Wednesday 30 June 2010

Kehadiran YB Dato' Law Lee, Aduan Damak memeriahkan majlis

Pada 27 Jun 2010 yang lalu, Taman Kelisa Emas, Jerantut bawah rangkaian KRT telah menyusun satu majlis bersama Yang Berhormat Dato Law Lee, ADUN Damak bagi majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Surat Pelantikan Rukun Tetangga 2009-2010. Majlis berlangsung diperkarangan Gelanggang Badminton Taman Kelisa Emas.
Kehadiran YB Dato Law Lee, Adun Damak ke majlis ini telah disambut mesra oleh Encik Mohamad bin Mat Taha, Timbalan Pengerusi KRT tepat jam 12.30 tengahari.
Sebelum ke majlis, YB Dato Law Lee sempat meninjau-ninjau keadaan Kelas TABIKA Perpaduan taman ini yang terletak hanya beberapa meter dari tapak perjumpaan. Beliau begitu tertarik dengan masalah kelas yang sempit dan hanya menyewa sebuah rumah bersais kecil tetapi bayaran bulanan yang hampir RM600 sebulan. Kalau sewaan biasa bagi sebuah keluarga mungkin tidak sampai RM300 sebulan.
Majlis ini berlangsung dalam suasan harmoni dan ramai ibubapa, penjaga, penghuni taman ini dan juga hampir kesemua barisan AJK KRT turut bersama. Kemeriahan dapat dirasai apabila sebelum majlis berlangsung terdapat pertandingan melukis dan mewarna bagi murid-murid Tabika Perpaduan, penduduk dan remaja taman ini. Sambutan sangat membanggakan.
Sekiranya program ini tidak dilaksanakan, mungkin suasana sebegini tidak dapat dirasai. Riuh rendah anak-anak kecil menyertai pertandingan menyerikan aturcara majlis yang disusun.
Cikgu Basaruddin telah menjadi juru acara majlis dan beliau dapat menghidupkan suasana dengan pengacaraan yang teratur, lancar dan berkesan. Tahniah diatas kerjasama dan pengacaraan yang baik.
Dalam ucapan alu-aluan, Encik Mohd Shukri, Pengerusi KRT mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB Dato' Law Lee ke majlis anjuran taman ini. Ia merupakan kali kedua kehadiaran beliau di taman ini dalam majlis sebegini. Selain daripada itu, Encik Shukri juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato kerana telah menyumbangkan dua buah khemah bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di taman ini. Rasa bersyukur juga dilafaskan atas pemberian yang sangat bermakna ini.
YB Dato Law Lee pula dalam ucapannya sempena perasmian ini telah mengegaskan bahawa hidup bersatu padu tidak kira apa bangsa dan kaum akan menjaminkan kesejahteraan bersama. Orang ramai perlu saling hormat menghormati supaya cita-cita 1Malaysia dapat diamalkan dengan betul dan baik. Beliau juga menyentuh soal ketidakselesaan Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas yang sempit dan tidak selesa. Beliau berjanji akan cuba mengatasi perkara ini dengan membawa isu tabika ini ke mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan Peringkat Negeri kerana beliau sebenarnya salah seorang daripada ahli mesyuarat penting itu. Kami sangat mengalu-alukan usaha beliau agar Tabika Perpaduan taman ini mendapat bangunan sendiri bagi menjanakan aktiviti yang dirancang...

Yb Dato Law Lee telah menyampaikan sijil perlantikan Rukun tetangga kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik bagi sesi 2010. Perlantikan ini menandakan satu komitmen sepadu daripada semua pihak tidak mengira bangsa dan agama.
Penglibatan kuam cina dalam aktiviti dan gerakan rukun tetangga sememangnya tidak dinafikan walaupun hanya beberapa keluarga sahaja kaum ini mediami taman ini. Sebagai satu tanda perpaduan penglibatan mereka sangat menggalakan. Ini dapat dilihat setiap kali ada majlis seperti ini mereka akan turut terlibat sama menjayakannya.
Begitu juga dengan kaum india. Wakil mereka sentiasa memberi kerjasama walaupun agak sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Inilah bukti bahawa 1Malaysia sedang menular dalam masyarakat hari ini.
Pada majlis ini juga keputusan pertandingan futsal diumumkan dan hadiah juga disampaikan oleh YB Dato' Law Lee. Tempat Pertama dimenangi oleh Pasukan Bentayan FC yang diketuai oleh Encik Razman, Kedua pula pasukan Janggut Jingga FC.. Manakala Pasukan Sontorian FC menduduki tempat ke tiga. Bagi tempat ke empat Pasukan Atok Perkasa FC dan tempat ke lima Lang Buana FC. Tahniah di atas pencapaian ini. Sebenarnya bukan tempat yang dicari tetapi lebih berfokus kepada tentang hubungan dan kerjasama yang dicari.
Majlis ini juga telah dimeriahkan oleh pertandingan melukis dan mewarna peringkat taman ini. Sambutannya amat menggalakan dan sememangnya tampak kemeriahan yang disertai oleh anak-anak penduduk dan kanak-kanak dari Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas. Kategori yang dipertandingkan ialah kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun, 7 hingga 9 tahun, 10 hingga 12 tahun, 13 hingga17 tahun dan kategori Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas. Bagi Kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun mendapat 4 pernyertaan dan selebihnya hampir 60 orang peserta yang menyertainya. Keputusanya adalah seperti berikut. Bagi kategori 4 hingga 6 tahun di menangi oleh Wan Aqri Qusyairi Wan Jeuhari ( no rumah 94) Auni Fatimah Zaaba ( no rumah 13) dan ketiga Ansa ( no rumah 23)
Bagi kategori 7 hingga 9 tahun pula ditempat pertama dimenangi oleh Nurul Qurratul Najihah ( no rumah 7) tempat kedua Tabagawaran (no rumah 132) dan ketiga Muhammad Danish Faris ( no rumah 76)

Katagori 10 hingga 12 tahun pula dimenangi oleh Tg. Nurin Nadhira Tg Ra'of (no rumah 32), kedua Nur Aliya Ilyana Azimili (no rumah 47) dan Nurul Izzah Rohimi (no rumah 18). Manakala bagi kategori 13 hingga 17 tahun pula dimenangi oleh Muqri Aman Mohd Asri ( no rumah 111) Nadhirah Mhd Asri ( no rumah 111) dan tempat ketiga Nurul Nabila Azimili ( no rumah 47)

Majlis diakhiri dengan penyampaian tanda hati daripada Taman Kelisa Emas Oleh Encik Shukri, Pengerusi Rukun Tetangga kepada YB Dato Law Lee atas kesudian menyampaian hadiah dan atas kelapangan beliau menghadiri masjlis ini.
Foto dan Berita : mazlqan@yahoo.com

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.