Walaupun tahun 2014 masih berbaki beberapa minggu lagi, namum tahun baharu 2015 akan menjelang jua. Semoga agenda tahun 2014 telah dilaksanakan setidak-tidaknya 70 hingga 90 peratus. Kita sedar bahawa banyak kekangan yang perlu kita hadapi saban tahun untuk menjayakan agenda secara keseluruhan. Namun begitu lebih baik 70 hingga 90 peratus dilaksanakan daripada tiada apa-apa yang disumbangkan. Sesungguhnya bukan mudah untuk melaksanakan 100% berdasarkan kesibukan itu dan ini. Lainlah jika kita memberi fokus kepad perancangan tanpa memperdulikan apa yang perlu kita buat. Masyarakat kadangkala tidak faham apa yang berlaku. Ini semua bukan kehendak kita. Perancangan kita kadangkala memang terbaik tetapi apabila tiba masa pelaksanaan, lain pula jadinya. Sepintas lalu, tahun 2014 perlu ditinggalkan walaupun terdapat kegagalan. Tahun 2015 harus dirancang dengan penuh teliti dengan mengambil kira kegagalan 2014. Belajar melalui kesilapan adalah cara terbaik untuk membetulkan kelemahan sedia ada. Bukanlah kita gagal, ia mewakili keseluruhan tetapi ia juga memberi suatu pandangan lain yang perlu diambil kira agar kejayaan masa akan datang tidak dibayangi masa kini. Tegasnya, 2015 perlu perancagan yang lebih teliti, mampan dan berdaya saing. Selamat tahun baharu buat semua.
Thursday, 11 December 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JEJAK ANDA
PAPARAN SEMASA
MENGENAI KAMI
- Taman Kelisa Emas Jerantut
- 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
- JALAN JERANTUT FERI
TAMAN KELISA EMAS
Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut
Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.
No comments:
Post a Comment