Wednesday 20 January 2010

MESYUARAT PENJAGA TABIKA PERPADUAN



Majlis penyampaian Sijil Penghargaan dan saguhati kepada pelajar cemerlang 8A PMR, Adik Amira Rasyidah binti Isham. Tahniah di atas kejayaan itu. Semoga ia menjadi idola kepada penduduk yang lain bagi mencipta kejayaan seperti beliau.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan orang guru tabika dan kehadiran Encik Tahar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah memeriahkan lagi majlis.
Encik Tahar menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya beliau menyeru agar penjaga bersama membantu guru-guru tabika untuk cemerlangkan anak terutama boleh menguasai 4M apabila mereka telah memasuki tahun satu di sekolah kebangsaan kelak.
Terima kasih diucapkan kepada para penjaga kerana meluangkan masa pada majlis ringkas ini. Perlantikan 14 ahli jawatankuasa dapat memudahkan proses dan urusan seterusnya.
Menjamu selera selepas majlis perasmian. Kanak-kanak adalah yang paling girang kerana ada jamuan dan dapat makan bersama rakan-rakan.

Sunday 10 January 2010

10.01.10 TARIKH KERAMAT, MAJLIS ASYURA



Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan jiran wanita membuat persiapan bahan mentah dan rempah ratus. Komitmen yang dihulurkan semestinya dapat membantu menjayakan program ini. Begitulah iktibar yang Rasulullah S.a.w cuba tetapkan dalam majlis seperti ini. Bukan sahaja dapat menikmati juadah bubur asyurat yang lazat, bahkan mewujudkan semangat kejiranan yang tinggi dan bersatu padu.

Bikin bubur asyura ini kalau tidak kena caranya tidak sedap seperti apa yang disangkakan. Namun kalau cukup resipi dan cara bikinnya, wah.. sedap. Masa yang di ambil juga bukan sedikit. Kira separuh hari jugalah. Kalau tidak ramai yang membantu, alamak tak jadi asyuralah.

Ada yang datang menolong tu memanglah diharapkan. Ringan sikit kerja amal ini. Syukurlah kalau ramai yang ringan tulang. Tidak kiralah pihak lelaki atau perempuan, semuanya turut sama. Meriah tu memanglah meriah. Kalau tidak, masakan jam 5 petang dah boleh edar kepada penghuni yang lain juga.

Jiran wanita memang banyak membantu dalam hal ini. Kerjasama mereka seperti duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. .... Apa yang penting BEKERJASAMA.

Tidak kira panas dan hujan, aktiviti murni seperti ini perlu diteruskan. Kalau buat separuh jalan sahaja, memang ada yang tidak kena nanti. Kesungguhan itu satu penghargaan tertinggi dalam menjayakan apa jua aktiviti masyarakat seperti ini.

Mengikut laporan bendahari KRT, (Memakai baju Kuning) sumbangan untuk majlis Buat Bubu Asyura kali ini memang luar dugaan. Sambutan daripada penduduk terhadap majlis seperti ini memang luar duga. Sumbangan yang dihulurkan memang patut di puji.

Mereka bukan sahaja memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahkan juga dalam bentuk tenaga begini. Semangat gotong royong tidak pernah padam dalam suasana hari ini.

Tidak kira pangkat dan darjat, semua orang turun bersama memberi kerjasama yang tidak pernah berbelah bahagi. Beginilah hidup dalam suasana bermasyarakat. Bagaikan aur dengan tebing, aur tidak hanyut tebing tidak roboh. Saling bergantungan.

Usik mengusik menceriakan penat
Basahnya dahi mengacau asyura
Tak kira tua tak kira penat
Hidupkan bersama Majlis Asyura


Begitulah hidup rukun dan damai. Siapa yang tak kacau asyura, dia tidak akan merasai nikmat asyura sebenarnya. Siapa yang tidak ikhlas, kerja ibadatnya hanya sekadar penat dan lelah sahaja. Siapa yang ikhlas, dia ada tetamu tuhan di syurga nanti. Siapa yang cakap banyak, maka tidak menjadi bubur tetapi siapa yang kerja banyak, semua orang dapat menikmati hasilnya.

Friday 8 January 2010

PANTUN ASYURA

MARI KITA BANGUN PAGI
LEPAS SOLAT BASUH KAWAH
BUAT APA NAK TUNGGU LAGI
HIDUP DAMAI RUKUN BERDAHWAH

BASUH KAKI BASUH SELIPAR
JANGAN LUPA BASUH TANGAN
AJAK ISTERI AJAR IPAR
KACAU ASYURA TAK MENANG TANGAN

BECOK SUNGGUH MULUT KAK BEBAH
KACAU ASYURA BADAN BERPELUH
IKATAN ASYURA IKATAN MUHIBAH
DATANGLAH BERAMAI DATANGLAH BERPULUH

KALAU HUJAN KITA BERTEDUH
JANGAN ABAI ASYURA DI KAWAH
AMBO AMBOI SEDAPNYA ADUH
ASYURA MANIS HANTARAN KAK WAH

BELENGGANG LENGGOK SI CANTIK NAN DARA
TERSENYUMLAH PULA DI SAPA SI BELIA
MARILAH KITA TURUN WAHAI SAUDARA
KACAU ASYURA INI AMALAN MULIA

SABAR MENUNGGU MENGACAU ASYURA
MANALAH TAHU MENJADI JUA
KEDEKUT TENAGA BUKANLAH JUARA
TAK PAYAH DI JEMPUT DATANGLAH JUA

MARI KITA BERSAMA-SAMA
DALAM MAJLIS ASYURAT SETAMAN
PAKATLAH TURUN BERSAMA-SAMA
MEKAR SENYUM RUKUN SETAMAN

Monday 4 January 2010

Merancang Penjimatn Elekrik

Bahan api dan tenaga adalah berkait rapat antara satu sama lain kerana pengeluaran tenaga yang bergantung terutamanya pada bahan api fosil. Peningkatan harga bahan api akan menyebabkan peningkatan kos elektrik. Adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana mengira penggunaan tenaga anda sendiri di dalam dan di sekeliling rumah atau pejabat.

Bagi kebanyakkan pengguna, sumber tenaga yang paling banyak digunakan di dalam dan di sekeliling rumah atau pejabat mereka adalah tenaga elektrik. Tips ini akan memfokus kepada penggunaan tenaga elektrik dan bagaimana untuk mengiranya secara eksklusif. Gaya hidup yang membazir telah dikenal pasti sebagai salah satu sebab yang menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik per kapita. Pemilihan alat elektrik dan rekebentuk rumah atau pejabat juga akan menyumbang terhadap keadaan ini.

Memandangkan banyak alat elektrik mempunyai tetapan yang berlingkungan (sebagai contoh, volume pada sesebuah radio), jumlah sebenar kuasa yang digunakan bergantung pada tetapan yang digunakan pada bila-bila masa. Gunakan formula yang berikut untuk menganggarkan jumlah tenaga yang telah digunakan oleh alat elektrik yang spesifik:

Kuasa (Watt) x Jumlah Jam Digunakan sehari = Jumlah Penggunaan Kilowatt-jam (kWj) Seharian (1 kilowatt (kw) = 1,000 Watt)
Darabkannya dengan jumlah hari yang anda gunakan alat elektrik dalam setahun bagi penggunaan tahunan. Anda boleh mengira kos tahunan yang perlu untuk menggunakan alat elektrik dengan mendarabkan kWj per tahun dengan kos per penggunaan kWj.

Contoh Kuasa Peralatan Elektrik Dalam Watt
Akuarium = 50-1210 Watt
Radio/Jam= 10 Watt
Mesin membuat Kopi = 900-1200 Watt
Mesin Basuh = 350-500 Watt
Mesin Pengering Pakaian = 1800-5000 Watt
Mesin Basuh Pinggan Mangkuk = 1200-2400 Watt
Selimut elektrik = 60 / 100 Watt
Kipas siling = 65-175 Watt
Kipas tingkap = 55-250 Watt
Relau = 750 Watt
Pengering Rambut = 1200-1875 Watt
Alat pemanas = 750-1500 Watt
Seterika = 1000-1800 Watt
Ketuhar = 750-1100 Watt
Komputer persendirian:
CPU - jaga / tidur = 120 / 30 Watt atau kurang
Monitor - jaga / tidur = 150 / 30 Watt atau kurang
Komputer riba = 50 Watt
Radio (stereo) = 400 Watt
Peti sejuk = 725 Watt
Televisyen (warna):
19" = 110 Watt
27" = 113 Watt
36" = 133 Watt
53"-61" Penayangan = 170 Watt
Skrin rata = 120 Watt
Mesin pembakar roti = 800-1400 Watt
VCR/DVD = 17-21 /20-25 Watt
Pembersih Vakum = 1000-1440 Watt


Perhatikan juga banyak alat elektrik yang terus mengeluarkan jumlah kuasa yang kecil walaupun mereka adalah dalam keadaan “tutup”. Keadaan ini berlaku dalam banyak alat elektrik yang menggunakan tenaga elektrik seperti VCR, televisyen, stereo, komputer dan alat elektrik dapur. Hal ini akan meningkatkan sedikit watt dalam penggunaan tenaga alat elektrik dalam masa sejam. Tanggungan ini boleh dielakkan dengan mengeluarkan soket alat elektrik.

Sunday 3 January 2010

MAJLIS A'SYURA

MAJLIS MENYEDIAKAN BUBUR A'SYURA TAMAN KELISA EMAS AKAN DIADAKAN PADA 10.01.10, AHAD. PENDUDUK BOLEH MENYUMBANG SEIKHLAS MUNGKIN BERBENTUK WANG, TENAGA DAN BAHAN-BAHAN SEPERTI GULA DAN SEBAGAINYA. SILA HUBUNGI PENGERUSI DAN BENDAHARI UNTUK SUMBANGAN. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MENJAYAKAN MAJLIS YANG DIATUR.

Friday 1 January 2010

TANGGAL 01.01.10 DETIK PERMULAAN

Menyuarat AJK KRT Taman Kelisa Emas akan diadakan pada Malam 01.01.10 ( Jumaat Malam Sabtu) Jam 8.30 Malam bertempat di TABIKA PERPADUAN Taman ini. Kehadiran amat dialu-alukan bagi menjayakan agande yang akan dibincangkan kelak. Sebarang masalah sila hubungi Encik Zaidi, Setiausaha.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.