Tuesday 6 January 2015

Banjir dan Pasca.. Memang Rakyat Malaysia Prihatin

KUALA KRAU, 6 Januari 2015- Sedar atau tidak, banjir besar penghujung tahun 2015 membawa keberkatan dan keprihatinan semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Keprihatinan ini  telah dipertontonkan dengan hebatnya apabila ramai yang turut turun ketempat terjejas banjir sejak banjir berlaku hinggalah ke pasca banjir. Tidak putus-putus kehadiran NGO mahupun kerajaan melalui agensi masing-masing turun kelokasi untuk membantu mangsa banjir. Khabarnya ada yang masih tidak pulang ke rumah kerana menolong mangsa terjejas banjir sejak 23 Disember 2014 lagi.

Ini juga turut melibatkan orang perseorangan yang sanggup melakukan kerja amal ini tanpa mengharapkan sebarang pertolongan balas. Semua dilakukan secara ikhlas dan belas ehsan. Hanya tuhan sahaja yang dapat memberi balasan yang sewajarnya. Jika kita lihat tempat-tempat terjejas banjir seperti rumah, sekolah, balai polis, kedai-kedai di bandar mahupun di mana jua, sudah pasti ia membawa kesedihan, kehibaan malah ada yang trauma tidak dapat menghadapi semua ini secara berseorangan. Jika ada orang yang mengambi kesempatan di saat ini, alangkah tergamaknya mereka semua. 

Hanya air mata sahaja dapat membasuh kedukaan setelah melihat kemusnahan yang berlaku akibat banjir kali ini. Bagi kita yang tidak terlibat, kita boleh berkata sabar. Namun yang menghadapinya, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedih dan pilu. Namun sebagai takdir, kita terima ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.
 Kerja-kerja pembersihan akibat banjir ini memerlukan kerjasama dariapada semua pihak. Jika ia dilakukan bersendirian, ia akan mengambil masa yang lebih lama. Justeru kehadiran NGO, orang perseorangan, ibubapa dan sebagainya, memudahkan kerja-kerja pembersihan ini.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.