Hari hujan turun berpanjangan kadang-kadang menjadi lebat. Hujan yang turun ini boleh menyebabkan jalan basah dan berbahaya kepada lalu lintas sama ada yang memandu kenderaan berat, motosikal dan kenderaan lain. Ia agak menyukarkan pengguna. Lebih berbahaya lagi kalau ada banjir kilat. Ia menyebabkan perhubungan lalu lintas akan terputus. Melalui taman Kelisa Emas tidak ada jalan pintas untuk keluar melainkan melalui Taman Perdana dan lencongan di persimpangan lampu isyarat masjid Tengku Mahkota, Jerantut.
Apa yang lebih malang lagi, lampu isyarat disitu sering rosak terutamanya apabila hujan lebat melanda. Nasiblah penduduk taman ini. Nak tak nak terpaksa melalui laluan yang agak berbahaya dan mengundang kemalangan. Awaslah kalau keadaan ini berlaku.
Masalah ini telah di ajukan kepada pihak berkaitan. Namun tampaknya masing-masing menuding jari sesama sendiri. Apalah salahnya masing-masing berikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini? Bukannya nak salahkan orang itu dan ini. Nasiblah apa nak jadi.
Rasailah sendiri bagaimana kalau lampu isyarat tu rosak. Suasana akan menjadi kelam kabut kerana lampu isyarat ini sangat penting kepada semua lalu lintas terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah berhampiran, pekerja-pekerja yang nak ke tempat kerja dan seumpama. Mungkin bagi pihak bertanggungjawab masalah ini kecil kerana mereka tak terlibat dalam laluan ini. Nasiblah pengguna jalan ini.
Terpanggil dengan masalah serupa ini kita sebagai pengguna hanya berbicara dalam hati mengatakan bahawa, redhalah. Lagi lebih teruk apabila cakap, entah tak tahu bila mereka nak ubah atau nak selenggara lampu isyarat ini. Kita sebagai pembayar cukai yang tidak pernah engkar pun tak dapat manfaat daripada ini. Kalau lancang sangat mengkritik kena gam pula. Alaihai, nasiblah.

No comments:
Post a Comment