31 Oktober 2012 - KEJADIAN pecah rumah yang menimpa
beberapa buah rumah serentak beberapa hari lalu kepada jiran kita, sangat
dikesali. Simpati kepada mereka terlibat dinyatakan dengan perasaan sedih dan
kecewa. Ini adalah kerana kejadian tersebut melibatkan bukan sahaja jiran malahan
sahabat yang sentiasa memberi pertolongan sekiranya dipinta.
Kita
menyangkakan bahawa kejadian-kejadian sebelum ini, iaitu melibatkan jiran-jiran
yang lain adalah dapat disengkal dengan mempertingkatkan kawalan keselamatan di
waktu-waktu malam dan siang. Namun kejadian tersebut masih juga berlaku
seolah-olah satu misteri yang dilakukan oleh perancang yang memang menanti
ruang dan peluang. Ia menjadi tanda tanya kepada semua penduduk taman perumahan
ini bahawa kenapa perbuatan tersebut masih berlaku wahal tahap keselamatan
telah diambil.Ia seolah-olah menuntut kepada satu komitmen yang lebih tinggi
kepada semua penduduk atau seolah-olah mencabar kesepaduan penduduk. Kejadian
tersebut juga telah menghantui setiap penghuni.
Namun benarlah ungkapan “ sepandai-pandai
tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Sikap tidak bertanggungjawab
kepada masyarakat dan tergamak melakukan perbuatan kianat ini, tidak harus
dimaafkan begitu sahaja. Ini adalah kerana perbuatan pecah rumah seperti ini
adalah satu pengkianatan yang nyata. Ia bukan sahaja melibatkan kehilangan
harta benda si pemangsa, malah meletakkan mangsa dalam keadaan trauma,
ketakutan dan akan sentiasa menghantui fikiran mereka sampai bila-bila.
Wajarkah perbuatan terkutuk ini dibiarkan sedangkan si pemangsa menjadi takut
walaupun dengan bayang-bayang sendiri? Letakkan situasi yang berlaku kepada
jiran-jiran kita yang menjadi mangsa itu adalah kita? Sudah tentu anda ada
jawapan itu.
Bagi
kami kejadian ini sangat memalukan dan tidak bertanggungjawab sama sekali.
Sekiranya suspek berada dalam kewarasan yang berbekalkan keimanan yang tinggi,
beliau tidak akan melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Sekiranya suspek
adalah seorang yang beriman dan bertakwa, setidak-tidaknya beliau berasa takut
pada tuhan yang sentiasa memerhati segala perbuatannya. Ingatlah bahawa setiap
perbuatan kita akan dihukumi oleh tuhan yang tidak sekalipun melepaskan
seseorang hampaNya yang bersalah tanpa menghukuminya. Pembalasan tuhan lebih
adil. Sekiranya kita tidak berasa takut padaNya, maka tunggulah akan balaNya
yang akan melanda kita pada bila-bila masa. Percayalah, janji tuhan itu adalah
benar dan siksaanNya amat pedih.
Sebagai
seorang warga negara yang beriman, sepatutnya kita melindungi jiran-jiran,
bukannya mengambil kesempatan sehingga menyebabkan jiran-jiran tersebut menjadi
trauma. Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan diharapkan suatu hari
nanti ia mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya. Kalau pun
terlepas daripada hukuman di dunia, akhirat nanti mendapat hukuman yang
sewajarnya.
Sebagai penghuni taman perumahan ini,
kita semua harus ada perasaan bertanggungjawab kepada setiap jiran. Bukanlah
kerana ada kesempatan, kita melakukan perbuatan jenayah dan menyoroknya dengan
sikap kejiranan yang “ ada udang disebalik batu”. Sikap tidak bertanggungjawab
ini perlu diperbaiki atau dengan lebih tepat sekali “bertaubatlah”.
Bagi
mengatasi perkara ini daripada terus terjadi, beberapa langkah yang tegas akan
dibuat oleh KRT dan SRS seperti,
1.
Memperkemaskan semula tahap
keselamatan dengan mengadakan rodaan berjadual yang lebih kerap bersama
penduduk yang lain termasuklah pasukan keselamatan seperti polis, RELA dan
sebagainya.
2.
Mengadakan ceramah keselamatan dan
kesedaran keselamatan
3.
Memastikan stekel kenderaan dipasang
bagi kenderaan penghuni taman perumahan termasuklah penyewa atau sesiapa sahaja
yang tinggal lebih lama di sini.
4.
Mengemaskini data penghuni dan mohon
kerjasama daripada semua penduduk memberi kerjasama kepada data atau maklumat
yang diperlukan.
5.
Memasang CCTV di beberapa lokasi
strategik.
6.
Mengadakan MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT sebagai satu cara
memohon pertolongan daripada Allah agar membantu dan memberkati kehidupan taman
perumahan ini.
Memang
benar kejadian tersebut tidak berlaku kepada kita. Ia berlaku kepada jiran-jiran
kita yang telah menyebabkan mereka menjadi trauma, ketakutan malah mengambil
masa yang panjang untuk dilupakan. Kami juga percaya anda boleh menjaga
sendiri, harta benda, keselamatan keluarga dan rumah anda dengan memasang CCTV
atau penggera keselamatan. Namun kami tetap yakin dan percaya bahawa anda tidak
boleh mengatasi kuasa perpaduan, bersepakat, keprihatinan sesama kita dan
sebagainya. Justeru, marilah kita sama-sama bersatu hati dengan turut sama
mengadakan rodaan keselamatan, prihatin kepada jiran dan mementingkan
keselamatan bersama. Bersatu kita teguh, mementingkan diri sendiri, kelak kita
yang menerima musibah dan kecelakaan.
Diharapkan
dengan langkah-langkah yang diambil, ia dapat mengatasi masalah yang melanda
penduduk dan ia juga dapat mengeratkan silaturahim. Kepada penduduk yang bukan
beragama Islam, lakukan upacara tersendiri
agar perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku pada penduduk
taman perumahan ini. Secara tegasnya dengan nada bersepakat bahawa KITA
SEMUA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PERBUATAN KIANAT, KEMUNGKARAN DAN PERBUATAN
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA JIRAN-JIRAN ATAU SAHABAT-SAHABAT KITA”.
Akhir
kata, marilah kita semua bersatu hati dalam menangani perbuatan terkutuk ini
daripada terus melanda kepada sesiapa sahaja. Jiran kita harus dilindungi. Kita
tidak redha melihat jenayah berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada
jiran-jiran kita.
No comments:
Post a Comment