Friday 27 August 2010

PERTANDINGAN KIBAR JALUR GAMILANG 2010

26 oGOS 2010 - TABIKA PERPADUAN dan Rukun Tetangga telah membuat persiapan bagi menjayakan program dan pertandingan kibarkan jalur Gemilang 2010 peringkat Daerah Jerantut 2010. Premis Tabika dijadikan lokasi strategik bagi menyahut seruan itu. Berikut adalah foto persiapan yang dirakam oleh Mazlan.




TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN


27 Ogos 2010 - Terima kasih diucapkan kepada Penduduk Taman Kelisa Emas dan penjaga kepada murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas, Jerantut di atas kesudian menghulurkan sumbangan untuk Majlis Berbuka Puasa Peringkat Taman ini pada hari Sabtu, 28 Ogos 2010. Semoga setiap sumbangan ikhlas anda dalam menjayakan majlis ini akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran paling hebat. Mudah-mudahan ia menjadi suatu amal ibadat yang sentiasa dihulurkan terutamanya bagi menjayakan majlis berbuka puasa ini sesuai dengan amalan baik di bulan Ramadhan al-Mubarak.

Antara sumbangan yang di terima ialah berupa,

1. 40 kg beras
2. 17 kg gula
3. 3 tin susu
4. 7 kg minyak masak.

Bagi mereka yang tidak mampu menghukurkan barangan seperti di atas, cukuplah anda menghulurkan sumbangan berupa tenaga dan kerjasama dalam menjayakan majlis yang dirancang. Lebih bermakna lagi sekiranya anda dapat menghadiri majlis berbuka ini dengan hati ikhlas sebagai tanda kesatuan dan komitmen yang diharapkan. Semoga dilain masa dan lain aktiviti anda dapat memberi sumbangan untuk kegunaan orang ramai.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.