Friday 31 December 2010
PENDAFTARAN BARU TABIKA PERPADUAN TAMAN KELISA EMAS
LOKASI: TABIKA PERPADUAN TAMAN KELISA EMAS
TARIKH : 28 DISEMBER 2010
MASA : 9.30 pagi hingga 12.30 Tengahari
FOTO : mazlqan@yahoo.com
SELAMAT TAHUN BARU 2011
Wednesday 22 December 2010
SUMBANGAN APAKAH YANG BOLEH ANDA SALURKAN
Ekoran daripada itu, mohon kerjasama daripada semua penduduk agar mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan rumah masing-masing agar persediaan ke arah pertandingan tidaklah memerlukan kerja keras daripada satu pihak sahaja, iaitu pihak AJK KRT. Dalam usaha ini jugak penduduk bolehlah menghulurkan pelbagai sumbangan seperti bunga-bungaan yang akan di tanam sekitar taman bagi keceriaan, poster-poster, hiasan lain dan sebagainya. Sekiranya penduduk tidak mampu menghulurkan bantuan berbentuk material seperti itu, hulurlah bantuan berbentuk idea atau setidak-tidaknya memberi kerjasama dan sokongan kepada usaha ini. Semoga hasrat untuk menyertai pertandingan kebersihan dan keceriaan taman itu menjadi mudah dengan komitmen daripada penduduk.
Bantuan bolehlah diserahkan kepada AJK KRT pada bila-bila masa di lokasi seperti Pondok SRS atau Tabika Perpaduan. Sekiranya kesukaran untuk mendapat maklumat mengenai perkara ini, anda bolehlah berhubung terus kepada pengerusi KRT merangkap pengerusi Penyertaan Pertandigan, iaitu Encik Mohamad Shukri ..0148111531 pada bila-bila masa. Bantuan dan kerjasama daripada penduduk amatlah dialu-alukan.
Saturday 18 December 2010
PUJIAN BUAT PETUGAS KRT YANG TERLIBAT DENGAN GOTONG ROYONG MEMBERSIH LONGKANG TAMAN PERUMAH
Sasaran kerja gotong royong kali ini ialah membersih longkang yang tersumbat disebabkan sampah sarap, pembuangan batu bata dan tumbuhan liar yang menghalang laluan air. Tujuan selain itu ialah bagi memusnahkan sarang pembiakan nyamuk aedes. Kebelakangan ini wabak aedes semakin menjadi-jadi terutamanya musim hujan seperti musim tengkujuh ini.
Tidak ramai yang turun bergotong royong kali ini kerana dalam meyuarat lalu Jawatankuasa KRT telah memutuskan bahawa hanya AJK KRT sahaja yang turun ke lokasi gotong royong bagi fasa pertama ini. Ia sebenarnya sebagai satu promosi kepada penduduk bahawa kerja seperti ini perlu pendekatan bahawa kepimpinan perlu turun ke padang terlebih dahulu sebagai teladan. Semoga dengan cara ini akan dapat menarik penduduk yang lain dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa orang penduduk yang lain turut turun padang bersama-sama menjayakan aktivit yang dianjurkan ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak.
mazlqan@yahoo.com
Friday 17 December 2010
GOTONG ROYONG KECERIAAN
Tarikh : 17 Disember 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kawasan Perumahan
Fokus : Kebersihan Longkang dan kawasan sekitar taman perumahan.
Sasaran : Semua penduduk taman perumahan dijemput hadir.
Wednesday 15 December 2010
Tuesday 14 December 2010
TAKLIMAT PERTANDINGAN KECERIAAN TAMAN ANJURAN MAJLIS DAERAH JERANTUT
Friday 10 December 2010
BACAAN YASIN
JOM TENGOK SENDIRI PENGORBANAN PARA PETUGAS SRS
Adalah agak ketinggalan dan malang satu kawasan Rukun Tetangga (RT) yang terletak hanya 3 km daripada Pusat Bandar Jerantut tidak mempunyai kemudahan pusat kawalan SRS yang baik dan selesa. Ia tidak ubah seperti sebuah pondok menunggu durian. Apabila habis musim durian, maka habislah pondok itu. Sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya menangani kes ini agar ia bukan sesuatu yangmencacatkan pemandangan bahkan juga memberi gambaran buruk kepada agensi yang bertanggungjawab.
Persoalan ini bukan satu rekaan semata-mata tetapi ia adalah satu realiti yang sedang berlaku dan dipersembahkan. Kalau soal kebajikan seperti ini tidak diberi keutamaan, bagaimana soal imej dan pejenamaan sesuatu aktiviti SRS dapat diteruskan sampai bila-bila. Di awal penubuhan SRS ini ramai yang turun berkawal kerana mereka membayangkan suatu aktiviti yang selesa dan bermanfaat. Namun setelah hampir 6 bulan ia beroperasi, keahlian semakin berkurangan bahkan yang turun memberi khidmat kepada masyarakat seperti berkawal dan bertugas ialah muka yang sama, iaitu mereka yang iklhas bertugas tanpa mengambil kira soalan ini. Bak kata perumpamaan bilangan yang turun bertugas tidak sama bilangan jari tangan lebih banyak daripada bilangan yang bertugas. Mungkin aspek ini dan daya tarikan tidak seindah yang disangkakan serta saban hari tidak menunjukkan perubahan fizikal tempat bertugas secara positif.
Bukan satu rekaan, apabila bertugas di sebuah pondok yang hanya berbumbungkan beberapa keping atas zink, bukan sahaja kesejukan, tetapi tidak dapat menampung petugas daripada terkena embun jantan yang bisa. Apakah keutamaan yang dinilai bagi memastikan kelancaran aktiviti SRS dapat diteruskan sampai bila-bila? Dalam masa yang sama bilangan sukarelawan ini semakin tidak menentu dan kadangkala tidak ada seorang pun yang turun bertugas pada hari tersebut wahal jadual pada hari itu ialah waktu bertugas.
Jenayah tidak mengenal waktu dan kesempatan yang terbaik bagi para penjenayah ialah peluang yang disajikan. Sedangkan sibuk berkawal para penjenayah dapat membolosi kawalan, inikan pula tiada kawalan seperti yang dijadualkan. Apakah satu jaminan para petugas SRS dapat meneruskan aktiviti sedangkan kebajikan mereka tidak pernah dijengok, diambil tahu atau diberi penghargaan. Persoalan ini juga akan menjawab mengapa saban waktu bilangan petugas SRS semakin berkurangan dan kalau adapun yang bertugas ialah orang yang sama serta mereka yang ikhlas tanpa mengambil kira soal ini semua.
Masalahnya, tidak semua orang yang sanggup bertugas kerana ingin menyumbang kepada masyarakat dan bergiat sebagai kesukarelaan tanpa mengharapankan balasan. Kalau ada pun pada hari ini, mereka kebanyakan mementingkan diri sendiri sahaja. Sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab dalam hal ini berbuat sesuatu supaya apa yang dilaungkan selari dengan tindakan yang sedang berlaku. Bukan persoalan untuk menyalahkan sesiapa, namun ia sekadar memberi peringatan bahawa kerjasama daripada pihak terutamanya pihak bertanggungjawab adalah suntikan semangat yang boleh menggerakan aktiviti SRS secara lebih produktif daripada biasa.
Memang kedengaran suatu ketika dahulu bahawa pondok seperti ini akan digantikan dengan kabin yang lebih selesa dan bermutu tinggi. Namun hingga ke hari ini masih tiada bayangan dan isu tersebut bagaikan bercakap kosong tanpa ada kebenaran. Kalaulah benar kabin itu disediakan, tidaklah ada pondok usang menanti hari jatuh menyembah bumi. Keselesaan petugas adalah satu jaminan bahawa aktiviti SRS dapat diteruskan walaupun mereka yang turun bertugas itu tidaklah seramai senarai dalam jadual yang disusunkan.
Memberi perhatian, keselesaan dan sentiada turun membuat tinjauan daripada pihak bertanggungjawab melihat aktiviti SRS akan membantu petugas menjalankan tugas dengan lebiih ikhlas dan dedikasi. Ia sebenarnya memberi gambaran bahawa ia satu langkah kehadapan menangani kemelut ketidakhadiran bertugas walaupun mereka sedar tugas itu hanya kesukarelaan semata-mata.
Pihak bertanggungjawab juga menerusi pegawai di peringkat daerah boleh melantik ketua-ketua SRS dalam kelompok itu dan bergerak satu taman ke taman perumahan yang lain membuat tinjauan berjadual. Secara tidak langsung ia membantu memberi suntikan semangat bahawa aktiviti mereka mendapat perhatian daripada pihak daerah atau pihak yang menjadi penaung. Inilah punca utama kenapa aktiviti SRS semakin tidak mendapat sambutan. Sedang petugas menjalankan tanggungjawab, tiada apa-apa kunjungan atau tinjauan oleh pegawai penaung dari peringkat agensi bertanggungjawab. Tindakan ini memberi satu tamparan bahawa peringkat agensi terbabit pun tidak endah pada aktiviti ini apa lagi peringkat taman dan kumpulan kecil.
Buat sedikit perubahan kalau mahu SRS popular sebagai pemangkin keselamatan penduduk taman serta popular sebagai aktiviti yang memberi jamin keselamatan kepada semua orang. Ia juga mungkin platform terbaik membantu menghidupkan perpaduan kepada semua kaum bersesuaian dengan apa yang kerajaan ingin utarakan pada hari ini, iaitu konsep 1Malaysia.
Barangkali SRS ini tidak sesuai lagi pada masa-masa akan datang kalau tidak diberi perhatian serius. Janganlah perkara yang mulia seperti ini hilang kerana beberapa perkara yang remeh dan tidak langsung penting. Selamatkan SRS kerana ianya satu-satu aktitviti kemasyarakatan secara sukarela yang boleh membantu pihak berkuasa menangani masalah jenayah. Usah hentikan aktiviti ini selagi boleh diselamatkan.
Berbalik kepada petugas SRS taman ini, mendapati semangat mereka seakan menunggu hari-hari pembubaran dan SRS tidak lagi penting. Semua ini gara-gara semangat kesukarelaan mereka semakin berkurangan kerana masalah-masalah teknikal yang statik. Adalah lebih baik sebelum terlambat aktiviti SRS di taman ini digilap semula dengan pelbagai cara. Mungkin ini masalah yang sama berlaku di mana-mana taman. Semakin hari semakin pudar dan tidak bermaya.
Bagi mereka yang tulus dan ikhlas pula perlu sentiasa diberi pujian dan penghargaan. Ketulusan mereka sebenarnya tidak ada ukuran tetapi setidak-tidaknya perhatian yang diberi akan memberi suntikan keramat bahawa ketulusan mereka dihargai. Tegasnya, keutamaan walaupun sepatah kata lebih baik daripada membunuh semangat dengan pengabaian. Semoga ia menjadi satu titipan buat membaiki kelemahan yang sedia ada dan sebagai tanda keprihatian pihak bertanggungjawab dalam mengumpul semangat kembali, cuma mereka harapkan satu sahaja, iaitu bersama turun padang melihat masalah yang ada.
Tuesday 7 December 2010
MASA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN
Seban waktu Skim Rodaan Sukarela (SRS) diadakan bagi kepentingan orang ramai yang menghuni taman perumahan ini. Ini termasuklah penghuni yang menyewa atau yang menduduki taman perumahan secara kontak dan sebagainya. Pelbagai kaum menghuninya dengan perasaan tanpa takut kerana ia memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. SRS satu gerakan yang mulia dan patut dipuji.
Namun sejak akhir-akhir ini SRS kurang mendapat sambutan wahal jenayah tidak mengira waktu. Apa yang pasti ialah yang mengerakan SRS ditempat ini ialah orang yang sama dan bilangan yang sama. Kalau awal penubuhan mendapat sambutan kenapa pula diwaktu begini bilangannya semakin berkurangan.
Bagi mereka yang ikhlas bertugas dan menjalankan amanah, tidak kira hujan atau atau ribut, tetap bertugas mengawal keadaan. Dingin malam yang pekat dan keletihan berjaga bukanlah ukuran kalau hendak dibandingkan dengan keikhlasan. Kemana perginya orang-orang yang sihat, tidak sibuk atau mereka-mereka yang kuat untuk turut sama berjaga malam demi kesejahteraan bersama.
Alangkah malangnya kita yang sihat, kedekut tenaga lantas tidur lena dir umah bersama anak isteri sedangkan dalam masa yang sama ada orang bersengkang mata dalam malam yang dingin menjaga keselamatan kita. Tidakkah ada perasaan malu atau segan kepada mereka ini? Menakah sikap bertanggungjawab kita semua kepada keselamatan komuniti. Usahlah berkata tidak ada pun jenayah berlaku dalam rumah tangga anda lantas kita berkata tidak perlu SRS.
Bersama-samalah kita menjaga keselamatan perumahan ini dengan sama-sama turun berkawal dan membuat rodaan dalam aktiviti SRS ini. Usahlah pentingkan diri sendiri kerana ia merugikan. Sekiranya kita berkelapangan sertailah SRS. Bagi mereka yang telah mendaftar diri atau nama telah disenaraikan dalam SRS turunlah bertugas mengikut jadual. Malangnya bagi kita kalau sepanjang jadual bertugas sebulan itu sekalipun tidak turun disebabkan alasan sibuk, letih dan penat. Mungkin sesekali itu tidak mengapa, namun kalau dah kerap kali atau tidak sekali pun patuhi jadual, mungkin kita kena menilai diri sendiri. Mestikah kita mengharapkan orang lain untuk menjaga keselamatan semua sedangkan kita pun berupaya untuk bersama-sama dengan mereka yang bertugas.
Kalau kita tidak mahu menyertai orang lain dalam hal ini, kita seharusnya menilai diri. Apalah pentingnya kita tidak mahu bertugas dan turut sama menjayakan aktiviti SRS. Semoga kita semua insaf dan sedar bahawa tiada apa-apapun yang dapat atas sikap pentingkan diri sendiri. Semoga tahun baru nanti kita semua dapat membuat perubahan dalam diri sendiri.
Monday 6 December 2010
Sunday 5 December 2010
PROGRAM SANTAI KRT
Wednesday 1 December 2010
SANTAI DI KOLAM RENANG PPPTR
Sila pastikan anda membawa pakaian mandi yang sesuai. Makanan ringan sahaja yang boleh dibawa. Terdapat kemudahan tempat persalinan, ruang solat dan tempat bersantai lain lagi di sana. Kepada sesiapa yang berminat, sila maklumkan segera.
Thursday 25 November 2010
PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TABIKA PERPADUAN TAMAN KELISA EMAS BAGI TAHUN 2011
Kepada penduduk Taman Kelisa Emas dan peduduk taman-taman perumahan berdekatan Taman Kelisa Emas, tuan-tuan dan puan-puan boleh mendaftar anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun ke Tabika ini. Tarikh tutup pendaftaran ialah seminggu sebelum sesi pertama persekolah bagi tahun 2011. Kepada yang berminat sila mengambil borang pendaftaran yang disediakan di Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas pada bila-bila masa. Sila berhubung terus dengan Guru Tabika Puan Hazrinawati Harun dan Puan Sulinda Sulaiman atau terus ke pejabat Perpaduan Daerah Jerantut. Pemilihan akan dibuat dan nama-nama yang disaringkan akan dimaklumkan melalui surat sebelum hari persekolah 2011 bermula. Kerjasama daripada semua pihak yang berminat amat dialu-alukan. Pendaftaran selepas tarikh tamat tidak dapat membantu kemasukan sekiranya sasaran yang sedia ada telah memenuhi had yang sedia ada. Bagaimana pun tuan-tuan dan puan-puan digalakkan berhubung terus dengan dengan pihak Tabika bagi mendapatkan informasi terkini.
Tuesday 23 November 2010
Monday 22 November 2010
KAWALAN KESELAMATAN SRS
1. Sekiranya ingin meninggalkan rumah lebih daripada sehari, sila maklumkan kepada jiran terdekat atau maklumkan kepada KRT & SRS.
2. Pastikan keselamatan rumah disemak dengan betul seperti penggunaan strikel, pemanas air, dapur gas dan sebagainya.
3. Sekiranya ada kecurigaan bagi orang luar yang tidak dikenali, sila maklumkan kepada mana-mana rakan atau jiran yang boleh berhubung terus kepada SRS atau pihak berkuasa.
4. Pastikan anak-anak bermain di luar rumah dengan pengawasan orang dewasa.
Semoga dengan langkah ini, kita dapat mengurangkan jenayah. Paling tidak pun penjenayah berfikir beratus kali untuk melakukan jenayah di kawasan kediaman kita. Semoga semuanya berada dalam keadaan aman dan tenteram.
Wednesday 10 November 2010
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ANAK-ANAK PENDUDUK YANG BERJAYA MENCAPAI KEPUTUSAN BAIK DALAM UPSR 2010
Monday 8 November 2010
TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN
Bagi saya ia sebenar menggambarkan sikap positif para ibu bapa meraikan anak-anak. Mungkin dilain masa pengajuran seperti ini perlu beberapa langkah dan merancang lebih awal. Soal kehadiran tanpa diundang itu kami tidak kisah sangat. Apa yang membuatkan saya terharu ialah apabila melihat ramai yang datang. Mungkin perkara ini perlu dilihat dalam sudut positif bahawa soal anak-anak ibubapa tidak kisah berbelanja.
Terima kasih kepada semua ibubapa yang prihatin dan kepada mereka yang menjelaskan bayaran kemudian selepas majlis berakhir, kami sebagai pengajur berasa ini satu sikap positif yang perlu dipuji. Semoga Allah permudahkan kerja amal anda yang lain.
Mazlan Bin Che Kob
Pengerusi JPTP
Taman Kelisa Emas
Thursday 4 November 2010
Selamat Menyambut Hari Deepavali
Monday 1 November 2010
PENGHARGAAN TERIMA KASIH
Saya mengambil kesempatan ini ingin merakamkan ribuan terima kasih buat semua ibubapa dan penjaga yang terlibat dalam menjayakan hari keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas yang berlangsung pada 31 Oktober 2010, hari Ahad yang lalu. Aktiviti yang dirancang bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga 10.30 malam itu tampak satu komitmen yang luar biasa daripada semua pihak. Sikap bertukus lumus itu juga melambangkan satu pemuafakatan yang bersungguh bagi menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancangkan. Kesannya, semua aktiviti berjalan dengan baik bermula dengan sukaneka, Sambutan Hari Jadi di KFC Jerantut dan Jamuan Makan Malam di Rest House Jerantut.
Walaupun terdapat sedikit gangguan, namun ia masih dapat diteruskan dengan sempurna hasil tindakan pantas AJK JPTP yang lain termasuklah para ibubapa yang memahami. Misalnya semasa di KFC kami tidak menduga sambutan begitu menggalakan hingga kehadiran peserta yang tidak duga dan tempahan tambahan perlu dibuat secara tergesa-gesa. Bagaimanapun atas tindakan semua AJK dan beberapa orang penjaga murid perkara itu dapat diatasi dengan baik. Saya merasa ia satu komitmen yang tidak dapat ditemui dengan mudah. Mereka tidak senang melihat AJK bertukus lumus dengan hanya berpeluk diri. Namun atas kerjasama itu, mereka turut bersama seperti mengagihkan makanan dan air minuman kepada semua murid dan penjga yang lain. Ia satu aliran pemuafakatan yang perlu dilihat bahawa ibubapa begitu prihatin dan bekerjasama. Saya bersyukur atas tindakan ini kerana ia dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan pantas. Terima kasih sekali lagi kepada semua. Semoga pertolongan ikhlas anda dapat Allah bantu dan memberi kesejahteraan buat semua.
Saya mewakili AJK JPTP Taman Kelisa Emas sekali lagi memohon maaf di atas masalah teknikal semasa di meja makan di Jerantut Rest House. Ia bukan sesuatu yang dirancangkan. Ia sebenarnya satu perkara luar dugaan kerana kami di pihak pengajur tidak menduga disaat akhir terdapat penyertaan luar biasa. Sedangkan tempahan telah dibuat beberapa hari sebelum itu. Keadaan ini mencetuskan sedikit situasi kelam kabut. Bagaimanapun atas tindakan pantas dan bijak daripada semua pihak dan AJK, saya rasa ia telah menyelamatkan keadaan. Kepada ibubapa dan keluarga mereka yang lambat menerima makanan, saya sekali lagi memohon maaf atas masalah teknikal tersebut. Namun saya kira usahlah bermasam muka dan merasa ketidakadilan daripada beberapa masalah itu. Sekiranya ia tidak dapat dibendung lagi, saya mewakili AJK JPTP segera memohon maaf dan menjadikan ia sebagai sempadan yang tidak akan diulangi lagi buat masa-masa akan datang. Semoga ia menjadi teladan berguna. Insya-Allah dimasa-masa akan datang kami akan lebih berhati-hati menguruskan pengajuran seperti ini.
Sekiranya persoalan itu yang menjadi ukuran dan kesudahan dan penamatnya hanya satu kata-kata cemuhan, saya kita ia seoalah-olah memberi satu hukuman yang tidak boleh dimaafkan lagi. Bagaimanapun, sekiranya diberi peluang untuk meneruskan perkara ini, kami AJK JPTP tahun 2010 akan berusaha menangani perkara itu dan memberi perhatian serious supaya dapat diperbaiki dengan sempurna. Apapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang baik dalam menjayakan Sambutan Hari Keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas tahun 2010. Semoga jasa-jasa baik anda semua dirahmati oleh Allah.
Kepada yang tidak menyertai diharapkan dimasa-masa akan datang dapat melapangkan masa untuk bersama menjayakan aktiviti yang dirancangkan. Semoga tahun-tahun akan datang mendapat penyertaan seratus peratus daripada anda semua. Usahlah mudah mengalah sebagaimana kami tidak melatah dengan setiap apa yang kami depani. Justeru, semoga ia menjadi platform untuk kejayaan seterusnya.
Sekian, terima kasih
MAZLAN BIN CHE KOB
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan
Taman Kelisa Emas, Jerantut
Sunday 31 October 2010
JEJAK ANDA
PAPARAN SEMASA
MENGENAI KAMI
- Taman Kelisa Emas Jerantut
- 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
- JALAN JERANTUT FERI