Thursday, 29 October 2009

MAKLUM BALAS PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT MASJID TENGKU ABDULLAH, JERANTUT

Re: Fwd: 10/23/09 10:29 PM Aduan mengenai Lampu Isyarat di Persimpangan Masjid Tengku Mahkota, Jerantut
...
Mon, November 2, 2009 2:20:31 PM
From:
Norhamiah bt Abd Hamid
...
View Contact
To:aduan@jkr.gov.my
Cc:jerantut@jkr.gov.my; rohayati@jkr.gov.my; rosman@jkr.gov.my; zulkiflem@jkr.gov.my; nhidayaha@jkr.gov.my; samsudinb@jkr.gov.my; zaidims@jkr.gov.my; mazlqan@yahoo.com

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Hasil siasatan pejabat ini mendapati ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Jerantut pegawai yang boleh dihubungi ialah En. Mohammad Sobri, nombor telefon 09-2662205.
3. Untuk makluman tuan JKR Daerah Jerantut telah pun memanjangkan aduan ini kepada jabatan tersebut.

Sekian terima kasih.


-------------------
Unit Komunikasi dan ICT,
Bahagian Pengurusan Korporat,
JKR Pahang

/---------------------------------------------------------------------------\

Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received
in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.

This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd)
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control

\--------------------------------------------------------------------------/


.......................

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT MAKLUM BALAS
DARIPADA PIHAK PUSAT ADUAN JKR.

( Dipertontonkan supaya mendapat tindak
balas daripada pembaca blog ini

supaya menyokong
kepentingan bersama terutamanya
kepentingan kemudahan,

keselesaan dan keselamatan bersama.
Permintaan ini harus sokong
dengan fakta, bukan emosi.

Bagi maklum balas anda
demi kepentingan semua pihak.)


............................................................................................ xxxxx.................................................................................................
Fwd: 10/23/09 10:29 PM Aduan mengenai Lampu Isyarat di Persimpangan Masjid Tengku Mahkota, Jerantut
...
Mon, October 26, 2009 7:08:38 AM
From:
Aduan JKR
...
Add to Contacts
To:Jurutera Daerah Jerantut ; Rohayati Abdul Kadir ; "Rosman Yahya, Dato'" ; Zulkifle Mohammad ; zaharijkr@pahang.gov.my; norhamiah@phg.jkr.gov.my; najwaamirah@yahoo.com
Cc:Nurul Hidayah Azahar ; Samsudin Bakar ; Ahmad Zaidi Mat Said ; mazlqan@yahoo.com

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan aduan menerusi Portal JKR daripada Tuan/Puan Mazlan Che Kob, Emel: mazlqan@yahoo.com , No. Tel: 013993xxxx untuk siasatan dan tindakan segera pihak tuan/puan.

Sekiranya aduan ini di luar bidang kuasa JKR, sukacita sekiranya pihak Tuan/Puan dapat memajukan aduan /permohonan ini kepada pihak yang berkaitan dan memaklumkan kepada pejabat ini mengenai rujukan / tarikh tindakan tersebut.

Dipohon supaya maklumbalas diberikan dalam tempoh 3 hari berkerja terus kepada pengadu dan disalinkan kepada aduan@jkr.gov.my untuk rekod kami atas tajuk yang sama.

Kerjasama dari pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Bahagian Komunikasi Korporat,
Caw. Pengurusan Korporat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok B (Lama),
Kompleks Kerja Raya,
Jln. Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 7660 / 7664




>>> Sistem Aduan JKR <aduan@jkr.gov.my> 10/23/09 10:32 PM >>>
* Ini adalah Emel Balasan Automatik

Tuan/Puan

Emel Cadangan Tuan/Puan telah diterima oleh Aduan JKR.

Sekian Terima Kasih.

Urusetia Aduan JKR,
Unit Komunikasi Korporat,
Cawangan Pengurusan Korporat,
Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Tel: 03-2696 7651/7647/7664/7660

___________________________________________________________


Tuan/Puan Mazlan Che Kob

Berikut adalah Cadangan Tuan/Puan untuk JKR MALAYSIA:

Nama : Mazlan Che Kob
Jenis Aduan : Cadangan
Kategori Aduan : Lampu Traffic Rosak/Lampu Jalan/Perlu Kajian Sistem
Negeri : Pahang
Daerah : Jerantut
Lokasi : PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT MASJID TENGKU MAHKOTA PAHANG

Cadangan
Saya mendapati lampu isyarat di persimpangan masjid baru atau masjid Tengku Mahkota Jerantut sering padam terutama apabila hujan lebat. Laluan ini sangat sibuk terutamanya pada waktu pagi dan tengahri kerana laluan pengguna menghantar anak ke sekolah. Ia menjadi sangat berbahaya kerana kesibukan para penjaga mengejar masa untuk menghantar anak ke sekolah dan bekejar pula untuk ke tempat kerja. Sekiranya masalah ini tidak diambil untuk mengatasi masalah yang sama berulang dan berulang, saya kira ia boleh mencetuskan masalah kehilangan nyawa, kerosakan, pertengkaran dan sebagainya. Dalam suasana negara yang telah lebih daripada 50 tahun merdeka ini, sikap tidak hedah JKR membetulkan masalah berulang adalah kurang profesional. Bayangkan kalau keadaan ini dan sering berlaku kemalangan, berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pengguna dan warga negara yang merdeka. Diharap ia mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan. Seperkara lagi, laluan ini menjadi agak pelik kerana terdapat 2 buah taman perumahan disebelah kanan tetapi tidak ada lalauan ke situ. Taman itu ialah Taman Kelisa Emas dan Taman Perdana yang menghitung penghuni lebih daripada 3oo orang keluarga. Ia menjadi sangat berbahaya kepada penguhuni untuk susur keluar dan membuat pusingan U di lampu traffic di persimpangan ini. Saya berharap pihak pengurusan dapat mempertimbangkan untuk menyediakan persimpangan sedia ada dari 3 persimpangan menjadi 4 persimpangan bagi memudahkan pengguna ke taman perumahan ini. Ia menjadi harapan yang tinggi kalau ia diberi perhatian daripada pihak tuan. Kami menjemput pegawai daripada pihak tuan untuk membuat tinjauan sendiri kesukaran ini. Kami tidak mengharapkan sebuah lebuh raya yang lebar dan selesa, tetapi permintaan kecil kami ialah membuat laluan daripada persimpangan 3 ke persimpangan 4 traffic. Ia bukan sahaja memudahkan dan melancarkan lalu lintas, bahkan ia dapat menyelamatkan pengguna menjadi mangsa. Susahkah untuk melayan permintaan mudah kami ini sedangkan ia bukanlah permintaan peribadi tetapi melibatkan satu permintaan untuk lebih daripada 300 pengguna yang lain. Di harap ia mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian Terima Kasih.
mazlqan@yahoo.com
013993xxxx


This e-mail and any attachments may contain confidential and
privileged information. If you are not the intended recipient,
please notify the sender immediately by return e-mail, delete this
e-mail and destroy any copies. Any dissemination or use of this
information by a person other than the intended recipient is
unauthorized and may be illegal.



TERIMA KASIH ATAS MAKLUM BALAS INI. DIHARAPA IA DAPAT MEWAKILI PENDUDUK TAMAN KELISA EMAS DENGAN SLOGAN YANG SAMA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMANKAN.

14 comments:

Anonymous said...

Bagus juga cadangan itu. Ia bertepatan dengan sloga PM iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Saya sokong kerana ia memudahkan semua orang. Buat pungutan suara... kalau dah lebih 50 tahun merdeka nak buat kerja kena merayu merintis nampaknya ia memang tak kena lagi. sepatutnya pihak bertanggungjawab kena prihatin dan sentiasa peka kehendak suara orang ramai. mari kita pakat komen... anda setuju dengan saya?

Anonymous said...

eloklah juga. kalau hari jumaat memang susah nak kuar masuk terutamanya bila jemaah balik dari masjid. kalau setakat jalan sesak tak hairan.. ini kalau berlaku kemalangan kecil besarpun memang menyusahkan. kalau ada simpangan lampu isyarat tu, sekurang-kurangnya dapat elak kesesakan. lagi pun bukan nak minta lebuh raya bertingkat, cuma trafik light aje.. saya setuju.. meh pakat sokong..

LqCma.. Selamanya said...

perkara yang baik memang patut pakat sokong weh. bila lagi kita nak tengok jerantut ini maju dan mempunyai prasarana yang baik. perkara yang baik tak yah nak minta-minta.. ada bagi ajelah... kata orang.. kalau tak minta terus bagi itu perkara terpuji. katanya tidak lama lagi taman perumahan saujana impian dah nak buka. hai.. ramai juga tu nak guna lalu lintas ini. bukan tak selesa lampu isyarat di persimpangan tu, tapi kata orang, kalau ada yang lebih baik, lebih manfaatlah rakyat yang menggunakan laluan itu. moh pakat sokong.. kome sokong 100%, demo guano pulak?

Anonymous said...

itu cadangan yg bagus.. klu ada jln macam tu, tak yah laa lagi nk lencong sana-lencong sini. suatu hari kat taman perdana tu banjir kita. nak masuk ke taman kelisa tu, kena buat pusingan u.. bahaya juga. lgi pun dh tiba masanya jrtut berubah..dh dekat 12 thn sy kt sini, perubhnnya sgt perlhn.

Anonymous said...

sy berpndpat klu ada kmdhan mcm tu hri ini ia dapat mnyelesaikan bnyk mslah. Hari tu ada kmlgn kt persimpangan tu. susah jugk nk kuar masuk ke tmn ini krn agk pelik sperti kata encik mazlan tu. bnyk kenderaan. lagi satu trafik dari arah masjid nak ke jengka terlalu cepat. kadang tu sbuah lori pnjng x smpt hbs kuar dh lampu merah. elok juga bina persimpangan 4 di situ. klu bdng kuasa JKR tk ada, apaslahnya JKR yg tolong jg. Buat baik kpd smua ada faedahnya daripada nk tunjuk kuasa yg tak ada.. hehehhehe

Anonymous said...

salam.. saya setuju sgt kalau laluan ke taman ini dibuka. laluan sekarang bukan main susah lagi nak kuar dan masuk. dah lah bonggolnya tinggi, ada lubang lagi. bahaya tu. dulu pernah ada kemalangan. walaupun kemalangan kecil, ia melibatkan banyak pihak. kereta nak kena baiki. kenapa pula nak baiki kereta? baikilah jalan baru betul. kalau ada laluan itu kadar kemalangan bukan tak ada langsung, ada juga tapi keselesaan pun harus ada.

perwirawati desa said...

Saya berpendapat Anonymous wrote..taman kita ini walau ada 2 jalan tapi menyusahkan,baik juga webmester ini.mengyusulkan cadangan kalau tak pun pihak yang berkenaan tahu peranan masing-masing.sepatutnya kita ada jalan alternatif yang lebih selamat.

perwirawati desa said...

salam, bagus tu ada stiker taman.harap2 dapat kerjasama dari peghuni taman ini jangan pulak nanti harga stiker terlalu mahal tak mampu dibeli oleh penghuni ini.Nanti timbul masalah pulak...

Anonymous said...

Salam,
Kenapa kita selalu berfikiran nagetif. Kita tidak akan maju kalau selalu berfikiran nagetif. Apa yang pasti segala usaha yang baik harus disokong dengan tulus ikhlas. Kalau perokok yang sanggup beli rokok sampai beringgit tak siapa bising pun. Setiap tahun harga rokok naik bising sekejap aje pasti beli rokok juga. Maksud saya kalau ada kepenting diri sendiri yang nagetif dan berbahaya tak apa.. tak perlu diambil kira pun. Apa yang pasti penjualan stikel ini bukan untuk kepentingan peribadi. Hasil jualan akan ditabungkan ke RT dan semua orang boleh menikmatinya. Difahamkan pereka cipta stikel pun percuma atas dasar suka rela dan tidak berpendapat bahawa semua kena bayar. Kalau berfikiran nagetif sampai bila pun kita tidak maju. Apapun terima kasih atas pandangan ini.

Anonymous said...

Ya laa saya sangat setuju. Pasal apa kita nak berfikiran nagetif. Apa kata kita berfikiran terbuka. Ini satu kemudahan. Senang sikit orang nak kenal penghuni. Faham-faham sendirilah, sekarang ini ramai sangat orang nak jadi penjahat. Oleh itu setidak-tidaknya ia dapat mencegah dan mengurangkan kadar jenayah kat taman kita. Saya sokong usaha ini. Mahal pun saya rasa tidak lah sampai RM5 sekeping kot. Tapi kalau RM5 pun apa salahnya. Niatlah sedekah. Gaji banyak nak sedekat sikitpun dah bising.. Jangan berkira sangat kerana perkiraan Allah diakhirat nanti lebih halus.. Macam mana kalau Allah taala nanti di akhirat nak berkira juga yang sikit-sikit yang boleh diampunkan.. macam mana?

Anonymous said...

Salam sejahtera pada semua,
saya mengucapkan terima kasih kepada en mazlan dan en zaidi yang bertungkus lumus untuk menghidupkan blog ni. Tidak lupa juga kepada yang ambil berat tentang kewujudan blog ni dan memberikan pendapat masing-masing.Ini bermakna penduduk kawasan kita Taman Kelisa Emas ini peka dengan keadaan sekeliling dan apa jua masalah kita dapat bersama-sama memberi pendapat walaupun berhubung "maya" begini.
Walaupun Perwirawati selalu mengutarakan pendapat dan komen ada sahaja mendapat maklumbalas dari pihak lain.Saya berharap Pewirawati berfikiran terbuka untuk balasan komen-komen tersebut.
Seperti yang saya sediamaklum bahawa semua ahli AJK di taman ini selalu mengambil berat keadaan sekeliling untuk keselamatan bersama.Pewujudan sticker kenderaan adalah langkah-langkah yang diambil untuk keselamatan penduduk disini.Buat pengetahuan Perwirawati Ahli-ahli AJK sentiasa bermesyuarat untuk memastikan dan meningkatkan kawalan keselamatan di Taman ini.AJK tersebut berusaha untuk mendapatkan dana/sponsor bagi memudahkan semua penduduk di taman ini menikmati keselamatan secara Percuma.Seperti contoh mengadakan program untuk mengeratkan lagi silatur-rahim dan hubungan antara penduduk, mengadakan SRS dan aktiviti yang berfaedah untuk Jiran Wanita dan Jiran Muda.Diharap Perwirawati lebih berfikiran terbuka untuk menerima sedikit perubahan di taman kita ini dengan adanya sticker kenderaan untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan bukan untuk Ahli AJK membuat keuntungan.
Disini juga saya harap kepada pembaca blog kalau rasa ikhlas boleh sumbangkan gula,biskut ataupun apa yang rasa seikhlasnya bagi penduduk yang menjalankan SRS menjalankan duty mereka.Ini adalah sebagai menghargai tugasan percuma mereka untuk menjaga keselamatan taman kita.
sekian-SJW-

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

Betul kata anda, banyak pengorbanan yang telah dibuat oleh semua pihak terutamanya AJK. Mereka bukan mendapat jawatan semata-mata tetapi bekerja setiap masa tidak kira halangannya. Cuba tanya AJK berapa mereka di bayar? Berapa yang mereka dapat habuan daripada menyertai SRS dan bersengkang mata? Jawapannya ialah mereka IKHLAS tanpa habuan meterial. Tanyalah mereka. Bahkan setiap apa yang mereka buat untuk hal taman ini dilakukan dengan teliti dan berhemah. Anak adakan kenduri kahwin pun mereka mesyuarat apa lagi nak cetak stikel dan menebas rumput. Alangkah beruntung, indah dan permainya taman kelisa emas ini mendapat KRT yang aktif ini. Jesteru, usahlah bunuh semangat mereka tetapi sebaliknya kita sama-sama sokong mereka. Kalau ada salah silap sikit itu, marilah kita fahami dan maafkan kerana resam manusia bahawa tidak terlepas melakukan kesalahan.
Memberi sokongan tidak semestinya dengan cara menghulur wang ringgit bahkan anda boleh menghulurkan apa jua bentuk yang bermanfaat seperti saranan sahabat kita tadi seperti biskut, gula dan sebagainya. Alangkah indahnya kalau semua orang memahami dan bersama bekerjasama.
Kita perlu hidup dalam suasana aman dan damai. Tidak sanggup rasa untuk hidup dalam suasana haru biru seperti di afganistan, pakistan, sudan, palastin dan seumpamanya. Kita hilang kebebasan......

perwirawati desa said...

Betul kata kalian semua,banyak yang saya lihat perubahan dan keaktifan KRT ini amat membanggakan cuma saya perhatikan ajk hanya kaum melayu yang ramai mana kaum lain terutamanya kaum cina.cuba-cubalah pujuk mereka untuk menyertainya bersama.

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

BERDASARKAN kepada AJK yang disenaraikan memanglah barisannya ialah Kaum Melayu. Namun kami tidak pernah merasakan ia satu kejanggalan. Bagi kami berkhidmat tidak mengira kaum. Kaum Cina atau India pun akan diperlakukan secara adil bahkan kami mendapati semasa mengadakan majlis apa-apa kat taman ini ramai juga kaum lain datang memeriahkan. Ini menggambarkan kaum lain tidak pernah merasa terpinggir. Tak ada kaum lain dalam barisan AJK pun tak apa kan perwirawati desa kan.. kan.. asalkan semua orang bekerja. Ada kaum lain pun kalau tak buat kerja tak guna juga. Kami rasa dari segi komitmen yang mereka hulurkan tak kurang hebatnya. Oleh itu bukan kaum lain tidak menyumbang dalam hal ini. Bagaimanapun usaha untuk menarik mereka dalam barisan AJK sedang diusahakan dan diharapkan perwirawati desa bersabar yea. Kami bukan tidak bekerja atau tidak berusaha, cuma setiap perkara yang kami buat perlukan ruang dan masa. Tunggu dan lihatlah. Mungkin barisan AJK tahun 2010 akan disenaraikan kaum-kaum yang anda maksudkan. Kami juga bercadang untuk menjemput PERWIRAWATI DESA turut sama dalam barisan yang akan disenaraikan bagi tahun 2010.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.