Friday 27 November 2009

JADUAL ALAM FLORA DAN MASALAH SAMPAH

Telah beberapa kali pihak pengurusan Alam Flora tidak mengutip sampah dalam kawasan Taman Kelisa Emas dan taman-taman sekitarnya. Mengikut jadual angkut sampah yang telah dikeluarkan oleh Alam Flora Jerantut ialah setiap Hari Selasa, Khamis dan Sabtu setiap minggu. Walaupun hari Isnin tiada kutipan sampah, ia sudah memadai dengan jadual untuk untuk membersihkan kawasan yang dimaksudkan. Kami penduduk sebenarnya menghargai kesungguhan pihak Alam Flora Jerantut untuk kerja-kerja ini. Tanpa perkhidmatan ini, senario Taman Kelisa Emas dan taman-taman perumahan yang lain akan menjadi kotor, busuk dan tidak selesa.

Bagaimanapun kepada penduduk diharapkan dapat menyediakan tong sampah yang baik agar kalau pihak Alam Flora lambat mengutip sampah tidak diselerak oleh anjing dan kucing. Ini menyebabkan kawasan menjadi kotor dan tidak terurus. Lagipun ia memudahkan kerja-kerja membersih yang akan dijalankan oleh pihak Alam Flora.


Kepada Alam Flora pula, apa salahnya mengutip sampah yang telah dikemaskan oleh penduduk tepat pada masa dan mengikut jadual. Kami mendapati beberapa kali sampah tidak dikutip mengikut jaduah menyembabkan sampah telah diusik oleh anjing dan kucing. Hal ini menyebabkan lalat dan lipas mula membiak. Kam tidak melahirkan rasa tidak puas hati tetapi menyeru agar pihak Alam Flora Jerantut mengambil perhatian mengenai perkara ini. Bagi kami masalah kenderaan memungut rosak itu bukan masalah yang kami nak tahu. Adalah mustahil sebuah syarikat besar seperti ini ada satu dua kenderaan sahaja untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi kawasan yang besar macam daerah Jerantut ini. Kami percaya akan kemampuan Alam Flora untuk menguruskan semua ini. Tetapi janganlah kerana alasan remeh ini menyebabkan pelanggan anda merasa bosan dan membuat andaian nagetif.


Kami berharap sabagai satu cadangan sikiranya tidak dapat memungut sampah pada jadual yang telah ditetapkan diharap mengantikan di hari lain supaya tidak berlaku salah faham. Kami berpendapat ia boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Semoga kerjasama daripada pihak pengurusan Alam Flora akan dapat memastikan kami sebagai pembayar cukai menerima ganjaran sewajarnya.

" Rakyat didahulukan, pencapaian diutama"

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.