Dari jauh nampaknya cantik
Semakin dekat hati terpaut
Berpakaian indah lagi cantik
Semakin tersenyum semakin terpaut
Indah jelita si gadis desa
Bergaya pula dengan kebaya
Impian hati hidup agar selesa
Membalas budi terbilang budaya.
Kicau burung kusangka ribut
Sayu hati berpisah tiada
Nama di julang jasa disebut
Berbakti kita menolak tiada
Anak kecil menangis manja
Ibu mendodoi lena ke pagi
Amalan murini harus dijaga
Menjadi amalan hingga dijemput pergi
Monday, 22 October 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
SELAMAT menyambut hari raya Aidil Adha pada 26 Oktober 2012 (SABTU). Jadikan amalan kunjung mengunjung sebagai satu tradisi dalam kehidupan umat Islam dewasa ini. Pastikan rumah yang ditinggalkan untuk pulang ke kampung berada di dalam keadaan selamat.
Saturday, 6 October 2012
KRT Taman Kelisa Emas bercadang untuk memasang Kamera Pengawasan Litar Tertutup (CCTV) bagi mengesan dan merekod aktiviti keluar masuk ke taman perumahan ini. Ia akan di pasang dibeberapa lokasi strategik bagi mengelak mengesan dan merekod aktiviti yang menjurus kepada perbuatan jenayah. Semoga dengan cara ini ia dapat membantu mengesan penjenayah atau orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.
Jadual Bertugas SRS
Program rodaan SRS bagi taman ini adalah seperti biasa. Jadual mengenainya telah diedarkan. Sila pastikan ahli yang bertugas bertindak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebarang kesulitan sila berhubung terus kepada pengerusi SRS atau KRT. Harap Maklum.
Monday, 1 October 2012
Penyertaan bukti komitmen
Usaha menarik hampir 54 keluarga menyertai acara-acara yang diperkenalkan dalam sukaneka Taman Kelisa Emas pada kali ini membuktikan bahawa komitmen penduduk terhadap acara yang dianjurkan oleh KRT mendapat sambutan yang baik. Penglibatan seperti ini patut dipuji dan dijadikan penanda aras kepada suatu aktiviti yang sentiasa dinanti-nantikan.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan kepada yang masih belum terlibat, diharapkan dimasa-masa akan datang dapat memberi kerjasama yang baik demi sebuah ikatan dan persaudaraan yang menarik.
Penglibatan komuniti Cina dan India masih berada bawah tahap yang diharapkan. Semoga dimasa-masa akan datang, komuniti ini dapat memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti bersama dalam konsep 1Malaysia yang didambarkan. Kesedaran ini bukan satu lagi tuntutan berdasarkan perkauman, tetapi adalah satu tanggungjawab bersama agar perkara-perkara berkaitan jenayah, kerjasama dan bantuan dapat digembelingkan menjadi satu dasar yang tidak boleh dipertikaikan. Semoga taman ini menjadi terkenal kerana keakraban, bukan kerana pecah belah yang merugikan kita semua.
Semoga dibawah kepimpinan yang baharu ini memberi satu komitmen yang diharapkan demi melihat satu padu yang utuh dan bersemi. Teruskan usaha murni ini agar ia sentiasa menjadi amalan yang tidak mahu tidak akan dilaksanakan dengan ikhlas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
JEJAK ANDA
PAPARAN SEMASA
MENGENAI KAMI
- Taman Kelisa Emas Jerantut
- 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
- JALAN JERANTUT FERI
TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut
Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.