Friday, 26 December 2014

Sejarah BANJIR yang baharu 2014

Tulisan: mazlqan@yahoo.com
BANDAR JERANTUT, 26 DISEMBER 2014 -Semestinnya catatan banjir kali ini amat luar biasa. Sana-sini di sekitar kawasan Jerantut dilanda banjir. Tempat yang tidak diduga banjir, kini ditenggelami air malah lebih dalam dari yang disangkakan.  Misalnya taman perumah Seri Idaman yang terletak di laluan Jerantut-Kuala Lipis, telah dinaiki air dan beberapa buah rumah ditenggelami air. Ia sangat tidak diduga oleh sesiapa pun. Ini adalah kerana limpahan air Sungai Pahang yang terletak tidak sampai 1km dari kawasan perumahan itu, memasuki kawasan ini secara mendadak. Bagaimanapun sebelum ini, semua kawasan tidak diduga akan mengalami masalah ini. Ia sebenarnya memberi sedikit impak kerana dalam lipatan sejarah banjir di daerah ini, tidak pernah berlaku banjir sehebat ini. Sungguhpun begitu, semua pihak yang tidak kira dimana berada, mohonlah berhati-hati dan membuat persiapan seadanya.

Admin sangat bersimpati dengan nasib sahabat-sahabat di KRT Paya Teh, kerana ia melibatkan ratusan orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Bagi kami, perkara ini bukan gurau senda dan simpati kami kepada yang terlibat sangatlah tinggi. Kami berharap semua yang terjejas banjir, bersabar dengar ujian Allah ini dan berharap juga musabah ini tidak berlarutan dan berakhir dengan lekas. Sesungguhnya, kita hamba yang lemah tidak mampu menghadapi semua dugaan ini melainkan Allah beri keampunan dan pulih seperti biasa.

Memang benar, kita yang tidak terlibat banjir akan berkata bukan-bukan. Tetapi dalam realitinya, mangsa banjir tidak sabar agar bencana ini cepat berlalu dan kembali memulakan kehidupan seperti biasa. Apabila banjir ini berlalu, kita akan mendengar dan melihat kesedihan kerana harta benda yang rosak, peralatan rumah yang musnah, kawasan pertanian mereka ranap, ternakan entah dimana, sanak saudara yang kehilangan nyawa, kereta yang menjadi nadi untuk bergerak sana-sini rosak dan tidak boleh dibaiki, dan sebagainya. Semua ini berlaku malah pastinya ada air mata yang mengalir tanpa disedari. Sungguh sedih dan pilu jika dikenangkan. Namun jauh dari sudut hati kami di KRT Kelisa Emas, Jerantut, ini berasa sangat terharu dan mendoakan agar semua ini berjaya diatasi dengan sempurna. Trauma pasti akan berlaku dan mengambil masa yang bukan sekejap, malah tercatat di minda hingga akhir hayat.

Bencana ini akan membawa suatu kesan abadi kepada semua orang lebih-lebih lagi mereka yang terjejas banjir. Sememangnya kehilangan harta benda malah nyawa akan membawa kesayuan yang tidak dapat dibendung. Bagaimanapun kami berharap semua ini adalah telada kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa setiap bencana yang menimpa menuntut kepada kita semua agar bersatu padu dan tolong menolong. Semoga sikap ini memberi gambaran kepada dunia bahawa kita boleh menangani trauma ini dengan baik dan kerosakan harta benda itu adalah pengajaran yang terbaik untuk bangkit dari sikap pentingkan diri sendiri kepada penyatuan tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kawasan terjejas banjir kali ini melibatkan semua negeri Pantai Timur, Perak, Johor malah Sabah dan Sarawak melibatkan ratusan ribu penduduk. Semua ini dapat diatasi dengan baik dan kerajaan telah menggerakan jentera banjir dengan bersungguh-sungguh hingga ada yang tidak tidur dan  bekerja 24 jam bagi membantu mangsa banjir. Difahamkan beberapa pemimpin utama seperti Timbilan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, telah turun sendiri meninjau kawasan banjir. Di Jerantut pula, YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang telah turut sama membuat tinjauan dan memberi kata-kata semangat kepada mangsa terjejas banjir di Kuala Tahan. Kawasan ini terputus hubungan malah terkepung tanpa sebarang komunikasi. Ia hanya boleh dihubungi oleh bot dan helikopter bagi menghantar bantuan dan menyelamat mangsa.

  YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang menggunakan kemudahan helikopter untuk membuat tinjauan dan melawat mangsa terjejas banjir di Kuala Tahan.
[Pandangan udara Kuala Tahan, Taman Negera Pahang yang hampir tenggelam dan lumpuh sepenuhnya sejak 20 Disember  2014. Keadaan ini sukar dilupakan sampai bila-bila.]
[ Foto oleh PDRM -- Laluan Bandar Pusat-Jerantut di KM64, Simpang Jengka 8]


Pada mulanya suasana di semua tempat di Jerantut agak panik, ia boleh menimbulkan suasana tidak tentu dan kucau kacir. Pagi tadi dalam jam 11.30 pagi, suasana telah menjadi tidak menentu. Ramai kenderaan telah mengisi minyak dan berbaris panjang. Bekalan makan di kedai-kedai runcit dan pasaraya utama di Jerantut kebanyaknya telah kehabisan bekalan. Bekalan seperti lilin, tong air bersih, bekas-bekas besar untuk menadah air habis di semua kedai. Suasana ini jika tidak dikawal oleh pihak berkuasa, ia boleh menimbulkan suasana panik sehingga ia memberi impak negatif. Bagaimana pun, situasi ini berjaya ditangani oleh pihak berkuasa dengan baik dan tahniah diucapkan. Semuanya berada dalam keadaan terkawal dan aman. Terima kasih diucapkan kepada PDRM dan lain-lain kerana bertukus-lumus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Tanpa pasukan keselamatan ini, sudah tentu negara tidak seaman ini. Mudahan ini semua ini tidak menjadi mimpi ngeri kepada semua generasi masa kini. Mangsa yang terjejas banjir pun telah berjaya dipindahkan ketempat selamat dan menerima bantuan sewajarnya.

Kepada mangsa-mangsa terjejas banjir, usahlah gusar dan menyalahkan sesiapapun kerana pihak berkuasa telah memberi perkhidmatan yang terbaik. Marilah sama-sama bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita semua dan selamat dipindahkan. Hilang harta benda tidak mengapa kerana ia boleh dibina dan dicari semula walaupun mengambil masa. Namun kehilangan nyawa adalah sesuatu yang tidak akan dapat diganti walaupun dengan berjuta wang ringgit. Justeru, sama-samalah kita bersyukur dan berterima kasih pada semua pihak terutamanya kerajaan. Lambat atau cepat itu perkara biasa kerana banjir kali ini tidak ada siapa pun menduga sintuasi menjadi tidak menentu. Kecanggihan peralatan kita tidak dapat mengawal ketentuan Allah melainkan menuntut kita agar bersabar, bersatu padu dan saling bantu membantu.

Dalam perkhabaran terbaharu hari ini, 27 Disember 2014, Perdana Menteri Dato Sri Najib, telah turun padang melawat mangsa banjir. Semoga dengan kehadiran beliau memberi suntikan moral kepada seluruh rakyat bahawa kerajaan tidak meminggirkan sesiapapun dan pemimpin nombor 1 negara lantas turun padang. Kesibukan beliau menguruskan negara, masih mempunyai masa untuk bersama rakyat. Sungguhpun Kelantan adalah negeri pembangkang, tetapi itu bukan soal yang hendak diambil kira. Beliau sebagai pemimpin untuk semua rakyat, telah menjalankan tanggungjawab yang sangat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di Kelantan, Pahang, Terengganu mahupun mana-mana negeri. Demi sebuah gagasan untuk rakyat Malaysia, kehadiran beliau di Kelantan dan negeri-negeri terjejas banjir adalah suatu bukti bahawa kerajaan begitu bersungguh membela rakyat. Sesungguhnya negara ini milik kita, tanah tumpah darah kita.
Hari ini, 28 Disember 2014 pula, Perdana Menteri meluangkan masa ke Jerantut melawat mangsa terjejas banjir di perumahan sekitar Paya Teh dan Sri Idaman, Logi Air Batu Embun dan terus ke pusat pemindahan banjri di ADTEC kg Temin. Semoga dengan lawatan ini menjadi suntikan moral atas kesusahan ini. KRT Kelisa Emas merakamkan ribuan terima kasih di atas sikap prihatin Perdana Menteri ini dan MENYOKONG PENUH usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri.


No comments:

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.