Walaupun penghujung tahun 2014 negeri-negeri Pantai Timur terutama di Kelantan yang teruk terjejas banjir, ia akan dilabuhkan dengan suka dan duka. Sesungguhnya 2014 meninggalkan memori yang sukar dipadamkan. Ia memerlukan masa untuk melupakan semua yang berlaku. Malah ia juga menjadi sejarah yang sangat sukar dibuang jauh. Apapun yang penting ialah keselamatan diri lebih penting. Jika sihat sihat tubuh badan, kemusnahan harta benda dapat diganti walaupun mengambil masa yang agak lama. Namun begitu kita semua dituntut untuk terus berazam agar tahun mendatang, terutamanya 2015 lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari apa yang kita rancangan untuk tahun 2015. Selamat maju jaya dan selamat tahun baharu 2015.
Laluan LPT susur keluar dari kedua arah Kuantan-KL ke Temerloh. Jika tahun sudah-sudah banjir seperti di atas tidak pernah berlaku sungguhpun ia terletak kira-kira 5km dari sungai Pahang.
Laluan sebegini amat sukar diredahi oleh kenderaan ringan. Ia menjadi sukar dan berbahaya lebih lagi semasa mengharungi air, kenderaan mati tiba-tiba. Gambar Laluan bandar susur keluar ke SK Wan Ibrahim Kuala Lipis, atau laluan kem tentera di Lipis.
Ini juga dilaluan Kuala Lipis-Gua Musang.
Laluan di Km60 simpang Jengka 8 menghala ke Bandar Pusat Jengka tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Tiada lagi ruang jika air sebegini dalam.
SK Kuala Krau yang tidak pernah di landa banjir tetapi ampuh hingga arah 2.
Begitu juga dengan kawasan SK Paya Pulau, Temerloh di laluan Temerloh-Maran, berhampiran Hospital Temerloh.
Exit Temerloh pada 27 Disember 2014.
Laluan Exit LPT Temerloh ini mulai ditutup kepada semua kenderaan menjelang 2 petang pada hari yang sama. Ia berbahaya kepada semua kenderaan.
Keadaan bertambah sesak apabila paras air sungai Pahang Exit LPT Temerloh meningkat..
Semakin tidak terkawal dan menyukarkan dan akhirnya ia ditutup hingga hari ini, 28 Disember 2014.
Foto kerosakan disebabkan bencana banjir tahun 2014 di Kuala Krai, Kelantan.
Seperti Tsunami daratan.
Biarlah kehilangan harta benda seperti ini asalkan jangan kehilangan nyawa yang tidak dapat ditukar ganti.
Sedih dan pilu rumah yang ditinggalkan dalam keadaan baik, tetapi bila surut banjir, entah kemana perginya harta benda yang tersimpan.
Tiada siapa mahu semua ini berlaku. Semoga ditabahi semua.
Lurah Semantan, Bandar Baharu Temerloh yang disifatkan tempat paling tinggi di bandar Temerloh. Belakang bangunan Maybank ini terletak Terminal Bas Utama, Teksi dan Pasaraya The Store.
Laluan ini boleh dikatakan selamat sembelum ini dan dibina lebih tinggi daripada permukaan jalan Temerloh-Mentakab, bertentangan SMK Abu Bakar, Temerloh. Namun segalanya seperti tiada apa yang boleh menghalang semua ini berlaku.
Kita semua sedia maklum bahawa bencana alam seperti banjir tahun 2014 ini tidak seorang pun yang minta untuk berlaku. Dalam setiap doa kudus kita, semua ini mohon dijauhi seadanya. Namun ketentuan Ilahi tidak ada siapa yang mampu menoloknya. Pengajaran dari bencana ini hendaklah kita kupas dari sudut apa yang telah kita lakukan selama ini. Semoga Allah mendengar dan memaafkan kita dari kesilapan yang telah kita lakukan sama ada sengaja mahupun tidak. Selamat tahun baharu diucapkan sekali lagi dan biarlah sejarah 2014 disimpan utuh dalam sanubari. Semoga matlamat tahun 2015 menjadi mudah apabila tahun 2014 dijadikan sempadan, pengukuran dan telada yang bermanfaat.
[ Semua foto di atas adalah sumbangan sahabat Admin at mazlqan@yahoo.com ]

No comments:
Post a Comment