Dewasa ini penyebaran maklumat yang tidak sahih semakin menjadi-jadi bahkan menjadi trend kepada pengguna media sosial. Ia jika ditelitikan membawa banyak keburukan malah mewujudkan suasana panik atau tidak tenteram daripada kalangan rakyat. Antara kesan yang dapat dirasai ialah
1. Mewujudkan suasana panik, huru hara dan keburukan kepada semua terutamanya kepada keselamatan negara. Jika trend ini tidak disekat, ia boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi dan suasana panik dikalangan rakyat.
2. Andaikata maklumat yang disebar itu sudah tidak dipercayai, sedangkan hal yang sebenar berlaku. Apakah kesan kepada penyebaran dan kebolehpercayaan. Lebih-lebij lagi ia melibatkan keselamatan negara, keselamatan pengguna atau sebagainya.
3. Orang yang menyebarkan maklumat palsu mungkin berasa seronok, tetapi jika ia sudar tersebar dan menjadi datu rangkaian yang panjang, adakah ia mudah dipadam?
4. Melibatkan ancaman kepada negara. Misalnya pihak-pihak yang berkepentingan akan mengambil kesempatan ini lalu menyebarkan sesuatu yang panik. Isu-isu yang sukar dipercayai menjadi kepercayaan kepada golongan tertentu. Kita risau budaya Isreal akan mudah disebarkan dan menjadi jarum yang sangat susah dicabut jika ia melekat.
5. Orang ramai yang tidak mempunyai akses capaian kesahihan, sudah pasti mempercayai semua yang disebarkan, sedangkan ia tidak benar.
6. Boleh meruntuhkan keamanan terutamannya dalam masyarat berbilang kaum seperti Malaysia. Peristiwa perbalahan kaum sudah pasti berulang lagi.
FIKIRLAH, NEGARA INI NEGARA SIAPA? Kita sepatutnya sayangkan negera ini lebih dari apa yang kita terima dari maklumat PALSU. Janganlah sejarah-sejarah lalu berulang lagi sedangkan dunia sekeliling mempunyai masalah sendiri dan tidak ada masa untuk memberi pertolongan. Jika ada pun yang mempunyai kepentingan dan menyebuk aje.. Nah, sayangilah negara ini dan bertanggungjawablah kepada maklumat yang tidak sahih. Jangan jadi salah seorang daripada penyebarnya.
No comments:
Post a Comment