Thursday, 24 September 2009

AMALAN TERBAIK DI AIDILFITRI

Setelah berjaya mengharungi cabaran Ramadhan al Mubarak dengan penuh ketaqwaan, maka Aidilfitri adalah hadiah terbaik atas kejayaan itu. Amalan kunjung mengunjung menjadi datu tradisi yang patut diteruskan sampai bila-bila. Apa yang baik kita teruskan dan apa yang tidak elok, perlu diperbetulkan serta ditinggalkan.

Pada syawal seawal 3 atau 4 hari, kunjung mengunjung tetap diteruskan. Misalnya kanak-kanak taman ini dalam kumpulan kecil datang beraya di setiap rumah tanpa rasa malu dan segan walaupun mereka tidak kenal tuan punya rumah. Ini satu amalan terpuji dan perlu mendapat sokongan daripada semua pihak, terutamanya para penghuni, ibu dan bapa anak-anak itu. Teruskan amalan sihat ini. Cuma apa yang perlu mereka jaga ialah sopan santun dan hormat menghormati semasa berkunjung. Mereka tampak bergaya dengan amalan ini.

Kenal atau tidak itu bukan persoalannya. Apa yang penting hendaklah menerima sebagai tetamu yang dapat memeriahkan lagi suasana. Mereka perlu didik agar amalan kunjung mengunjung ini harus berterusan sampai bila-bila. Janganlah pula apabila mereka datang dengan salam dan cakap nak raya, kita tutup pintu pagar atau tidak menjawab langsung salam mereka. Sambutlah mereka. Mudah-mudahan mereka membawa rahmat. Setidak-tidaknya mereka memeriahkan suasana hari raya. Persoalan nak jamu atau nak bagi duit raya, itu persoalan kedua. Apa yang mustahak, sambut mereka dengan penuh keimanan dan bertanya khabar. Lepas itu nak hulu kuih muih atau duit raya, silakanlah. Semoga mereka dan kita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai orang islam yang berprinsip mulia.

Baguslah juga kunjungan kanak-kanak beraya ini. Kalau tidak, tak kenal anak siapa. Kemuliaan Aidilfitri ini sememangnya hadiah terbaik buat semua insan terutama kanak-kanak yang akan tersenyum apabila menerima duit raya. Kita sebagai orang dewasa dan beriman, suburkanlah budaya ini kerana Islam sendiripun mahu umatnya kunjung mengunjung di hari raya. Usahlah nak kena jemput baru nak datang. Nak buat rumah terbuka baru nak datang. Ini amalan dari mana? Rasanya budaya kita bukan macam itu. Kalau jemput menjemput tu makna kenduri kendara. Sedangkan Aidilfitri itu merupakan perayaan yang tidak perlu jemput menjemput. Ada masa berkunjunglah tanpa jemputan kerana konsep rumah terbuka itu bukan kerana ada jemputan baru nak datang beraya. Jangan terbalikan budaya mulia ini kepada budaya parti yang menjadi amalan agama lain terutamanya agama kristian. Islam ada budaya tersendiri yang perlu disuburkan sepanjang masa dari generasi ke generasi tanpa putus. Jadikan amalan rumah terbuka tanpa jemputan. Jangan bertukar amalan rumah terbuka kepada sebuah parti yang tidak kena dengan amalan kita.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

16 comments:

Anonymous said...

salam, sy meluahkan rasa terharu penulis blog ni.bukan senang nak luangkan masa untuk sentiasa update blog ni.semoga catitan ikhlas di ruang blog ini dihargai oleh kawan2 setaman ini dan menjadi contoh kepada kawan2 di taman lain.
saya suka membaca blog ni untuk diri sendiri dan menghebahkan kepada kawan2 taman lain untuk tatapan bersama.semoga ianya kekal tanpa rasa jemu,dan kepada penulis blog semoga anda diberkati hidup dunia dan akhirat menulis blog yang lebih kepada motivasi untuk kesedaran ramai.aminnn...
"SUjiranwanita"

LqCma.. Selamanya said...

Terima Kasih SUjiran Wanita...

Apalah sangat usaha sebegini untuk tatapan umum. Janganlah webmaster aje yang menyumbang bahan. Anda juga dijemput. Tulislah apa sahaja dan emailkan kepada krtkelisaemas@gmail.com. Dulu pernah saya menulis pasal hal taman untuk pembangunan insan, tapi ramai yang tidak suka. Sedangkan dalam dunia hari ini, ramai orang suka cakap, boss bestlah boss ini.. sebabnya boss belanja.. tapi hampehnya boss kita tu, kedekut. sebab boss jarang berbelanja. heheheh.. moral of this story is.. manusia suka diampu walaupun semua dibuat itu tak betul.. dan kalau kita kritik yang tidak bertul, mereka cepat-cepat melenting supaya yang tak betul itu di akui sebagai betul? Komen sikit cik kak.. hehehhe

Anonymous said...

Sebenarnya saya pun baru explore blog ni...dah lama nak komen,nak juga tulis bahan2 yang berguna untuk semua pembaca.Ikhlas saya katakan saya ni tak sehebat orang yang buat blog ni yang paling mudah saya nyatakan saya tak pandai bab IT..tapi saya akan cuba untu majukan dan bersama-sama en lan untuk jayakan blog ni.Mesyuarat Khas 29/9 hari tu en zaidi ada suggest saya untuk join tolong blog ni..insya allah kalau ada orang yang pandai tunjuk ajar untuk sama-sama bangunkan blog ni saya akan cuba.Ikhlas saya juga nak merakamkan penghargaan kepada en lan bahawa saya tiada komen negatif untuk blog ni.Bukan mudah untuk mendapatkan sumbangan ikhlas begini.Bukan saya nak ampu en lan, dan tiada apa pun yang saya dapat kalau saya berbuat demikian.Cuma zaman sekarang bukan mudah untuk kita dapatkan sesuatu produk mahupun perkhidmatan secara percuma.Walhal nak buang air pun berbayar.Saya yang bekerja di Pejabat Kebajikan pun gaji dibayar bukan atas dasar kebajikan semata-mata.Jadi untuk lebihkan amal kita walaupun tidak mengeluarkan wang/derma cukuplah sekadar memberi peransang berbentuk motivasi pun untuk membangunkan diri dan masyarakat sudah dikira amal.Apa pun saya tetap menyokong usaha en lan untuk kebaikan bersama di taman ini mahupun kawan-kawan di taman lain.
sekian, komen saya "SUjiranwanita"

LqCma.. Selamanya said...

Terima kasih atas komen yang dilontarkan. Saya suka cabaran dan biarlah cabaran itu menjadi kita lebih matang dan sewasa. Orang tidak nampak kerja kita kalau kita tak lontarkan. Ayuh bersama saya majukan blog ini. Sumbanglah apa sahaja bahan.. yang pasti orang akan suka kalau bahan tersebut membina. Orang jahil aje suka kritik bahan bermanfaat. Betul tak.. Kalau kita nak jadi hebat.. kita jadi jebat.. sebab.. lufikirlah sendiri. Saya wujudkan blog ini bukan untuk mengkritik sesiapapun. Cuma saya suka membantu. Saya tidak mengharapkan habuan kerana kalau nak habuan lebih saya buatlah kerja profesional yang lain. Tetapi blog ini saya jadikan media untuk salah satu saya beribadat. Ia telah menjadi fardu kifayah kerana islam menggalakan umatnya mengerjakan ibadat kifayah ini supaya orang islam pun tidak ketinggalan dalam pelbagai cabang ilmu. Siapa nak join saya membina blog ini, hantarlah bahan. Kalau tak pandai itu bukan persoalannya. Apa yang penting ialah, mari saya tolong dengan ilmu yang saya ada. Kalau nak lebih tu, kena cari orang yang lebih profesional. Tetapi bagi saya, berkongsi lebih baik daripada menyimpan tanpa faedah. Orang islam kalau ilmunya tak dikongsi, maka hilanglah cabang pahala yang sepatutnya dia dapat. Soal membina blog ini bukan perkara susah. Apa yang utama ialah kita ada kemahuan. Kemahuan saya ialah saya nak tengak taman ini maju dan tidak ketinggalan dalam bidang ini. Tak rugi kalau berkongsi kan?

Ajaklah kawan dan sahabat yang mahu berkongsi. Kerana dari situ kita dapat apa yang kita nak. Kalau kita asyik menyalahkan orang lain, kita akan menjadi pengkritik yang lupa diri. Tetapi kalau kita ajak orang lain untuk berkongsi, amalan kita akan bertambah dari masa ke semasa.

Who want be a million? I am.. How about you are? Maknanya tak kan saya aje yang nak jadi kaya.. anda tak nak ker? Fikirlah

Anonymous said...

salam pada warga taman kelisa emas agar anda semua kekalkan semangat perpaduan dan kerjasama demi kehormonian penduduk taman ini.dan sekalung tahniah pada sukarelawan SRS,pergorbanan anda untuk berbakti pada taman ini amat disanjungi.Tahniah juga pada barisan AJK KRT yang banyak menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk menjayakan aktiviti semoga anda diberkati Allah

perwirawati desa said...

Assalamulaikum, Saya ingin cadangkan pada AJK penduduk taman kelisa emas.senaraikan organisasi berserta gambar didalam blog ini berserta dengan no telefon untuk mudah dihubungi untuk mendapat pandangan serta nasihat dan saya kagum dengan Ajk penduduk taman ini.dah tentu org AJK ini hebat2 belaka.

periwirawati desa said...

saya buka blog hanya SUjiran wanita ada mengutarakan pandangan dan mengambil bahagian mana ajk lain terutama su induk encik zaidi kenapa sepi tiada berita harap mendapat maklum balas

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

Salam 1 Malaysia dan Salam buat periwirawati desa..

Terima kasih atas kerjasama dan pandangan anda. Inilah yang kami harapkan dalam menjayakan blog dan kemeriahan berjiran. Buat pengetahuan periwirawati desa soalan yang anda utarakan ini telah pun dalam perhatian kami. Nak citer sikit pasal masalah walapaun tak baik citer tentang masalah kan? Tak apalah, bukan nak buka keburukan atau nak cipta kemarahan sesiapapun. Pasal gambar bukan tak nak siarkan. Nak tunggu semua orang bagi gambar baru nak upload. Kalau lopong sana sini, baik tak yah nak masukan. Nanti kena kritik pasal ramai yang tak nak bagi kerjasama. Betul tak? Kalau tak caya tanya SU. Dia dah cakap kat webmaster pasal ini. Lagi satu, bukan senang nak minta gambar untuk buat carta organisasi ini. Ada-ada aje alasan. Tak ambil gambar lah, lupalaa dan macam-macam. Alaaa kalau minta gambar periwarawati desa pun bukan senang nak dapatkan.. kan.. aik.. saya gurau aje. Sebenarnya ia dah dalam tindakan. Cuma sikit aje lagi. Lagipun kalau ikut disiplin web atau blog ni tak leh nak masukan no telefon. Kalau anda sanggup telefon dapat deringan misteri, haaa.. silalah letak. Lain-lain takut berlaku rasuah. Manalah tau kot-kot AJK tu ada projek besar dan ada orang nak rasuah supaya mereka dapat meluluskan projek. Itu pasal tak leh nak letak pasal no telefon. Pasal pula nak telefon mereka nak tanya pendapat atau nasihat. Mereka bukan pakar kaunseling.. Heheheheh.. gurau aje yeak.. jangan marah. Sebenarnya kalau letak no telefon ini tak berapa elok laa periwirawari desa oii.. sebabnya macam saya katkan tadi. Kalau tak caya cuba anda bagi no telefon tu dan saya paparkan kat mana-mana blog atau web.. Alamak tak kuasalah anda nak jawabnya. Lagi satu atas sebab-sebab keselamatan. Cuba fikir orang akan ganggu anda nak tidur malam-malam buta atau subuh hening semata-mata nak cakap HELLO, atau panggilan SEX atau panggilan MIANG. Ahh fikirlah pasal apa yang saya kata ini. Lagi pun tak elok kita dedah sangat identiti kita dalam apa yang kita tidak tahu akan kemungkinan yang mendatang. Setuju tak periwirawati desa? Maaflah kalau jawapan ini tidak memuaskan hati. Tapi tak apa, jangan kritik aje, ayuh saya alu-alukan anda menyumbang idea dan bahan. emailkan bahan anda untuk dikongsikan. Silakan.

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

Salam 1 Malaysia dan salam buat PERIWIRAWATI DESA....

Pasal SU encik Zaidi ini usahlah pertikaikan dia tak hulur bahan. Sebab, dia salah seorang daripada webmaster blog ini. Dia banyak menyumbang cuma tak tulis nama. Mungkin anda tidak perasan. Tak apalah.. barangkali silap Webmaster tak hebohkan siapa yang menulis. Barangkali juga Periwirawati desa tak tahu disebalik tirai ini. Tak apa.. nanti saya siarkan penggerak blog ini. Kami suka mengajak Periwirawati desa sertai kami. Tak ada borang.. tak perlu daftar... cakap aje setuju, kami menerima anda sebagai rakan blog kami. Jangan lupa masukan gambar periwarawati kat JEJAK anda. Itupun kalau periwirawati desa rasa tak keberatan. Ingat, jangan pandai mengkritik orang aje, tapi tahu bagaimana nak elakan diri daripada kena kritik.. Hehehhehe.. jangan marah, gurau aje.. kalau marah nanti kenan lelong. Emailkan sumbangan anda ke krtkelisaemas@gmail.com atau mazlqan@yahoo.com

Anonymous said...

Salam semua pembaca blog dan penduduk Taman Kelisa Emas,
Tahniah saya ucapkan kepada barisan AJK dan penduduk di sini dengan jayanya dapat mengadakan Perasmian Bumi Hijau dan Jamuan Hari Raya.
Di sini saya suka dengan pendapat anda yang telah memberi komen. Buat Periwirawati Desa, maaflah saya cuma ingin membetulkan salah faham anda kepada En Zaidi.
Buat pengetahuan semua En Zaidi memberi khidmat sebagai Setiausaha yang baik dengan menyediakan minit, memyediakan kad-kad jemputan, melibatkan diri walaupun beliau banyak komitmen lain sebagai Pegawai Awam, bapa, suami namun tetap menghadiri majlis taman ini dengan tersenyum.
Walhal zaman sekarang bukan senang untuk mencari orang yang memberi khidmat percuma terutama dalam masyarakat.
Saya berharap janganlah ada "perang blog" pula.Anggaplah periwirawati desa sebagai penyuntik semangat kepada En Zaidi untuk lebih bersemangat dalam membuktikan khidmat ikhlas anda dalam taman ini.
Semoga keikhlasan yang disalurkan kepada masyarakat dapat memberi pengajaran kepada genaerasi akan datang dan diberkati limpah rahmat dari Allah Taala.Amin.

perwirawati desa said...

Salam, Maaf bukan untuk mengkritik tapi bertanya keadaan.Saya percaya dan faham dengan pergorbanan SU kita berkerja keras amat saya hargainya,teruskan usaha demi perpaduan setempat insya allah saya akan cuba bersama-sama ingin berkongsi pandangan dengan anda semua

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

Baguslah kalau semua orang nak sumbang idea.. Ia satu petanda baik tu. Anda dijemput untuk menyumbang idea dan bahan. Tak salahkan kalau kita berkongsi. Bagus tu.. Apa pun kalau semua orang mengambil bahagian ia pasti seronok. Betul tak? Selamat Datang k Gerbang Informasi Taman Kelisa Emas...Boleh PERWIRAWATI DESA tulis sikit pasal Projek Bumi Hijau Hari tu? Boleh laaa.. Sikit pun tak apa .. Saya ada satu cadang.. apa kata kalau saya anjurkan BENGKEL BINA blog.. kalau tak guna blog untuk tujuan Taman ini, anda boleh bina blog keluarga atau apa sahaja laa.. nak tak? Siapa nak tolong bagi respon.

perwirawati desa said...

salam,ok tu cuba anda anjurkan kursus bina blog dan war2kan kepada krt yang lain kiranya berminat.Saya rasa pasti mendapat sambutan dan adakan pertandingan membina blog diantara taman-taman yang ada krt cuba bincangkan dengan pegawai perpaduan untuk bersama-sama menyertai pertandingan ini.Mengenai bumi hijau baru-baru ini tahniah diucapkan kepada jiran wanita berjaya dengan hasil bertani.taman ini mempunyai banyak keistemewaan baik jiran wanita dengan bertani,jiran muda dengan berkompang dan skim ronda sukarela,menjadi harapan semua agar perkara ini bbiarlah berkekalan jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.Berbalik dengan bumi hijau sikap bertolak ansur amat diutamakan jangan ada perasaan iri hati dikalangan penduduk taman ini teruskan saja yang nak join teruskan jangan hiraukan orang lain kita dah lancarkan bumi hijau peringkat taman ini jadi jangan malukan KRT di taman ini teruskan...Keadaan taman ini agak tenang dengan suasana yang hormani saya cadangkan kepada KRT taman ini laksanakan keindahan dengan mengujudkan lanskap dan susun atur dengan kehijaun taman supaya menampakan lagi keindahan sediaada.

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

Salam untuk Pelajar Blog Taman Kelisa Emas ini. Buat Perwirawati Desa, salam 1 malasysia.

BESAR juga kalau nak buat kursus bina blog ikut taman-taman. Tapi kata orang, tak ada masalah kalau semua orang boleh sokong. Cadangan itu boleh saya ajukan kepada pihak bertanggungjawab. Tapi bila dah nak mula tu jangan pula nak uzur diri. Tak apa,, kalau ada yang tak dapat hadir anda boleh gantikan dengan orang lain.

Bertanding ini mungkin projek besar sikit, kalau ada penaja lagi bagus, sebab mereka boleh taja hadiah yang mewah sikit. Insya Allah kita sama-sama cuba. Tak cuba mana kita tahu akan apa yang kita hadapi. Kalau nak maju, kena berusaha sikit.. betul tak? Apapun, perkara ini akan dibincangkan dengan serious dalam mesyuarat AJK.. hari tu ENCIK Zaidi dan ENCIK MAT pun ada sebut pasal ini. Mari kita pakat sokong.

Saya tidak rasa apa yang dirisaukan oleh Perwirawati Desa itu tentang aktiviti Bumi Hijau bertani dan berkompang akan hilang. Bagi saya ia tampak semakin maju. Tampak semua pihak ambil bahagian dan yang menariknya mereka semua ada kesungguhan.

Harapan saya seperti juga Perwirawati Desa tu, agar semua perkara yang AJK buat dan rakan taman kelisa emas ini buat bukanlah sekadar HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.. mudahan ia menjadi suatu tradisi yang baik. Kata bijak pandai, kalau kita nak maju, kita harus ada idea yang baru setiap hari. Janakan setiap idea itu menjadi realiti yang boleh dikecapi oleh semua orang.. itulah rezeki yang berkat dan amalan yang suci.

Cadangan mencatikan lanskap taman ini saya kita ia suatu cadangan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak. Daripada kaki lima jalan setiap lorong taman ini ditumbuhi lalang, baik ia di tumbuhi oleh landskap bunga atau sebagainya. Paling tidak pun tanamlah pokok betik, terung, cili dan sebagainya yang boleh diguna juga. Satu perkara lagi yang Perwirawati Desa kena cadangkan ialah pasal papan Tanda Lorong. Taman kita sahaja yang tidak ada Papan Tanda Lorong. Kalau ada bukan apa, senang sikit nak hantar barang, surat dan rakan-rakan yang tidak pernah sampai ke sini untuk akses rumah kita.

Kesimpulannya, keharmonian, kedamaian, kecantikan dan kesejahteraan taman ini bukan milik seorang, bahkan semua penghuni kena ambil tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Usahlah menjaga kepentingan penghuni ini hanya diserahkan kepada AJK atau KRT sahaja, tetapi semua pihak kena ambil tahu. Majukan taman ini demi keharmonian sejagat. Prihatin jiran, amalan sejahtera.

periwirawati desa said...

salam,untuk peghuni taman kelisa emas,anda semua beruntung kerana mempunyai semangat kejiranan dan kemasyarkatan yang baik dan muhibah,seperkara yang ingin saya lontarkan kepada webmester tolong sampaikan kepada ajk taman ini supaya mengambil perhatian yang serius mengenai jalan masuk ke taman kelisa dan taman perdana apabila hujan saja banjir sukar untuk memasuki bahkan ada kenderaan yang mati disebabkan air banjir tadi,harapan dan komintmen dari ajk dapat bersama-sama mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan dan seperkara lagi semak samun dipinggiran jalan masuk mencacatkan lagi permadangan taman ini. saya harap dapat webmester samapikan kepada ajk saya percaya bukan semua ajk membuka laman ini. sekian

LqCma.. Selamanya said...

Insya Allah.. Wahai Perwirawati Desa, perkara ini telahpun disuarakan oleh AJK. Dan saya sendiri pernah ambil gambar suasana banjir dan semalam hampir terperangkap dalam banjar kilat seperti yang dikatakan tadi. Bahkan bukan saya sahaja tetapi ramai yang tahu akan hal ini.

AJK akan sentiasa memberi perhatian perkara-perkara yang telah diutarakan itu. Misalnya dua minggu lepas kalau tidak silap meraka telah membuat gotong royong membersih bahu jalan. Kerja itu sebenarnya dibuat secara sukarela. Perwirawati sepatutnya mengetahui saluran yang sebenar menguruskan soal itu. Difahamkan ia dibawah seliaan pihak Alam Flora dan Majlis Daerah Jerantut.Justeru, pewirawati desa boleh juga menghubungi pihak ini untuk menguatkan sokongan yang telah kami utarakan.

Apapun cadangan itu sangat baik dan kami hargai. Kami sedar, tanpa maklum balas sebegini maka tidak ada pihak yang akan buka mata. Oleh itu, terima kasih atas saranan seperti ini. Ia mencerminkan usaha berganda yang boleh kita lakukan sebagai rakyat yang berhemah, prihatin dan bermaufakat.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.