Monday, 1 November 2010

PENGHARGAAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum Wr Wb dan salam 1Malaysia,

Saya mengambil kesempatan ini ingin merakamkan ribuan terima kasih buat semua ibubapa dan penjaga yang terlibat dalam menjayakan hari keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas yang berlangsung pada 31 Oktober 2010, hari Ahad yang lalu. Aktiviti yang dirancang bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga 10.30 malam itu tampak satu komitmen yang luar biasa daripada semua pihak. Sikap bertukus lumus itu juga melambangkan satu pemuafakatan yang bersungguh bagi menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancangkan. Kesannya, semua aktiviti berjalan dengan baik bermula dengan sukaneka, Sambutan Hari Jadi di KFC Jerantut dan Jamuan Makan Malam di Rest House Jerantut.

Walaupun terdapat sedikit gangguan, namun ia masih dapat diteruskan dengan sempurna hasil tindakan pantas AJK JPTP yang lain termasuklah para ibubapa yang memahami. Misalnya semasa di KFC kami tidak menduga sambutan begitu menggalakan hingga kehadiran peserta yang tidak duga dan tempahan tambahan perlu dibuat secara tergesa-gesa. Bagaimanapun atas tindakan semua AJK dan beberapa orang penjaga murid perkara itu dapat diatasi dengan baik. Saya merasa ia satu komitmen yang tidak dapat ditemui dengan mudah. Mereka tidak senang melihat AJK bertukus lumus dengan hanya berpeluk diri. Namun atas kerjasama itu, mereka turut bersama seperti mengagihkan makanan dan air minuman kepada semua murid dan penjga yang lain. Ia satu aliran pemuafakatan yang perlu dilihat bahawa ibubapa begitu prihatin dan bekerjasama. Saya bersyukur atas tindakan ini kerana ia dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan pantas. Terima kasih sekali lagi kepada semua. Semoga pertolongan ikhlas anda dapat Allah bantu dan memberi kesejahteraan buat semua.

Saya mewakili AJK JPTP Taman Kelisa Emas sekali lagi memohon maaf di atas masalah teknikal semasa di meja makan di Jerantut Rest House. Ia bukan sesuatu yang dirancangkan. Ia sebenarnya satu perkara luar dugaan kerana kami di pihak pengajur tidak menduga disaat akhir terdapat penyertaan luar biasa. Sedangkan tempahan telah dibuat beberapa hari sebelum itu. Keadaan ini mencetuskan sedikit situasi kelam kabut. Bagaimanapun atas tindakan pantas dan bijak daripada semua pihak dan AJK, saya rasa ia telah menyelamatkan keadaan. Kepada ibubapa dan keluarga mereka yang lambat menerima makanan, saya sekali lagi memohon maaf atas masalah teknikal tersebut. Namun saya kira usahlah bermasam muka dan merasa ketidakadilan daripada beberapa masalah itu. Sekiranya ia tidak dapat dibendung lagi, saya mewakili AJK JPTP segera memohon maaf dan menjadikan ia sebagai sempadan yang tidak akan diulangi lagi buat masa-masa akan datang. Semoga ia menjadi teladan berguna. Insya-Allah dimasa-masa akan datang kami akan lebih berhati-hati menguruskan pengajuran seperti ini.

Sekiranya persoalan itu yang menjadi ukuran dan kesudahan dan penamatnya hanya satu kata-kata cemuhan, saya kita ia seoalah-olah memberi satu hukuman yang tidak boleh dimaafkan lagi. Bagaimanapun, sekiranya diberi peluang untuk meneruskan perkara ini, kami AJK JPTP tahun 2010 akan berusaha menangani perkara itu dan memberi perhatian serious supaya dapat diperbaiki dengan sempurna. Apapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang baik dalam menjayakan Sambutan Hari Keluarga Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas tahun 2010. Semoga jasa-jasa baik anda semua dirahmati oleh Allah.

Kepada yang tidak menyertai diharapkan dimasa-masa akan datang dapat melapangkan masa untuk bersama menjayakan aktiviti yang dirancangkan. Semoga tahun-tahun akan datang mendapat penyertaan seratus peratus daripada anda semua. Usahlah mudah mengalah sebagaimana kami tidak melatah dengan setiap apa yang kami depani. Justeru, semoga ia menjadi platform untuk kejayaan seterusnya.

Sekian, terima kasih

MAZLAN BIN CHE KOB
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan
Taman Kelisa Emas, Jerantut

No comments:

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.