Sunday, 15 August 2010

PROGRAM MENDERMA PAKAIAN TERPAKAI

KEPADA penduduk Taman Kelisa Emas yang masih menyimpan pakaian lama dan dalam keadaan elok, boleh mengikuti program ini. Pakaian ini akan diserahkan kepada orang-orang berhak menerimanya seperti anak-anak yatim, orang asli atau keluarga miskin yang memerlukannya.

Pakaian tersebut hendaklah berada dalam keadaan baik seperti tidak koyak dan bersih. Pengumpulan akan dibuat di TABIKA PERPADUAN TAMAN KELISA EMAS pada 21 hingga 22 Ogos 2010, jam 3 hingga 6 petang. Sila kemaskan pakaian tersebut seperti melipatnya dan masukan ke dalam kotak atau plastik. Kerjasama anda amat dialu-alukan.

Monday, 9 August 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TABIKA TAMAN KELISA EMAS

JERANTUT, 9 Ogos 2010. Murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas telah berjaya mengadakan lawatan Sambil Belajar ke IPD Jerantut pada hari ini. Mereka diiringi oleh Guru mereka dan beberapa orang Penjaga sebagai pengiring. Kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan konsep lawatan sambil belajar ini. Banyak informasi yang dapat dikutip hasil daripada lawatan ini. Berikut adalah beberapa paparan lawatan tersebut.
[ Cerita & Foto : mazlqan@yahoo.com ]


Encik Rashid pun turut sama membantu memeriahkan aktiviti ini sambil menghantar murid-murid ke IPD Jerantut.

Tidak ketinggalan Encik Azmili menemai murid-murid Tabika Perpaduan ini ke lokasi lawatan.

Penyertaan AJK dalam aktiviti ini memang diharapkan supaya penglibatan mereka dapat dirasai oleh murid-murid.

Anak-anak kecil ini memang tampak sangat gembira apabila mereka mendapat tahu yang mereka akan mengadakan lawatan ke Balai Polis.

Bergambar terlebih dahulu dihadapan Tabika sebelum ke IPD Jerantut.

Sambutan dan Taklimat di IPD Jerantut dilakukan oleh Sarjan Alias. Beliau seorang yang mesra dan disukai oleh murid-murid Tabika. Layanan yang diberi menggambarkan Pasukan Polis tidaklah garang seperti yang diperkatakan bahkan mereka mesra pelanggan dan setiap pegawai yang ditemui tidak lekang dengan senyuman dan bertegur sapa.

Cikgu Hazrinawati mengiringi murid-murid dengan penuh tekun mendengar taklimat.

Turut hadir bersama dalam majli ini ialah Cik Ina, Pengawai Perpaduan.

Tersenyum gembira Cikgu Ina bersama dua AJK lain. Kami berbangga atas komitmen ini.

Sarjan Alias membawa murid-murid melawat sekitar balai. Murid-murid begitu teruja kerana mereka tidak pernah melihat secara dekat pasukan ini bertugas di balai. Perasaan takut mereka sedikit demi sedikit terhakis apabila setiap pegawai yang mereka temui itu begitu mesra dan peramah melayan mereka semua.

Minda murid-murid seawal 4 tahun hingga 6 tahun ini mungkin tidak memahami apa yang dituturkan oleh pegawai. Namun dari apa yang mereka tunjukkan, murid-murid ini tampak sangat gembira dalam lawatan ini bahkan ada yang melafaskan bahawa ingin menjadi polis apabila besar nanti.

Kegembiraan murid-murid menunjukkan kejayaan lawatan ini dan mereka sedikit sebanyak belajar dari lawatan singkat ini.

Encik Rashid juga turut tidak ketinggalan mengikuti altiviti lawatan dan mengemukan pelbagai soalan membantu murid-murid yang lain.
_________________________________
TAKLIMAT DI UNIT SYIASATAN JENAYAH
_________________________________

Murid dan guru diberi peluang memegang gari dan mengenakan uniform polis yang memaparkan perkataan POLIS.

Gari digunakan untuk menggari pesalah atau suspek supaya tidak melari diri atau melawan.

Kenderaan Polis
Pameran Senjata Api













SESI BERGAMBAR


Sunday, 11 July 2010

Terima Kasih MDJ

Pada baru-baru ini satu laporan kerosakan jalan di Taman Kelisa Emas telah dibuat. Tindakan pantas oleh pihak Majlis Daerah Jerantut telah diambil dan kami berasa bersyukur atas tindakan ini. Syabas.Kerja-kerja menurap jalan yang rosak sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.
Usaha ini dilihat sebagai satu usaha berkesan dan menjayakan aspirasi dan kehendak pelanggan diutamakan.

Namun ada sedikit dukacita apabila kerja-kerja tersebut seperti melepas batuk di tangga dan tidak semua tempat yang dilaporkan dibaikpulih. Merujuk kepada surat pelapuran hanya dua lokasi tidak penting diturapkan sedangkan lokasi kritikal tidak dibuat. Harap mendapat perhatian sewajarnya. Ibarat kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama..

FOTO PILIHAN

Mungkin tumbang pokok pisang ini kalau tidak tongkat daripada awal..
Alamak cikgu.. janganlah ambil gambar saya... kang terbalik gulai ni.. kih kih kih
Dirakam pada 27 Jun 2010 yang lalu semasa acara pertandingan melukis dan mewarna anjuran KRT Taman Kelisa Emas.

Gadis cantik dan jejaka handsome. Mereka ceria semasa berlangsungnya acara melukis dan mewarna. Kalaulah mereka ada pensil warna... hehehehehhee

Foto & Cerita : mazlqan@yahoo.com

Monday, 5 July 2010

SRS & KRT, Santai sambil mengeratkan silaturahim penduduk.

Tarikh : 5 Julai 2010
Masa : 9 Malam
Aktiviti : BBQ
Jemputan : Semua penduduk
Anjuran : Individu tertentu ( Nama Rahsia )

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.