Monday 30 November 2009

JADUAL SRS TERKINI BAGI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2009

KUMPULAN 1

1. HANIZA BIN DIN (KETUA)

2. MOHD ZULKERNAINI BIN MAT TAHIR

3. ZAHIMIN BIN MAT DERUS

4. MOHD MAZNAN BIN MOHD IKHWAN

5. NOR HAZNAN BIN MUHAMAD

6. ISHAM BIN MALEK

7. MOHD AZHA BIN ARIFFIN

8. MOHD FARID BIN IBRAHIM

9. MOHD SHUKURI BIN ABU SEMAN

10. MOHDSHUKUR BIN ABDUL RAHIM

11. WAN JAUHARI BIN WAN MUHAMAD

KUMPULAN 2

1. JASMISHAM BIN DIN (KETUA)

2. MOHD AZIMILI BIN RAMLI

3. HIRUL HAMIDI BIN AMINUDIN

4. ABDUL MUBIN BIN AHMAD

5. AHMAD RANI BIN MAHMUD

6. MUHAMMAD SYAIFUL BIN HASAN

7. HAPIZU BIN AWANG

8. MOHD ZAKIR BIN ABD SHUKOR

9. MAZLAN BIN SULONG

10. RAZMAN BIN ABU TALIB @ ABD MALEK

11. AHMAD FAIRUZ BIN ABDULLAH AZAINI

12. GANI BIN BUSU

KUMPULAN 3

1. MOHD ASRI BIN ISHAK (KETUA)

2. MUHAMAD BIN MAT TAHIR

3. ZAIDI BIN ISMAIL

4. MAZLAN BIN CHE KOB

5. HAIRUL NIZAM BIN DAUD

6. ZAMRI BIN KHALID

7. ZULHAIMI BIN ABD WAHAB

8. ZAMRI BIN MAHMUD

9. AHMAD SABRY BIN ZAKARIA

10. ROHIMI BIN JAFFAR

11. AMAT KHAIRI BIN KARIMAN

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Untuk pertanyaan sila berhubung terus kepada Encik Azimili dan Encik Zulkernaini.

Sunday 29 November 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU



Pantun Untuk Pengantin Baru ini dipersembahkan kepada pasangan Azahani bin Amat Khairi dan Isterinya Norhayati binti Abd Rahman yang melangsungkan perkahwinan pada baru-baru ini. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Pantun ini dihadiahkan oleh Mazlan Che Kob sebagai kenang-kenangan.

Suami yang pandai bermain bercinta

Isteri menawan cantik jelita

Amboi amboi menjelinglah pula

Pengantin bersanding bermain mata



Mentera bukan sebarang mentera

Lafas nikah ikatan hati

Mentua bukan sebarang mentua

Mentua berdua ibubapa sejati



Duduk bersanding di atas pelamin

Bagaikan raja memerintah negeri

Bisikan cinta ikatan terjamin

Moga kebahagiaan Allah beri


Sudah terkota lafas nan cinta

Semoga berkat cinta sejati

Hiduplah bersama bercinta-cinta

Susah dan payah samalah mengerti


Senyuman dinda cantik di mata

Azimat rindu membawa ceria

Hidup bersama menjalin cinta

Cantiklah dihati cantiklah di mata


Hidup berdua kuatlah ibadat

Gagah perkasa seorang perwira

Sehati sejiwa membawa berkat

Hidup bersama dalam sejahter

Inai berinai di malam pengantin

Leka usah layanlah tetamu

Lagu dikirim hadiah pengantin

Ingatlah nasihat asal bertemu


................


Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang

Resah tak sanggup menanggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula

Bermula
Peristiwa, dalam ingatan
Kasih tercipta

Penawar rindu padamu seorang

Senyuman kuberi sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui

Tak ketahui
Hingga ku merana, merajuk hati
Membawa diri

Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang


SEMOGA IA MENJADI INGATAN SELAMANYA


Friday 27 November 2009

JADUAL ALAM FLORA DAN MASALAH SAMPAH

Telah beberapa kali pihak pengurusan Alam Flora tidak mengutip sampah dalam kawasan Taman Kelisa Emas dan taman-taman sekitarnya. Mengikut jadual angkut sampah yang telah dikeluarkan oleh Alam Flora Jerantut ialah setiap Hari Selasa, Khamis dan Sabtu setiap minggu. Walaupun hari Isnin tiada kutipan sampah, ia sudah memadai dengan jadual untuk untuk membersihkan kawasan yang dimaksudkan. Kami penduduk sebenarnya menghargai kesungguhan pihak Alam Flora Jerantut untuk kerja-kerja ini. Tanpa perkhidmatan ini, senario Taman Kelisa Emas dan taman-taman perumahan yang lain akan menjadi kotor, busuk dan tidak selesa.

Bagaimanapun kepada penduduk diharapkan dapat menyediakan tong sampah yang baik agar kalau pihak Alam Flora lambat mengutip sampah tidak diselerak oleh anjing dan kucing. Ini menyebabkan kawasan menjadi kotor dan tidak terurus. Lagipun ia memudahkan kerja-kerja membersih yang akan dijalankan oleh pihak Alam Flora.


Kepada Alam Flora pula, apa salahnya mengutip sampah yang telah dikemaskan oleh penduduk tepat pada masa dan mengikut jadual. Kami mendapati beberapa kali sampah tidak dikutip mengikut jaduah menyembabkan sampah telah diusik oleh anjing dan kucing. Hal ini menyebabkan lalat dan lipas mula membiak. Kam tidak melahirkan rasa tidak puas hati tetapi menyeru agar pihak Alam Flora Jerantut mengambil perhatian mengenai perkara ini. Bagi kami masalah kenderaan memungut rosak itu bukan masalah yang kami nak tahu. Adalah mustahil sebuah syarikat besar seperti ini ada satu dua kenderaan sahaja untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi kawasan yang besar macam daerah Jerantut ini. Kami percaya akan kemampuan Alam Flora untuk menguruskan semua ini. Tetapi janganlah kerana alasan remeh ini menyebabkan pelanggan anda merasa bosan dan membuat andaian nagetif.


Kami berharap sabagai satu cadangan sikiranya tidak dapat memungut sampah pada jadual yang telah ditetapkan diharap mengantikan di hari lain supaya tidak berlaku salah faham. Kami berpendapat ia boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Semoga kerjasama daripada pihak pengurusan Alam Flora akan dapat memastikan kami sebagai pembayar cukai menerima ganjaran sewajarnya.

" Rakyat didahulukan, pencapaian diutama"

Wednesday 25 November 2009

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN KEPADA SEMUA PENDUDUK TAMAN KELISA EMAS, JERANTUT. SEMOGA HARI RAYA AKAN MENCERIAKAN KEHIDUPAN DI MASA-MASA AKAN DATANG. KEPADA YANG AKAN MEMANDU PULANG KE KAMPUNG SAMA ADA JAUH ATAU DEKAT DIHARAPKAN BERHATI-HATI DIJALAN RAYA. PASTIKAN KESELAMATAN ANDA DAN KELUARGA DIUTAMAKAN. BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.

SEMASA MENINGGALKAN RUMAH SILA PASTIKAN SEMUANYA SELAMAT. PASTIKAN SUIS YANG TIDAK DIGUNAKAN DIMATIKAN DAN DITANGGALKAN DARIPADA PLAK. MISALAH STRIKAL, UBAT NYAMUK ELEKTRIK, CEREK ELEKTRI DAN SEBAGAINYA. SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN..

Sunday 22 November 2009

BARISAN AHLI JAWATANKUASA.











MAAF... NAMA AKAN DITULIS DALAM BEBERAPA KETIKA NANTI.. HARAP SABAR


Wednesday 18 November 2009

STEKEL KENDERAAN AKAN DILANCARKAN TIDAK LAMA LAGI

DIMAKLUMKAN PROSES MENCETAK STEKEL BAGI KENDERAAN PENGHUNI SEDANG DILAKUKAN. KEPADA SEMUA PENGHUNI DIWAJIB MEMASANG PADA KENDERAAN MASING-MASING BAGI MEMUDAHKAN PROSES PENGENALAN KENDERAAN KELUAR MASUK KE TAMAN KELISA EMAS. BAGI ANDA YANG TIDAK MEMASANG STEKEL INI PADA KENDERAAN MASING-MASING KEMUNGKINAN AKAN MENGHADAPI MASALAH KELUAR MASUK TERUTAMANYA PADA WAKTU RODAAN MALAM DIJALANKAN. KERJASAMA ANDA MEMUDAHKAN PROSES YANG RINGKAS INI.

Sunday 8 November 2009

1 MALAYSIA

You can find 1 Malaysia concept if you have time to visit Taman Kelisa Emas activities. All people in this area can join what ever activities to show 1 Malaysia concept is right. So, nothing happen if they join in activities but they can get a good relationship in all action.

Awasi Anak-Anak di Musim Hujan


Salam buat Penghuni Taman Kelisa Emas..

Banjir sedang melanda di beberapa buah negeri dan ia tampak buruk. Banjir boleh mengundang bahaya dan kerosakan kepada harta benda. Bagi kita di kawasan ini tidak akan terlibat dengan suasana banjir macam tu.

Bagaimanapun sebagai langkah keselamatan, pastikan anak-anak kita tidak bermain di tepi longkang. Kemungkinan mereka leka dan abaikan tentang keselamatan diri sendiri. Oleh itu pastikan mereka tidak terlibat dalam suasana yang tidak diingini ini.

"BERINGAT SEBELUM KENA, BERJIMAT SEBELUM HABIS"

Friday 6 November 2009

RONDAAN MALAM RT TAMAN KELISA EMAS

SISTEM RODAAN bagi rukun tetangga taman ini tetap berjalan seperti biasa hingga akhir tahun ini. Kepada petugas sukarelawan, jadual bertugas baru telah diedarkan. Sila patuhi jadual yang dikeluarkan. Sekiranya ada masalah, sila rujuk kepada Setiausaha atau Pengerusi dengan SEGERA supaya tidak berlaku kekosongan malam bertugas. Kerjasama anda amat dialu-alukan.

GAMBAR UKURAN PASPORT / KAD PENGENALAN

Kepada semua AJK Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas yang dilantik, sila serahkan sekeping gambar berukuran pasport kepada Setiausaha taman ini dalam kadar SEGERA atau paling lambat pada 8 November 2009. Gambar berukuran Pasport ini akan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti carta organisasi, kad Rukun Tetangga dan sebagainya. Kerjasama daripada semua adalah di pohon.

SU..
Encik Zaidi

Gambar juga boleh diemailkan kepada
krtkelisaemas@gmail.com

Alahai, Nasiblah ..Lampu Isyarat Padam Lagi.. Percaya tak cakap saya?

Hari hujan turun berpanjangan kadang-kadang menjadi lebat. Hujan yang turun ini boleh menyebabkan jalan basah dan berbahaya kepada lalu lintas sama ada yang memandu kenderaan berat, motosikal dan kenderaan lain. Ia agak menyukarkan pengguna. Lebih berbahaya lagi kalau ada banjir kilat. Ia menyebabkan perhubungan lalu lintas akan terputus. Melalui taman Kelisa Emas tidak ada jalan pintas untuk keluar melainkan melalui Taman Perdana dan lencongan di persimpangan lampu isyarat masjid Tengku Mahkota, Jerantut.

Apa yang lebih malang lagi, lampu isyarat disitu sering rosak terutamanya apabila hujan lebat melanda. Nasiblah penduduk taman ini. Nak tak nak terpaksa melalui laluan yang agak berbahaya dan mengundang kemalangan. Awaslah kalau keadaan ini berlaku.

Masalah ini telah di ajukan kepada pihak berkaitan. Namun tampaknya masing-masing menuding jari sesama sendiri. Apalah salahnya masing-masing berikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini? Bukannya nak salahkan orang itu dan ini. Nasiblah apa nak jadi.

Rasailah sendiri bagaimana kalau lampu isyarat tu rosak. Suasana akan menjadi kelam kabut kerana lampu isyarat ini sangat penting kepada semua lalu lintas terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah berhampiran, pekerja-pekerja yang nak ke tempat kerja dan seumpama. Mungkin bagi pihak bertanggungjawab masalah ini kecil kerana mereka tak terlibat dalam laluan ini. Nasiblah pengguna jalan ini.

Terpanggil dengan masalah serupa ini kita sebagai pengguna hanya berbicara dalam hati mengatakan bahawa, redhalah. Lagi lebih teruk apabila cakap, entah tak tahu bila mereka nak ubah atau nak selenggara lampu isyarat ini. Kita sebagai pembayar cukai yang tidak pernah engkar pun tak dapat manfaat daripada ini. Kalau lancang sangat mengkritik kena gam pula. Alaihai, nasiblah.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.