Thursday 27 November 2014

KENYATAAN UMUM JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

KENYATAAN UMUM
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

JAKIM SAHKAN CADBURY MALAYSIA ADALAH HALAL
 
PUTRAJAYA, 18 November, 2014: Walaupun Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit tentang status Halal coklat Cadbury.
JAKIM ingin mengesahkan bahawa, Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Ingin ditegaskan bahawa Pensijilan Halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Jakim.
Para pengguna yang selama ini menggunakan produk yang mempunyai logo Halal Malaysia dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana pemantauan terhadap pemegang Sijil Halal Malaysia dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan Halal.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, semua pihak diminta untuk merujuk melalui Portal Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih. Sebarang pertanyaan berkenaan Pensijilan Halal Malaysia boleh diajukan ke Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03–8892 5000.

Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/berita/359-kenyataan-umum-jabatan-kemajuan-islam-malaysia-jakim

Wednesday 26 November 2014

Bersama memberi kerjasama

Perpaduan adalah tunjang utama keharmonian berbilang kaum, agama dan fahaman politik. Justeru, marilah bersama-sama meningkatkan perpaduan sedia ada ini ke arah yang lebih relevan dan cemerlang. Berdasarkan isu semasa yang sangat serius, kita yang cintakan kedamaian dan keaman yang sedang dikecapi ini, perlu menolak sebarang percubaan untuk menghuru-hara negara ini. Sesungguhnya yang menanggung beban sengsara ialah rakyat, bukannya pemimpin yang berniat jahat. Tegasnya, KRT ini menolak sekeras-kerasnya sikap kehancuran dan memilih untuk kekal aman seperti ini selamanya.. Berdasarkan petikan akhbar onlline ini, KRT Kelisa Emas menyokong penuh tindakan yang dibuat oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib.... [ Admin ]

KUALA LUMPUR – Kerajaan semalam melahirkan kebimbangan dengan kepakaran membuat bom dan latihan ketenteraan yang dipelajari rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Islamic State (IS) ketika berperang di negara-negara bergolak kerana mereka dikatakan mampu melancarkan serangan pada bila-bila masa sekembalinya ke negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepulangan rakyat Malaysia yang menyertai IS dan pernah berperang di kawasan konflik Syria dan Iraq sememangnya meningkatkan risiko keselamatan kepada negara.
“Lebih menakutkan lagi, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik peperangan yang mereka miliki, militan-militan ini berupaya melakukan aktiviti pengganasan secara bersendirian.
“Dengan kepakaran keten­teraan dan kemahiran membuat bom yang diperoleh di Syria, mereka juga berpotensi melancarkan serangan pada bila-bila masa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang besar kepada harta awam,” katanya.


Najib berkata demikian semasa membentangkan kertas putih bertajuk Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State di Dewan Rakyat semalam.
Kertas putih setebal 19 muka surat itu mengandungi sembilan bab dan disertakan lampiran gambar-gambar yang menunjukkan kekejaman anggota IS memenggal, menembak dan mengelar orang awam.
Turut dimuat dalam kertas putih itu ialah gambar lima rakyat Malaysia yang terbunuh ketika berperang di Syria.
Mengulas lanjut, kata Najib, kerajaan juga khuatir jika anggota IS itu mewujudkan semula sel-sel pengganas dan membentuk jaringan dengan kumpulan militan sedia ada di dalam negara dan serantau seperti kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Mindanao, Filipina.
“Oleh sebab kawasan operasi kumpulan Abu Sayyaf ini amat hampir dengan pantai timur Sabah, ia akan meningkatkan risiko keselamatan di kawasan itu. Sekarang dipercayai terdapat lima orang suspek Malaysia yang dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina.

Saturday 15 November 2014

Awasi Banjir

Gambar : Banjir di Kampung Paya Teh, Jerantut, Disember 2013.

Banjir melanda terutamanya pada penghujung tahun seperti ini. Justeru, diharapkan semua penduduk berhati-hati dengan semua ini dan hendaklah memberi perhatian khusus kepada keluarga tentang keselamatan dan kesihatan. Terdapat penyakit  bawaan air yang perlu diberi perhatian seperti taun dan sebagainya. Jika terdapat tanda-tanda jangkitan, sila segera mendapat rawatan. Semoga kita semua berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Thursday 13 November 2014

Rakyat Perlu Bersatu, SRS perlu prihatin..

Sebagai rakyat yang sayangkan negara ini, kita seharusnya prihatin dengan semua ini dan berganding bahu dengan kerajaan untuk memastikan gejala ini tidak berluasa atau menyekatnya dari terus berlaku.. Tahap kesedaran anda perlu wujud dan kita tidak mahu tanah tumpah darah kita ini dicerobohi sewenangnnya.. Ingat, kita tidak mahu sejarah kegemilangan kita di suatu ketika dahulu padam kerana semua ini. Jadilah masyarakat perihatin. Sayangi negara tercinta ini.

Wednesday 12 November 2014

Rating

Klik pada data untuk paparan yang lebih ideal..

Analisa Blog KRT Kelisa Emas, Jerantut hingga 12 November 2014

Sila klik mana-mana tempat di graf atau analisis data. Data ini sejak tahun 2009

Kembalikan Kemeriah

Assalam, saya selaku admin Blog ini mengajak tuan-tuan dan puan-puan dapat memeriahkan kembali Kecemerlangan KRT. Sesungguhnya taman perumahan ini memerlukan anda semua memberi komitmen yang sewajarnya. Hidup bersatu padu dapat menjayakan pelbagai agenda bersama sama ada kecil atau besar. Usahlah kerana sesuatu yang mudah, kita biarkan ia berlalu tanpa sedar bahawa kita sebenarnya tidak boleh hidup secara bersendirian. Walaupun kita mempunya gaji yang besar, pangkat yang hebat tetapi dalam hidup bermasyarakat ini, kita perlu bersatu, berganding bahu dan prihatin. Nah, marilah kita kembali kepada kecemerlangan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Saya fikir baik kita buang yang keroh dan ambil yang jernih.

[ dengan izin Pengerusi]

Mazlan CK..
Admin 1

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.