Friday 23 August 2013

PERSIAPAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN KEMERDEKAAN KE-56

KELISA EMAS, 24 Ogos- Tampak jelas sekali keriangan dalam persiapan sambutan hari raya Adilfitri anjuran KRT ini dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak termasuk Jiran Winita, AJK KRT yang lain dan semua penduduk. Suasana persiapan tak ubah seperti kenduri kahwin. Bagaimanapun keriangan ini diharapkan tidak tamat di sini sahaja malah akan menjadi tradisi yang tidak dapat dipisahkan.


 Menyiapkan daging untuk memasak rendang. Ia memerlukan kerjasama bukan sahaja daripada AJK malahan daripada semua penduduk. Inilah yang dinamakan sebagai kerjasama membawa berkata.
 Lemang yang akan dimasak, memerlukan ketelitian. Andai kata dilakukan secara tidak bersungguh-sungguh, ia akan menjadi mentah atau bentuknya lain.
 Jiran Wanita tekun menyediakan  bahan untuk memasak rendang dan lain-lain. Alangkah indahnya jika suasana ini diraikan bukan sahaja Melayu tetapi Cina dan India yang turut sama menjadi sebahagian warga taman perumahan ini.
Memasak bawang goreng memerlukan ketelitian. Baunya sungguh sedap apa lagi kalau dicampur dalam masakan. Gotong royong sebegini memberi gambaran, bersatu teguh dan bercerai roboh.
Bersambung....

Wednesday 21 August 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN KEMERDEKAAN KE 56

Menjemput semua warga Taman Kelisa Emas, Jerantut ke majlis ini yang akan berlangsung seperti berikut;

                  Tarikh : 24 Ogos 2013
                  Hari : Sabtu
                  Masa :  7.30 malam hingga 11.00 malam
                 Tempat : Taman Permainan
Catatan:
Bermula jam 8.00 pagi, aktiviti membakar lemang akan diadakan diperkarangan pondok SRS akan diadakan. Kepada penduduk yang ingin menyumbangkan sesuatu, boleh berbuat demikaan pada bila-bila masa. Semua penduduk dijemput.

Sunday 4 August 2013

BENCANA BUKAN HALANGAN UNTUK MERAYAKAN AIDILFITRI

Kami warga KRT Kelisa Emas melahirkan rasa simpati kepada semua penghuni terutamanya kepada penghuni rumah teres dua tingkat yang dilanda ribut. Ia menyebabkan beberapa atap genting terutamanya di bahagian hadapan rumah tetanggal. Kami berharap ia tidaklah mengganggu persiapan untuk menyambut Aidilfitri nanti dan anggaplah semua itu dugaan daripada Allah. Bagaimanapun kami berasa bersyukur kerana bencana itu tidaklah besar mana, sekadar kerosakan kecil sahaja dan tiada kehilangan nyawa. Bagi kami, warga kerja KRT berharap semua penghuni yang terlibat dalam bencana ini dapat meneruskan aktiviti harian dan menyambut Syawal dengan keriangan. Semoga ia dapat diraikan bersama.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Kami seluruh warga Taman Kelisa Emas, Jerantut, Pahang, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013 kepada semua muslim dan muslimat. Semoga raya tahun ini penuh keriangan dan kunjung mengunjung menjadi amalan kita semua.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.