Friday, 11 June 2010
GOTONG ROYONG TAMAN KELISA EMAS
JEMPUT HADIR SEMUA PENGHUNI TAMAN INI UNTUK AKTIVITI GOTONG ROYONG TAMAN INI PADA 13 JUN 2010, JAM 8 PAGI. SILA BERKUMPUL DI GELANGGAN BADMINTON. KERJASAMA DARIPADA ANDA SEMUA DIHARGAI.
Monday, 7 June 2010
JEMPUTAN SAMBUTAN HARI JADI

KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI ANAK YANG BERUMUR 4 HINGGA 6 TAHUN DARI TAMAN INI, LAHIR PADA JANUARI HINGGA JUN, BERMINAT UNTUK MENYERTAI MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI DI KFC JERANTUT, PADA 25 JUN, JAM 3 PETANG, BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN PUAN HAZRINAWATI ATAU PUAN SULINDA GURU TABIKA TAMAN KELISA EMAS. KAMI MENGHARGAI KERJASAMA ANDA DALAM URUSAN INI.
Sunday, 6 June 2010
Saturday, 5 June 2010
JAMUAN RINGKAS MERAIKAN PERTUKARAN ENCIK ROSMAN, PEGAWAI PERPADUAN DAERAH JERANTUT KE BENTUNG
Kehadiran Encik Rosman disambut oleh Encik Mat, Penolong Pengerusi KRT Taman Kelisa Emas.
Encik Zaidi, Setiausaha berbaju merah bersama Encik Mazlan, Penolong Setiausaha KRT Taman Kelisa Emas dalam majlis ringkas meraikan Encik Rosman
Encik Azmili Ketua SRS turut hadir bersama memeriahkan majlis makan malam ini.
Encik Shukri Pengerusi KRT Taman Kelisa Emas menyampaikan tanda ingatan kepada Encik Rosman.
Encik Mat menyaksikan majlis penyampaian tanda kenangan daripada Encik Shukri dalam majlis ringkas yang berlangsung di Restauran masakan panas di Taman Perumahan 410, Jerantut. Majils bermula pada 8.30 Malam pada 5 Jun 2010. Selamat bertugas di tempat baru buat Encik Rosman. Terima kasih atas sokongan kepada Taman ini..
Tuesday, 11 May 2010
Bersemangatkah Kejiranan
SESUATU yang sukar untuk diramalkan ialah mengenai perasaan. Sikap kesukarelaan adalah sikap yang tidak mementingkan diri sendiri dalam setiap kerja amal.. Namun kebelakangan ini ia tampak semakin lutur dan tidak bermaya. Muungkin ada beberapa sifat dalaman yang menyukarkan semua ini berlaku.. fikirkan..apa sifat tu?
Monday, 22 March 2010
USAH BUANG SAMPAH MERATA-RATA
MASALAH sampah sebenarnya bukan lagi masalah baru, bahkan masalah ini sering disebut, dibualbiacara dan sebagainya. Mengatasi masalah pembuangan sampah bukan perkara mudah. Ia sepatutnya bermula dengan individu itu sendiri. Sedangkan dalam Islam jelas menyatakan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman. Siapa yang tidak menjaga kebersihan, bererti ia tidak mengamalkan keimanan yang di tuntut oleh Islam.Pembuangan sampah dipinggir jalan seperti ini adalah perbuatan kurang wajar dan menggambarkan individu itu mementingkan diri sendiri. Apasalahnya sampah-sampah yang dibuang tadi dikumpul dan diletakan dalam tong sampah di hadapan rumah. Sebenarnya setiap 2 hari berselang, pihak Alam Flora Jerantut yang dipertanggungjawab dalam urusan ini telah menjalankan tugas mereka. Justeru, tiadalah masalah bagaimana sampah itu boleh dibuang di tempat ini. Wajarkah individu ini bersifat pengotor seperti ini sedangkan kemudahan memungut sampah dikediaman Taman Kelisa Emas disediakan bahkan mengikut jadual?
Kesimpulannya, tiada masalah mengenai perkara ini sekiranya individu itu berasa sedar akan perbuatannya itu ialah perbuatan pengotor, pentingkan diri sendiri dan sensitif terhadap kebersihan adalah lemah. Bertolak daripada itu diseru agar sesiapa sahaja mulai saat ini tidak membuang sampah sesuka hati tanpa mengambil kira tentang kebersihan tempat ini dan alam sekitarnya.
Kesimpulannya, tiada masalah mengenai perkara ini sekiranya individu itu berasa sedar akan perbuatannya itu ialah perbuatan pengotor, pentingkan diri sendiri dan sensitif terhadap kebersihan adalah lemah. Bertolak daripada itu diseru agar sesiapa sahaja mulai saat ini tidak membuang sampah sesuka hati tanpa mengambil kira tentang kebersihan tempat ini dan alam sekitarnya.
Saturday, 20 March 2010
KESELAMATAN DIPERTINGKATKAN
Pada 19 Macr yang lalu usaha bagi memperlahankan kenderaan keluar dan masuk di taman perumahan ini, kerja-kerja memasang bonggol di kawasan atau lorong tertentu telah dibuat. Usaha ini dibuat supaya dapat mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku. Antaranya kemalangan dan gangguan kepada penghuni apabila beberapa kenderaan dipandu laju di kawasan perumahan.
Keselamatan lalu lintas di taman perumahan sepatutnya dititik berat terutamanya kepada anak-anak. Kawasan perumahan merupakan kawasan tempat di mana kanak-kanak bermain kerana taman perumahan ini tidak mempunyai taman permainan kanak-kanak yang sesuai. Justeru, keadaan seperti ini perlu dan menyediakan bonggol keselamatan seperti ini adalah kewajaran yang tidak boleh tidak perlu disediakan.
Usaha murni seperti ini patut mendapat pujian dan sokongan padu daripada semua pihak. Tanpa usaha sebegini keselamatan anak-anak dan usaha mengelak kemalangan walaupun kemalangan kecil di taman perumahan ini dapat dielakkan. Syabas.
Friday, 12 March 2010
TEGAS DALAM MEMBENTERAS JENAYAH
Baru-baru ini beberapa kejadian jenayah dan masalah sosial cuba membolos dan menguji akan ketegasan pasukan Skim Suka Rela kami yang selama ini tegas dalam mencegah jenayah setempat. Langkah pantas dibuat dengan mengadakan sekatan dan pemeriksaan di laluan utama ke taman ini. Kesannya, masalah yang timbul dapat dicegah daripada menularnya.
Lengkap dengan pakaian khas semasa bertugas, pasukan yang digerakan bertindak pantas dengan membuat sekatan dan pemeriksaan kepada kenderaan yang keluar masuk. Hasilnya masalah yang melanda dapat diatasi dengan bijak.
Walaupun tegas, namun kami masih mesra dan telus. Tiada masalah yang ditimbulkan serta pengguna yang keluar masuk juga memberi kerja sama yang padu bagi mengatasi masalah yang cuba menular.Sunday, 14 February 2010
Wednesday, 3 February 2010
SANGGUPKAH ANDA BIARKAN

Lihat dan rasailah sendiri keheningan pagi yang menyeramkan tak kala panghuni lain sedang nyenyak tidur bersama keluarga. Apakah tidak anda berfikir akan keselamatan anda sedang diawasi oleh insan yang sanggup turun padang walaupun dalam suasana ini. Bagaimana pula dengan anda semua, selamatkah kediaman kita kalau hanya mengharapkan orang lain untuk memberi pelindungan sedangkan kita tidak pernah menjengok untuk bertugas? Apakah masalah kesihatan menghalang anda daripada untuk bertugas atau kerana tidak mahu mencampuri perkara ini dengan alasan rumah anda selamat dan tidak pernah dimasuki penceroh atau pencuri.
Sebenarnya bukan itu masalah utamanya. Apa yang penting kita hendaklah sentiasa hidup bermasyarakat dan bertanggungjawab memberi kerjasama dalam soal kemasyarakatan seperti ini. Haruskah kita biarkan orang lain menjaga keselamatan kawasan kediaman kita, sedangkan semua ini kita boleh turut sama membantu?
Tengoklah sendiri suasana hari ini. Siapa sanggup turun padang membuat tinjauan? Apa salahnya sesekali anda juga turut bersama memberi kerjasama atau meluangkan masa untuk berbual mesra menemankan mereka yang bertugas? Rasanya dalam 30 minit atau sejam memadai untuk menyatakan sokongan anda dalam semua ini.
Mereka yang bertugas dalam rukun tetangga ini tidak ada lebih atau kurangnya daripada anda. Mereka sukarela dalam soal ini bahkan bersengkang mata semata-mata untuk memberi pelindungan daripada ancaman jenayah tanpa apa-apa habuan meterial. Perlukah mereka ini dikatakan bertugas kerana untuk suka-suka atau kerana apa? Ternyata hampir setahun bertugas, tiada apa yang mereka dapat melainkan mengantuk, letih dan kesejukan. Namun atas tanggungjawab itulah mereka sentiasa memberi kerjasama supaya walaupun orang lain tidak hadir, mereka tetap memberi tugasan tanpa berbelah bagi. Ini bukan kerja saja-saja untuk bersukaria.
Dalam kegelapan malam yang tidak tentu selamat atau tidak, pasukan SRS tetap menjalankan tugasan mereka. Tanpa mereka rasanya suasana tidak akan seaman yang dihirup sejak penubuhannya serta dari aktiviti digerakkan. Fikirlah, mestikah kita pentingkan diri sendiri sedangkan kederat kita sangat kuat untuk memberi sumbangan. Masalah boleh dicipta kerana keihlasan itu sangat lemah membentingi kita untuk menjauhi diri dari menyertai pasukan seperti ini. Sesibuk manapun kita dalam menguruskan soal kerja kita, tidakkah kita mahu memberi sedikit sama untuk bersama mereka dalam soal ini. Fikirlah, anda yang membuat keputusan.
Friday, 29 January 2010
Wednesday, 20 January 2010
MESYUARAT PENJAGA TABIKA PERPADUAN
Majlis penyampaian Sijil Penghargaan dan saguhati kepada pelajar cemerlang 8A PMR, Adik Amira Rasyidah binti Isham. Tahniah di atas kejayaan itu. Semoga ia menjadi idola kepada penduduk yang lain bagi mencipta kejayaan seperti beliau.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan orang guru tabika dan kehadiran Encik Tahar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah memeriahkan lagi majlis.
Encik Tahar menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya beliau menyeru agar penjaga bersama membantu guru-guru tabika untuk cemerlangkan anak terutama boleh menguasai 4M apabila mereka telah memasuki tahun satu di sekolah kebangsaan kelak.Sunday, 10 January 2010
10.01.10 TARIKH KERAMAT, MAJLIS ASYURA
Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan jiran wanita membuat persiapan bahan mentah dan rempah ratus. Komitmen yang dihulurkan semestinya dapat membantu menjayakan program ini. Begitulah iktibar yang Rasulullah S.a.w cuba tetapkan dalam majlis seperti ini. Bukan sahaja dapat menikmati juadah bubur asyurat yang lazat, bahkan mewujudkan semangat kejiranan yang tinggi dan bersatu padu.
Bikin bubur asyura ini kalau tidak kena caranya tidak sedap seperti apa yang disangkakan. Namun kalau cukup resipi dan cara bikinnya, wah.. sedap. Masa yang di ambil juga bukan sedikit. Kira separuh hari jugalah. Kalau tidak ramai yang membantu, alamak tak jadi asyuralah.
Ada yang datang menolong tu memanglah diharapkan. Ringan sikit kerja amal ini. Syukurlah kalau ramai yang ringan tulang. Tidak kiralah pihak lelaki atau perempuan, semuanya turut sama. Meriah tu memanglah meriah. Kalau tidak, masakan jam 5 petang dah boleh edar kepada penghuni yang lain juga.
Jiran wanita memang banyak membantu dalam hal ini. Kerjasama mereka seperti duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. .... Apa yang penting BEKERJASAMA.
Tidak kira panas dan hujan, aktiviti murni seperti ini perlu diteruskan. Kalau buat separuh jalan sahaja, memang ada yang tidak kena nanti. Kesungguhan itu satu penghargaan tertinggi dalam menjayakan apa jua aktiviti masyarakat seperti ini.
Mengikut laporan bendahari KRT, (Memakai baju Kuning) sumbangan untuk majlis Buat Bubu Asyura kali ini memang luar dugaan. Sambutan daripada penduduk terhadap majlis seperti ini memang luar duga. Sumbangan yang dihulurkan memang patut di puji.
Mereka bukan sahaja memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahkan juga dalam bentuk tenaga begini. Semangat gotong royong tidak pernah padam dalam suasana hari ini.
Tidak kira pangkat dan darjat, semua orang turun bersama memberi kerjasama yang tidak pernah berbelah bahagi. Beginilah hidup dalam suasana bermasyarakat. Bagaikan aur dengan tebing, aur tidak hanyut tebing tidak roboh. Saling bergantungan.
Usik mengusik menceriakan penatBasahnya dahi mengacau asyura
Tak kira tua tak kira penat
Hidupkan bersama Majlis Asyura

Begitulah hidup rukun dan damai. Siapa yang tak kacau asyura, dia tidak akan merasai nikmat asyura sebenarnya. Siapa yang tidak ikhlas, kerja ibadatnya hanya sekadar penat dan lelah sahaja. Siapa yang ikhlas, dia ada tetamu tuhan di syurga nanti. Siapa yang cakap banyak, maka tidak menjadi bubur tetapi siapa yang kerja banyak, semua orang dapat menikmati hasilnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
JEJAK ANDA
PAPARAN SEMASA
MENGENAI KAMI
- Taman Kelisa Emas Jerantut
- 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
- JALAN JERANTUT FERI
TAMAN KELISA EMAS
Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut
Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.


























