Perpaduan adalah tunjang utama keharmonian berbilang kaum, agama dan fahaman politik. Justeru, marilah bersama-sama meningkatkan perpaduan sedia ada ini ke arah yang lebih relevan dan cemerlang. Berdasarkan isu semasa yang sangat serius, kita yang cintakan kedamaian dan keaman yang sedang dikecapi ini, perlu menolak sebarang percubaan untuk menghuru-hara negara ini. Sesungguhnya yang menanggung beban sengsara ialah rakyat, bukannya pemimpin yang berniat jahat. Tegasnya, KRT ini menolak sekeras-kerasnya sikap kehancuran dan memilih untuk kekal aman seperti ini selamanya.. Berdasarkan petikan akhbar onlline ini, KRT Kelisa Emas menyokong penuh tindakan yang dibuat oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib.... [ Admin ]
KUALA LUMPUR – Kerajaan
semalam melahirkan kebimbangan dengan kepakaran membuat bom dan latihan
ketenteraan yang dipelajari rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan
militan Islamic State (IS) ketika berperang di negara-negara bergolak
kerana mereka dikatakan mampu melancarkan serangan pada bila-bila masa
sekembalinya ke negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepulangan
rakyat Malaysia yang menyertai IS dan pernah berperang di kawasan
konflik Syria dan Iraq sememangnya meningkatkan risiko keselamatan
kepada negara.
“Lebih menakutkan lagi, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik
peperangan yang mereka miliki, militan-militan ini berupaya melakukan
aktiviti pengganasan secara bersendirian.
“Dengan kepakaran ketenteraan dan kemahiran membuat bom yang
diperoleh di Syria, mereka juga berpotensi melancarkan serangan pada
bila-bila masa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang
besar kepada harta awam,” katanya.
Najib berkata demikian semasa membentangkan kertas putih bertajuk Ke
Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State di Dewan Rakyat semalam.
Kertas putih setebal 19 muka surat itu mengandungi sembilan bab dan
disertakan lampiran gambar-gambar yang menunjukkan kekejaman anggota IS
memenggal, menembak dan mengelar orang awam.
Turut dimuat dalam kertas putih itu ialah gambar lima rakyat Malaysia yang terbunuh ketika berperang di Syria.
Mengulas lanjut, kata Najib, kerajaan juga khuatir jika anggota IS
itu mewujudkan semula sel-sel pengganas dan membentuk jaringan dengan
kumpulan militan sedia ada di dalam negara dan serantau seperti kumpulan
Abu Sayyaf di Kepulauan Mindanao, Filipina.
“Oleh sebab kawasan operasi kumpulan Abu Sayyaf ini amat hampir
dengan pantai timur Sabah, ia akan meningkatkan risiko keselamatan di
kawasan itu. Sekarang dipercayai terdapat lima orang suspek Malaysia
yang dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina.
No comments:
Post a Comment