KENYATAAN UMUM
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
JAKIM SAHKAN CADBURY MALAYSIA ADALAH HALAL
PUTRAJAYA, 18 November, 2014: Walaupun
Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan
daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit tentang status
Halal coklat Cadbury.
JAKIM
ingin mengesahkan bahawa, Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil
Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. Jabatan Kimia
Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan
siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur
Pensijilan Halal Malaysia.
Ingin
ditegaskan bahawa Pensijilan Halal Malaysia adalah melibatkan proses
pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan
ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah
pengujian makmal berdasarkan Standard dan Manual Prosedur Pensijilan
Halal Malaysia. Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala
yang dijalankan oleh Jakim.
Para
pengguna yang selama ini menggunakan produk yang mempunyai logo Halal
Malaysia dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana pemantauan terhadap
pemegang Sijil Halal Malaysia dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya
terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap
syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik
balik sijil pengesahan Halal.
Bagi
mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, semua pihak
diminta untuk merujuk melalui Portal Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my
dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih. Sebarang pertanyaan
berkenaan Pensijilan Halal Malaysia boleh diajukan ke Bahagian Hab
Halal, JAKIM di talian 03–8892 5000.
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/berita/359-kenyataan-umum-jabatan-kemajuan-islam-malaysia-jakim
No comments:
Post a Comment