Susah nak buktikan apa yang kita rasakan dan apa yang kita tahu kerana setiap dapatan yang dilontarkan kepada kita, tidak ada kesahihah. Hidup dalam masyarakat, ada sahaja cerita-cerita yang diwarnai dengan apa sahaja termasuklah fitnah dan tokok tambah.
Antara sedar atau tidak, kita adalah mangsa. Tidakkah mereka tahu bahawa semua itu adalah satu agenda karut yang akhirnya mewujudkan pecah belah. Sesungguhnya perbuatan ini sangat keji dan Islam sendiri memandang semua ini sebagai yang serius serta diberi amaran keras. Namun yang peliknya, melakukan semua itu adalah orang yang tahu akan agama, bertudung, menutup aurat, berkopiah dan diangga alim.
Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada
kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu
tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu
menyesal atas perbuatan itu” (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)
Beberapa hadith Rasulullah s.a.w. mengenai fitnah :
1. “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
2. “Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka
yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan
orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah :
mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara
saudara dan mencaci orang yang tidak berslah akan kesalahannya” (Hadith
riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)
3. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda
:”Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk
memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh
Allah dalam neraka pada hari kiamat” (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)
4. Abu Darda berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda “Laki-laki manapun
yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu
terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk
memalukannua di dunia, nescaya berhak Allah menghancurkan laki-laki itu
pada hari kiamat dalam api neraka”.
5. dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :”Sesungguhnya
tatkala Allah menjadikan syurga, lalu berfirman kepada syurga itu
:”Berbicaralah”. Maka syurga itu berkata :”Berbahagialah siapa yang
masuk kepadaku”. Lalu Allah berfirman :”Demi KemuliaanKu dan
KeagunganKu! Tidak akan menempati pada engkau 8 golongan manusia :-
a) orang yang selalu minum khamar
b) yang selalu berzina
c) yang qattaat (tukang fitnah)
d) yang mengetuai peperangan
e) pengawal penguasa
f) orang yang bertingkahlaku seperti wanita
g) orang yang berkata :”Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu”. (Ihya Ulumuddin, Jilid 3)
b) yang selalu berzina
c) yang qattaat (tukang fitnah)
d) yang mengetuai peperangan
e) pengawal penguasa
f) orang yang bertingkahlaku seperti wanita
g) orang yang berkata :”Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu”. (Ihya Ulumuddin, Jilid 3)
6. Diriwayatkan Ka’bul Ahbar, bahawa kemarau telah menimpa kaum Bani
Israil. Lalu Nabi Musa berdoa meminta hujan berulang-ulang. Tetapi tidak
juga diturunkan hujan kepada mereka. Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu
kepada Musa :”Sesungguhnya Aku tidak menerima doa engkau dan doa
orang-orang yang bersama engkau, di mana di kalangan engkau itu ada
nammaam (pembawa fitnah), yang berkekalan buat fitnah”. Maka Nabi Musa
berdoa :”Wahai Tuhanku, siapakah orang itu? Tunjukkanlah, siapakah orang
itu? Tunjukkanlah kepadaku pembuat fitnah itu, sehingga aku dapat
mengeluarkannya dari kalangan kami”. Tuhan berfirman :”Hai Musa! Aku
melarang kamu dari namimah (Pembuat fitnah)”. maka bertaubatlah mereka
semua. Lalu diturunkan hujan kepada mereka.
7. Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang laki-laki
datang kepadanya menerangkan sesuatu tentang orang lain. Maka Umar
berkata kepadanya: “kalau engkau mahu, maka kami akan memperhatikan
tentang keadaanmu. Kalau engkau dusta, maka engkau termasuk orang yang
disebut dalam ayat ini. “Kalau datang kepadamu orang fasik yang membawa
berita, periksalah dengan saksama”. Dan kalau engkau benar maka engkau
termasuk orang yang disebut dalam ayat ini”, “Suka mencela, berjalan
membuat hasung dan fitnah”. Kalau engkau kehendaki, nescaya kami
memaafkan engkau. Lalu laki-laki itu berkata : “Maaf wahai Amirul
Mukminin. Dan aku tidak akan mengulangi lagi untuk selama-lamanya.”
8. Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat
dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya
fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua
sifat ini adalah tungku dapur kehinaan.
Kesimpulannya, di dalam masyarakat kecil taman perumahan ini telah ada yang mengamalkan fitnah dan seronok menaburnya. Tidakkah mereka takut akan Allah dan amarannya? Sebenarnya tukang fitnah ini tidaklah takut pada amaran Allah. Mereka akan berkata dengan lidah mereka yang jahat itu bahawa, mereka bukan membuat fitnah, cuma sekadar bersembang kosong.
Cuba perhatikan sendiri kes ini, ramai yang berkumpul di waktu petang. Dalam kelompok itu, sudah pasti ada tukang-tukang fitnah yang rancak menjual isu dan berita. Sebab itulah Allah larang amalan ini, kerana ia boleh membawa kepada pepecahan yang dahsyat. Semoga si tukang fitnah ini insaf dan sedar serta bertaubat. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.
Kesimpulannya, di dalam masyarakat kecil taman perumahan ini telah ada yang mengamalkan fitnah dan seronok menaburnya. Tidakkah mereka takut akan Allah dan amarannya? Sebenarnya tukang fitnah ini tidaklah takut pada amaran Allah. Mereka akan berkata dengan lidah mereka yang jahat itu bahawa, mereka bukan membuat fitnah, cuma sekadar bersembang kosong.
Cuba perhatikan sendiri kes ini, ramai yang berkumpul di waktu petang. Dalam kelompok itu, sudah pasti ada tukang-tukang fitnah yang rancak menjual isu dan berita. Sebab itulah Allah larang amalan ini, kerana ia boleh membawa kepada pepecahan yang dahsyat. Semoga si tukang fitnah ini insaf dan sedar serta bertaubat. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.
No comments:
Post a Comment