Thursday 27 January 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN TABIKA PERPADUAN (JPTP) TAMAN KELISA EMAS KALI PERTAMA BAGI SESI 2011.

Tarikh : 28 Januari 2011
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas, Jerantut

* Semua penjaga murid-murid berkenaan dijemput hadir. Kehadiran adalah wajib.

Saturday 15 January 2011

Anggota SRS digalak guna radio atur bantu cegah jenayah

15 Januari 2011, Sabtu.
KOTA BHARU: Anggota Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) digalakkan menggunakan radio atur bagi membantu pasukan keselamatan mencegah kejadian jenayah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan, Abdul Hadi Salleh, berkata ini kerana penggunaaan alat itu berkesan bagi mengawal kejadian jenayah, terutama kecurian kenderaan sejak kebelakangan ini.

"Kita menggalakkan semua anggota SRS yang berdaftar di negeri ini menggunakan radio atur kerana ia didapati berkesan bagi membantu pihak keselamatan dalam usaha mencegah jenayah," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, M Murugiah, memuji usaha KRT di Kelantan yang pertama memperkenalkan penggunaan radio atur di kalangan anggota SRS bagi membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah.

Katanya, setakat ini, jabatan itu tidak menyediakan peralatan komunikasi itu secukupnya kepada anggota SRS di seluruh negeri kerana masalah peruntukan.

Kebanyakan anggota SRS membeli sendiri alat itu atas inisiatif pertubuhan terbabit di negeri ini sejak beberapa tahun lepas dan ternyata berkesan, kata beliau.

Ketika ini lebih 400 daripada kira-kira 5,000 KRT di seluruh negeri mendaftar sebagai anggota SRS. - BERNAMA

Sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnggotaSRSdigalakgunaradioaturbantucegahjenayah/Article

Sunday 2 January 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PENUH KECERIAAN

Kelihatan Pembantu Tabika Perpaduan, Puan Sulinda sibuk menerima pendaftaran daripada penjaga yang membuat bayaran yuran disaat-saat akhir. Mungkin pada tarikh yang ditetapkan mereka tidak berkesempatan disebabkan beberapa komitmen yang lebih penting. Bagaimanapun diharapkan penjaga dapat membuat bayaran yuran pendaftaran dengan segera.

Kelihatan para bapa tidak ketinggalan menemani anak-anak mereka di sekolah untuk beberapa ketika bagi membolehkan anak-anak mereka membiasakan diri.

Cikgu Hazrinawati sibuk melayan kerenah anak-anak yang baru memulakan persekolahan. Ada yang baru menerima alam perseolahan sebagai satu idea baru dalam kehidupan mereka.

Puan Sulinda tekun menulis resit pembayaran yuran bagi memastikan kutipan tidak terganggu atau tidak dicatatkan. Kenaikan harga minyak dipasaran diharap tidak menjejas kutipan yuran bagi meringankan bebas kos Tabika Perpaduan.

Encik Azmili masih mendaftar anaknya ke Tabika ini buat kali kedua kerana tahun lalu anak beliau baru berumur 4 tahun. Tahniah dan terima kasih kepada semua penjaga yang mendaftar masuk ke Tabika ini bagi meneruskan sesi persekolahan 2011 buat si manja masing-masing.



TABIKA Perpaduan Taman Kelisa Emas- Hari ini tanggal 3 Januari 2011 merupakan lambaran baru kepada murid-murid sekolah di seluruh Malaysia. Begitu juga dengan Tabika Perpaduan terutamannya Taman Kelisa Emas.


Tampaknya suasana berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa orang ibu yang menemani si manja masing-masing. Barangkali si manja mereka itu masih belum bertemu kawan serasi. Esok lusa mungkin mereka dapat membiasakan diri. Guru kelas, Puan Hazrinawati pun begitu komitmen dalam hal ini dan telah mula memikat murid-murid baru dengan selesa.

Terdapat hampir separuh murid lama yang meneruskan pengajian di Tabika ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cikgu Hazrinawati dan Pembantunya Puan Sulinda atas kejayaan yang lalu.

Difahamkan terdapat hampir 30 orang murid sekitar umur 4 hingga 6 tahun mendaftar bagi sesi persekolahan tahun 2011 ini. Semoga tahun 2011 ini menjanjikan kepuasan kepada para ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Tabika ini.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.