasan lain untuk diperkatakan." Tegas Encik Azahar, Pengerusi SRS.

Penampilan petugas SRS bukan sekadar dengan jamuan makan malam semata-mata malah ada beberapa perbincangan telah diadakan semasa majlis ini diadakan. Soal mempertingkatkan kawalan keselamatan, kebersihan, kecerian dan keselesan riadah juga dibincangkan. Usah melihat dari sudut nagetif semata-mata, namun lihatlah dalam pelbagai sudut positif. Misalnya, Encik Hisham menyatakan hasrat dan kesungguhan beliau untuk mengadakan pagar atau hadangan bagi kawasan permainan berhampiran Loji Kumahan Indah Water. Ia bertujuan bola tidak jatuh ke dalam longkang bagi kedua-dua tapak permainan sama ada yang bersimen atau kawasan taman permainan kanak-kanak. Usaha ini juga memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak terutamanya yang ingin menyumbang. Tidak semestinya memberi sumbangan wang ringgit baru dinamakan sumbangan. Malah dalam kes ini, sesiapa sahaja boleh memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, idea atau cadangan yang membuka jalan ke arah tujuan murni ini. Ia tidak harus dilihat sebagai satu agenda untuk menjatuhkan sesiapapun. " Usah pandai berkata-kata itu dan ini, tetapi tidak mahu terlibat sama dalam menjayakan sebarang bentuk agenda yang diketengahkan. Paling tidak pun, berilah kerjasama dalam setiap agenda yang dirancangkan untuk kepentingan penduduk. Ini terutamanya kepada anak-anak kita yang boleh beriadah disetiap petang." ujur Encik Hisham.

Semoga komitmen yang dirancang oleh barisan AJK KRT dan SRS berjaya membawa perubahan yang walaupun sedikit tetapi dapat digunakan sepanjang masa. Hasrat ini perlu disokong agar ia sentiasa membawa tuah kepada semua penduduk. Cita-cita sebegini adalah ilham yang sememanya membawa kebaikan.

Monday 1 April 2013

PRU13..



Marilah mengundi.. itulah slogan terbaik buat kita semua. Jalankan tanggungjawab sebagai pengundi, biar adil, tepat dan kekalkan kemakmuran. Semoga Malaysia bertambah maju dan selamat. Ayuh keluar mengundi...

Wednesday 27 March 2013

PEMASANGAN BANNER SELAMAT DATANG KE KRT YANG BAHARU


27 MAC 2013- Pemasangan Papan Tanda Selamat Datang Ke KRT Taman Kelisa Emas, Jerantut yang baharu siap dilakuan. Ribuan terima kasih kepada Enci Asri, Pak Lang dan Encik Hisham, pengerusi KRT yang turut sama menjaya aktiviti ini. Semoga pemasangan ini dapat memberi informasi berguna kepada semua penduduk dan ianya salah satu aktiviti yang dirancang oleh AJK KRT bagi memperkenalkan Taman Kelisa Emas. Semoga ia membantu penduduk mengenali fungsi KRT seadanya.

Tuesday 26 March 2013

CADANGAN MENGGANTIKAN BANNER BAHARU 2013


Berikut adalah rekabentuk Banner baharu bagi menggantikan banner yang usang. Terima kasih diucapkan kepada Encik Hisham, Pengerusi KRT kerana meluluskan kos ini. Semoga ia memberi manfaat kepada semua penduduk.

Monday 25 March 2013

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KRT TAMAN KELISA EMAS BAGI TAHUN 2012-2013

(senarai akan dikemaskini tidak lama lagi, sedang menunggu senarai lengkap yang sedang dikemaskini oleh Setiausaha)

TAMAN KELISA EMAS, LOKASI KEDIAMAN YANG STRATEGIK

Terletak berhampiran Masjid Baharu Jerantut, iaitu Masjid Tengku Abdullah. Mudah diakses melalui Persimpangan Taman Perdana atau lencongan lampu isyarat Tok Gajah. Disamping itu, taman perumahan ini terletak berhampiran Pasaraya Tunas Manja, menjadikan ia sangat berguna dan bermanfaat. Jika dahulu ia agak terserok, namun setelah Pasaraya Tunas Manja dibuka, lokasinya menjadi strategik dan berimpak tinggi. Syukurlah taman perumahan ini disediakan perkhidmatan Kawasan Rukun Tetangga walaupun ia merupakan sebuah taman perumahan yang baharu dibuka.

Dikhabarkan kawasan stragetik ini menjadi pilihan para penyewa dari sekitar Jerantut menduduki kawasan perumahan ini. Sehingga kini jarang terdapat rumah kosong yang tidak disewa.

Friday 22 March 2013

MARI MENYOKONG TEAM BOLA JARING JIRAN WANITA 2013

22 MAC 2013 -Sepanjang beberapa hari ini, pasukan bola jaring Jiran Wanita tampak begitu bersungguh berlatih. Boleh dikatakan pada setiap petang mereka turun berlatih untuk memastikan dapat keserasian dan team yang bersefahaman. Selain dari itu, mereka juga berlatih bagi memperkemaskan barisan serangan disamping beberapa tektikal serangan bagi memastikan satu kemenangan yang sangat bermakna.

Keadaan cuaca yang baik hingga ke petang, dapat melacarkan lagi latihan yang terdiri daripada Jiran Wanita dikalangan para ibu dan remaja. Semoga kesungguhan ini membuahkan hasil yang sangat diperlukan. Bagi kami sebagai penyokong pasukan ini, kemenagan adalah hadiah terbaik. Namun yang lebih penting ialah kesungguhan, kesefahaman, dan silaturahim telah pun wujud sejak perbincangan menubuhkan team ini. Kami mendoakan satu pencaiapaian yang baik kepada pasukan ini khasnya, kejayaan bersama amnya.

Turut hadir menyaksikan sesi latihan petang tadi ialah Encik Hisham, Pengerusi KRT bagi memberi sokongan moral. Semoga dengan cara ini, Team Bola Jaring Jiran Wanita  KRT Kelisa Emas dapat memberi satu persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, malah satu persembahan yang berkuali dengan jaringan-jaringan kemenangan. Sesi latihan petang tadi juga juga mempraktikan beberapa tektikal serangan yang boleh menumpaskan pasukan lawan seterusnya membuat jaringan mata yang berharga. Tahniah diucapkan kepada pasukan ini yang bukan sahaja telah berjaya menubuhkan pasukan yang mantap, malah juga membuktikan bahawa, jika bersatu kita bukan sahaja menumpaskan musuh, malah musuh tidak akan mendampingki kita. Semoga ada lebih kebaikan yang bukan sahaja dilihat digelanggan perlawanan atau latihan, tetapi akan membawanya dalam satu ukwah yang jelas dan jitu.

Bersedia untuk menggempur... Tidak mungkin pasukan ini menyerah kalah dengan mudah. Semoga tektikal yang disusun dan dipratikan dalam sesi latihan, membuahkan hasil seadanya.

 Kesungguhan para pemain dari Jiran Wanita kali ini mampu mengubah perpeksi negatif  bahawa penglibatan mereka tidak wujud. Malah gembelingan antara yang baru dan lama, akan memberi saingan serta membuahkan hasil seperti apa yang anda lihat hari ini. Diharapkan suara-suara sumbang tidak lagi kedengaran kerana kesungguhan Team Jiran Wanita ini berjaya menubuhkan pasukan yang mampu memberi saingan kepada pasukan yang menyertai pertandingan ini. Semoga terus cemerlang.

 PHOTO & TEKS BY : mazlqan@yahoo.com

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.