Tuesday 29 June 2010

Kemeriahan Pertandingan Melukis Anjuran KRT Kelisa Emas

Seawal jam 9 pagi 27 Jun 2010 anak-anak yang berumur 4 hingga 17 tahun datang mendaftar sebagai peserta pertandingan melukis dan mewarna. Sambutan memang menggalakan. Terdapat seramai hampir 60 orang peserta yang mengikuti pertandingan ini.
Kanak-kanak yang hadir begitu teruja hinggakan ada yang tidak cukup kerta lukisan sanggup tunggu walaupun hampir 30 minit lewat. Semangat seperti inilah yang diharapkan daripada semua penduduk. Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa atau penjaga yang membenarkan anak-anak menyertai pertandingan ini.
Penyertaan terbanyak ialah daripada murid-murid TABIKA Perpaduan Taman Kelisa Emas yang dibantu oleh guru-guru Tabika.


Keseronakan anak-anak menyertai acara ini ialah apabila mereka tampak tekun sekali mewarna dan melukis walaupun di bawah khemah yang serba kekurangan. Kata orang semangat dan keseronokan dapat melupai sekitaran yang letih dan penat. Syabas diucapkan kepada semua.
Penyertaan yang menggalakan daripada penduduk taman ini juga amat menggalakkan. Keputusan pertandingan juga menggambarkan keharmonian dan perpaduan semua kaum. Ikutilah keputusan disiri ucapan YB Dato Law Lee, Aduan Damak....

Foto & Cerita by : mazlqan@yahoo.com

1 comment:

Anonymous said...

tabika sekarang tidak semeriah dulu??nampaknya!!!! sekarang mendung aja? aktiviti tiada,progren KRT tidak diajak, apa masalahnya??kalau tak tahu bertanyalah kepada pengerusitabika dulu!!rasanya dia tak loket ilmu utuk menunjuk ajar

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.