Pantun Untuk Pengantin Baru ini dipersembahkan kepada pasangan Azahani bin Amat Khairi dan Isterinya Norhayati binti Abd Rahman yang melangsungkan perkahwinan pada baru-baru ini. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Pantun ini dihadiahkan oleh Mazlan Che Kob sebagai kenang-kenangan.
Suami yang pandai bermain bercinta
Isteri menawan cantik jelita
Amboi amboi menjelinglah pula
Pengantin bersanding bermain mata
Mentera bukan sebarang mentera
Lafas nikah ikatan hati
Mentua bukan sebarang mentua
Mentua berdua ibubapa sejati
Duduk bersanding di atas pelamin
Bagaikan raja memerintah negeri
Bisikan cinta ikatan terjamin
Moga kebahagiaan Allah beri
Sudah terkota lafas nan cinta
Semoga berkat cinta sejati
Hiduplah bersama bercinta-cinta
Susah dan payah samalah mengerti
Senyuman dinda cantik di mata
Azimat rindu membawa ceria
Hidup bersama menjalin cinta
Cantiklah dihati cantiklah di mata
Hidup berdua kuatlah ibadat
Gagah perkasa seorang perwira
Sehati sejiwa membawa berkat
Hidup bersama dalam sejahter
Inai berinai di malam pengantin
Leka usah layanlah tetamu
Lagu dikirim hadiah pengantin
Ingatlah nasihat asal bertemu
Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang
Resah tak sanggup menanggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula
Bermula
Peristiwa, dalam ingatan
Kasih tercipta
Penawar rindu padamu seorang
Senyuman kuberi sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui
Tak ketahui
Hingga ku merana, merajuk hati
Membawa diri
Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang
SEMOGA IA MENJADI INGATAN SELAMANYA
2 comments:
Salam ukhwah...
Terima kasih diucapkan kepada Mr Webmasters atas entri ini.
Selamat Pengantin Baru, A'a dan Yati. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.
- Asfizah Amat Khairi, Kulim, Kedah -
Terima kasih kepada semua penduduk Taman Kelisa Emas kerana sanggup menjayakan majlis yang gilang gemilang ini..
Azhani & Isteri
IPD Kota Belud, Sabah
Post a Comment