Kerajaan telah memberi jaminan dan telah membuktikan bahawa minyak pada hari ini telah diturunkan. Rabu lepas, kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit RON95 dan RON97
diturunkan sebanyak 35 sen seliter, masing-masing kepada RM1.91 seliter
dan RM2.11 seliter, berkuat kuasa 1 Jan 2015.
Naib Presiden Gerakan, Datuk A Kohilan Pillay dalam satu kenyataan hari
ini berkata sudah tiba masanya untuk semua peniaga dan ahli perniagaan
memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan menurunkan harga barangan
seiring dengan penurunan harga bahan api.
"Apabila harga minyak naik, kebanyakan perniagaan cepat untuk menaikkan harga tetapi apabila harga bahan api diturunkan, harga barangan tidak dikurangkan dengan sewajarnya.
"Apabila harga minyak naik, kebanyakan perniagaan cepat untuk menaikkan harga tetapi apabila harga bahan api diturunkan, harga barangan tidak dikurangkan dengan sewajarnya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/harga-petrol-turun-peniaga-digesa-turunkan-harga-1.346946
Alasan boleh dicipta walaupun nampak mulia, tetapi kebenaran akan tetap nampak walaupun diputar belitkan. Semoga dengan penurunan bahan api ini, peniaga dapat menurunkan harga barangan. Jika betul-betul jujur dan berdiri teguh bersama kerajaan untuk membantu rakyak, buktikan kejujuran itu melalui penurunan harga barang terutamanya barangan keperluan harian.Tiada lagi alasan untuk menaikan harga barang selepas ini sedangkan alasan sebelum ini sangat menyusahkan pengguna. Usah lagi mencipta alasan melainkan turut bersama kerajaan membantu rakyat menjalini kehidupan selesa dengan menurunkan harga barang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment